})();

nuffnang

01 April 2016

Orang Kuat Malaysia Tak Sabar - Sazali

Apa Nasib Saya, Rintihan Sazali Samat

Jaguh bina badan Malaysia, Sazali Samat memohon agar Persekutuan Bina Badan Malaysia (PBBM) segera membuat keputusan berhubung rayuanya.

Beliau dikenakan hukuman penggantungan selama 4 tahun berhubung keputusan dopping positif dan bermula 22 September lalu. Beliau merupakan athlete yang pernah menyandang gelaran Mr Universe sebanyak 10 kali.

Sazali sudah pun menghantar surat rayuan kepada Persatuan Bina Badan Malaysia Januari lalu namun sehingga sekarang belum mendapat sebarang jawapan dari mereka. Surat sokongan majikan beliau dari PDRM juga sudah dihantar ke PBBM dua minggu yang lalu.

"Sehingga kini masih belum menerima jawapan dari mereka. Jika boleh segerakan keputusan bagi memudahkanya merencanakan masa depanya dalam sukan bina badan itu", kata peguam yang mewakili Sazali. Norasmawi Norani .

"Sazali masih bersemangat menjalani latihan, memberi motivasi atas jemputan mana-mana pihak dan memberi tunjuk ajar yang sepatutnya walaupun penggantungan ini menganggu beliau. Sazali tidak pernah menghampakan mana-mana pihak dan tidak melanggar syarat-syarat kerana setiap aktiviti yang dilakukan akan dirujuk kepada saya dahulu", ujarnya lagi.

Sebagai penulis adakalanya saya sendiri pelik kenapa masa yang diambil terlalu lama PBBM untuk menyelesaikan sesuatu perkara...anda bayangkanlah kalau gaji PBBM dibayar lambat agak-agak bolehkah mereka mendiamkan diri....fikirlah sendiri.

No comments:

Post a Comment