})();

nuffnang

31 March 2016

Komen Orang Lama Skuad Harimau Malaysia

Malaysia Sudah Tepu Sekadar Seri 0-0 dengan Macau

Khalid Ali, bekas pemain pasukan kebangsaan menganggap Skuad Bolasepak Malaysia yang ada sekarang sudah "tepu", kalau anda tidak faham apa itu tepu boleh buka kamus dewan bahasa dan pustaka.

Beliau mengulas lanjut perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia bertemu Macau di Melaka kelmarin yang disifatkanya sudah "tepu" itu . Mereka sudah tepu dan itu tahap maksima mereka, kata Khalid Ali.

Khalid merupakan salah seorang peneraju penting kemaraan Malaysia secara merit ke Sukan Olimpik Moscow 1980 itu menganggap standard pemain profesional Malaysia tidak jauh dengan tonggak Macau yang bermain secara separuh masa.

Beliau menyarankan agar skuad yang ada sekarang dirombak untuk mencari pemain yang betul-betul  bersemangat untuk menyarung jersi negara, Kim Swee tidak seharusnya di persalahkan sepenuhnya kerana jelas pemain sekarang tiada standard dan tidak layak menyertai kem negara. Memang betul jurulatih yang senaraikan nama tapi hanya itu yang dalam negara kita, ujarnya lagi.

Kebanyakan pemain sudah di tahap maksimum, kita tak boleh nak mereka lagi. Mereka kebuntuan idea bagaimana untuk memecah benteng lawan, permainan mere sudah tepu dan cara bermain tidak boleh diterima.

Beliau hairan bagaimana bila mereka mampu bermain dengan baik dan hebat semasa mewakili kelab atau negeri masing-masing tetepi bila peringkat negara mereka langsung tidak mampu menunjukan prestasi yang baik.

Kim Swee dan FAM harus melakukan sesuatu agar perkara begini tidak lagi berlaku pada lain-lain perlawanan antarabangsa.

30 March 2016

Malaysia vs Macau Kacau

Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Macau memalukan

Malaysia mengikut ranking dunia berada pada kedudukan 166 dan Macau pada kedudukan 195 dunia, namun apa yang berlaku amat memalukan dengan keputusan 0-0 di stadium Hang Jebat malam tadi.

Gagal manfaatkan bermain ditempat sendiri dan gagal mencatatkan kemenangan keatas pasukan kerdil dalam aksi persahabatan semalam pastinya memberi tamparan hebat dan persepsi negatif terhadap skuad Harimau Malaysia.

Anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee ternyata gagal bangkit untuk mengatasi Macau yang dianggap sebagai pasukan belasahan sebelum perlawanan dimulakan. Namun selepas wisel sepak mula dibunyikan ternyata segalanya umpama mimpi ngeri penyokong Harimau Malaysia yang tidak mampu menjaringkan sebarang gol walaupun hampir keseluruhan permainan dikuasai pasukan negara.

Rombakan besar-besaran yang dilakukan Kim Swee juga amat mengejutkan kerana enam pemain yang mewakili Malaysia ketika tewas 0-2 kepada Arab Saudi tidak diturunkan.

Amri Yahyah dilantikan sebagai kapten Harimau Malaysia apabila Shafiq Rahim tidak dapat beraksi akibat kecederaan manakala gandinganya bersama Nazmi Faiz Mansor yang tampil buat julung kalinya bersama skuad senior sejak 2013 dan Baddrol Bakhtiar dibahagian tengah.

Penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) Izham Tarmizi  Roslan menggalas tugas sebagai penjaga gol Malaysia menggantikan Khairul Fahmi kurang diuji pasukan pelawat manakala Nazirul Naim Che Hashim yang dipanggil saat terakhir terpaksa digantikan dengan Yong Kuong Yong pada minit ke-26 akibat cedera.

Sejarah lepas menyaksikan Malaysia dengan mudah membelasah Macau 9-0 di Stadium Merdeka dan 5-0 ditempat lawan.Harimau Malaysia hanya mampu mencipta dua percubaan merbahaya menerusi Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-25 yang berjaya diselamatkan penjaga gawang Ho Man Fai manakala rembatan kencang sayap kanan Nazrin Nawi pada minit ke-37 sekadar menggegarkan palang Macau.

Datuk Ong Kim Swee membuat dua pertukaran dengan mengeluarkan Nazmi Faiz Matthew Davies untuk memberi ruang kepada Hafiz Kamal dan Wan Zack Haikal beraksi.

Walaupun pertukaran telah dilakukan Malaysia masih buntu mencari gol apabila tandukan Amri Yahyah pada minit ke-83 tersasar dan berjaya diselamatkan Man Fai. Penyerang Malaysia ketandusan idea untuk menjaringkan gol.

Perlawanan berkesudahan dengan seri 0-0. Kumpulan Ultras Malaysia yang hadir dengan ratusan orang mula menyanyikan lagu sindiran terhadap FAM, " Oooooo FAM apa sudah jadi, bila nak letak jawatan".

Selepas tamat permainan semasa wawancara dengan pemberita, Datuk Ong Kim Swee memaklumkan yang beliau sememangnya tidak berpuas hati dengan mutu persembahan yang di pamerkan oleh anak-anak buahnya dan ini tidak boleh diterima. Namun beliau mengatakan yang skuad negara amat keletihan akibat kurang cukup rehat disebabkan perlawanan yang diadakan terlalu padat dan pemain Malaysia yang mewakili JDT yang paling ketara kurangnya rehat.

Bagi saya sebagai penulis artikel ini, setiap kali Malaysia kalah akan ada sahaja alasan yang diberikan . Ini sudah kerap berlaku, kami rakyat Malaysia sudah bosan.

Pemain Macau hanyalah pemain semi-pro dan kebanyakan mereka adalah penjawat awam yang menjadikan bolasepak sebagai."Partime" sahaja. Tak kan itu pun tak faham sedangkan pemain Malaysia dibayar gaji ribuan ringgit namun tahap permainan tetap tidak berubah.

Apa pun kita tunggu ulasan Presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Abdullah.

Paraguay Berputih Mata Kelayakan Piala Dunia 2018

Brazil Bangkit Dari Ketinggalan 2-0

Perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan antara Paraguay menentang Brazil berkesudahan seri 2-2 yang berlansung di Paraguay.

Ketiadaan Neymar dan David Luiz yang digantung 1 perlawanan gara-gara menerima 2 kad dikatakan bakal meranapkan impiam Brazil untuk menang dalam perlawanan ini. Memang pada awalnya permainan Brazil nampak goyah dengan ketiadaan pemain bintang itu.

Paraguay berjaya mendahului Brazil 2-0 pada separuh masa pertama hasil asakan bertalu-talu ke kubu Brazil dan Brazil dilihat seakan tidak mampu melakukan serangan balas akibat ketumpulan jentera serangan.

Masuk babak separuh masa kedua permainan dilihat seimbang dan masing-masing saling berbalas serangan hinggalah minit ke-75 apabila rembatan kencang Hulk tertampan penjaga gol Paraguay dan bola melantun keluar kemudian disambar Olievera dan menendang masuk untuk keputusan 1-2.

Perlawanan dilihat seakan Brazil bakal kalah sesudah babak kedua masuk ke masa tambahan . Brazil tidak berputus dan terus melancarkan serangan ke kubu Paraguay dan berjaya menghasilkan gol penyamaan minit ke-91 oleh Dani Alvis dan sekali lagi Brazil nyaris-nyaris mendapat gol kemenangan apabila bola lantunan gagal di rembat tepat apabila berdepan satu sama satu dengan penjaga gawang Paraguay....keputusan penuh 2-2 hingga tamat permainan...

29 March 2016

Brazil Dalam Bahaya

Kelayakan Piala Dunia 2018 Brazil Tempang

Neymar dan David Luiz bakal membawa bencana kepada Brazil kerana tidak dapat diturunkan menjelang aksi menentang Paraguay pagi esok.

Ditambah kesukaran apabila Brazil melepaskan 2 gol semasa menentang Uruguay jumaat lalu dan sekadar berpuas hati dengan keputusan seri 2-2.

Sepanjang 30 minit awal babak pertama di Recife, Brazil cukup garang dan sentiasa menyerang  dengan penuh semangat sekaligus membayangkan persembahan paling hebat selepas kekalahan di separuh akhir Piala Dunia 2014.

Namun Uruguay tidak mudah berputus asa dan mereka bangkit semula dengan asakan bertali arus menyerang ke kubu Brazil dan hasil voli cantik dari Edinson Cavani sebelum Luis Suarez menyamakan kedudukan selepas rehat, inilah yang berlaku apabila pertahanan lemah menyebabkan mereka dibelasah 7-1 oleh Jerman pada Piala Dunia 2014.

Neymar berjaya meredakan kekecewaan Brazil namun dia digantung satu perlawanan gara-gara melakukan kekasaran terhadap Al-varo Gonzalez. Manakala David Luiz turut dilayangkan kad kuning sekaligus tidak boleh bermain menentang Paraguay yang kini mengumpul mata sama dengan Brazil selepas 5 perlawanan.

Dunga, Jurulatih Brazil sudah pun membuat percaturan bagi menggantikan penyerang mereka yang digantung. Santos Gabriel Barbosa dipanggil menggantikan Neymar manakala Corinthians Felipe bakal menggantikan David Luiz.

Penyerang dari skuad bawah 23 Brazil yang juga dikenali sebagai "Gabigol", mempunyai kelincahan setanding dengan Neymar dan kemampuanya telah ditunjukan apabila meledakan 6 gol dalam 4 perlawanan B-23 tahun .

Paraguay pula inginkan 3 mata penuh dalam pertemuan dengan Brazil dan mereka pernah menumpaskan Brazil beberapa kali.

Jadual Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Amerika Selatan

Kedudukan Mata Terkini dan Jadual Perlawanan Zon Amerika Selatan Piala Dunia 2018 Perancis

5 Perlawanan dijadualkan berlangsung pagi esok dan akan disiarkan oleh saluran Astro Super Sport. Semua waktu adalah mengikut jam Malaysia.

Colombia vs Ecuador
(Live Astro 811/833 4.25 pagi)

Argentina vs Bolivia
(Live Astro 811/833 7.25 pagi)

Paraguay vs Brazil
(Live Astro 810/831 7.40 pagi)

Uruguay vs Peru

Venezuela vs Chile

# Setelah lima perlawanan berlangsung Ecuador berada di tahta carta dengan 13 mata di ikuti Uruguay 10 mata dan Brazil 8 mata, manakala Paraguay keempat juga dengan 8 mata yang dibezakan jaringan campur bolos.

Empat pasukan teratas akan layak secara automatik manakala pasukan ditangga kelima akan playoff antara benua bagi melayakan ke Kejohanan Piala Dunia 2018 .

Malaysia Pasukan Hebat

Aksi Perlawanan Persahabatan Malaysia Menentang Macau Stadium Hang Jebat 29 Mac 2016

"Malaysia pasukan yang bagus", itulah kata-kata Lao San pengurus dan jurulatih Skuad Macau menjelang perlawanan persahabatan antarabangsa malam nanti menyaksikan Skuad Negara akan bertemu Macau di stadium Hang Jebat malam ini.

Jurulatih Macau menganggap Malaysia Malaysia terlalu unggul berbanding pasukannya namun mereka tidak akan menyerah kalah sebelum turun beraksi .

Walaupun baru sahaja tiba di Malaysia semalam tanpa mengira penat mereka tetap turun berlatih walaupun cuma seketika bagi menyesuaikan keadaan padang, kehadiran 2 bintang import Portugal iaitu Pilipe,30 dan Edgar Teixiera 27 mampu menguatkan barisan Semi Pro Macau.

Tidak mudah untuk Skuad Macau mendapat kebenaran beraksi di luar negara dan kesempatan ini membuatkan semua pemain begitu teruja dan bakal memberi komitmen yang tinggi dan inginkan kemenangan. Kami juga akan menjadikan perlawanan ini sebagai pengalaman untuk meningkatkan mutu bolasepak Macau, katanya.

Hanya seorang sahaja pemain profesional dalam pasukan Macau namun tidak mendapat pelepasan dari majikan untuk beraksi malam nanti.

Lao San berkata, Malaysia adalah pasukan yang bagus dan kami melihat perlawanan semasa menentang Arab Saudi bagaimana pertahanan Malaysia mampu mengekang asakan Arab Saudi yang lebih baik dan kami perlu mencontohi bagaimana Malaysia memperlahankan permainan lawan.

Apa yang kami perlu lakukan adalah mengekang asakan Malaysia yang bakal dilakukan oleh penyerang berbisa Malaysia seperti Safiq Rahim, Amri Yahyah dan Baddrol Bakhtiar.

Misi Pertahankan Juara - Datuk Nicol Ann David

Skuasy Wanita Dunia, Nicol Lawan Rachael

Datuk Nicol Ann David ratu skuasy Negara akan bertemu musuh tradisinya Rachael Grinham dari Australia untuk misi mempertahankan gelaran Kejohanan Skuasy Wanita Dunia dalam aksi pusingan pertama dalam kejohanan pembuka tirai disini pada 25 April depan.

Selepas keputusan undian dikeluarkan pada majlis pelancaran kejohanan itu semalam, jaguh Negara nombor 2 dunia itu akan menentang Rachael yang berada pada ranking ke-20 dunia.

Mereka pernah bertemu dalam dua pentas final  saingan dunia 2005 dan 2006.

Jika Nicol menang, beliau akan menentang juara lapan kali dalam menuju ke final iaitu Allison Waters jaguh England dan jaguh terbuka British, Nour El Sherbini.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan, YB Khairi Jamaluddin yakin dan optimis yang ratu skuasy Negara itu mampu mengatasi segala tekanan semasa beraksi dalam Kejohanan Skuasy Wanita Dunia di sini nanti.

Sebagai pemain profesional, Nicol sudah biasa menerima tekanan pada peringkat  tertinggi. Rakyat Malaysia diharap dapat memberi sokongan yang padu dan jitu kepada Nicol.

Kejohanan yang disertai lebih 50 atlet sukan skuasy darib19 buah negara, dijadual berlangsung dari 24 April hingga 30 April di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil.

Malaysia juga akan diwakili oleh Delia Arnold dan Low Wee Wern yang juga bekas pemain kelima dunia.

Malaysia pernah menjadi tuan rumah kejohanan skuasy dunia pada 2004 dan 2013 yang menyaksikan tawaran hadiah cukup lumayan berupa sebuah kereta jenis Citreon DS4 dan wang tunai AS$185,000 (RM743,061).

Tengku Abdullah Masih Pertimbang Keputusan Letak Jawatan

Sampai Bila, Sampai Bila, Sampai Bila

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Ahmad Shah masih mempertimbangkan keputusanya untuk meletak jawatan selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bagaimana pun Exco FAM berhak menolak keputusanya itu. "Saya masih lagi menimbang untuk melepaskan jawatan Presiden FAM seperti diumumkan November tahun lalu.

"Setakat ini masih belum ada kata putus kerana saya perlu selesaikan banyak perkara dulu sebelum saya mengumumkanya" Baginda berkata demikian pada pemberita pada sidang media selepas majlis penyerahan zakat perniagaan korporat di Istana Abdul Aziz, semalam.

Exco FAM menolak hasrat Tengku Abdullah untuk meletak jawatan selaku presiden selepas mesyuarat Exco kali ketujuh sesi 2014-2018 pada 29 Februari lalu.

Badan Exco FAM masih berharap baginda dapat memimpin badan induk bola sepak negara itu.

Adusssss sampai bila la nak letak jawatan ni....masalah betui ...ramai lagi yang muda muda dan berwibawa mampu memikul tugas tersebut....ini pandangan ikhlas saya empunya blog.

Bekas Pemain Kedah Kecewa

Kami Kecewa Dipinggirkan

"Mereka sudah lupa setiap penat lelah dan jerih yang pernah kami sumbangkan buat pasukan Kedah. Bukanya layanan VVIP yang kami minta, cukuplah sekadar dapat masuk stadium secara percuma" kata legenda Hijau Kuning Nor'azam Ishak.

Pepatah pernah berkata buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Adakah itu benar dan boleh dipakai. Inilah apa yang berlaku kepada bekas pemain bolasepak Kedah . Segala pengorbanan yang pernah mereka curahkan sejak dahulu, kini bagaikan dipandang sepi.

Slogan "Biar Jasa Jadi Kenangan", kini dipersoalkan Logo yang tertera yang pernah ditanamkan dalam diri setiap pemain agar-agar bermati-matian beraksi demi yang dicintai.

Mereka yang terdiri dari 200 bekas pemain Kedah sedang menantikan apa yang Persatuan Bolasepak Kedah(KFA) akan lakukan demi mengenang jasa mereka yang pernah memerah keringat buat Hijau Kuning suatu ketika dahulu.

Presiden Persatuan Bekas Pemain Bola Sepak Kedah (Kefa), Mohd Faridzul Kassim berkata, beliau berharap yang KAFA akan menjadi pasukan pertama dalam mengenang jasa bekas pemain dengan pengiktirafan yang sesuai.

Menurut beliau lagi, kebanyakan pasukan di negara maju tidak pernah meminggirkan bekas-bekas pemain, malah mereka diberi pas percuma menonton perlawanan bolasepak.

"Di negara maju, mereka menyediakan satu sudut khas buat legenda mereka hadir menonton perlawanan tanpa memerlukan tiket yang sepatutnya telah lama berlaku di Malaysia dan juga Kedah.

" Kita cakap yang Liga Malaysia sudah maju kehadapan setaraf dengan Luar Negara namun hakikatnya hampeh. Cakap tak serupa bikin"

Kefa pernah menghantar permohonan pas masuk percuma buat bekas-bekas pemain pada tahun 2013, namun dipandang sepi oleh KFA.

Beliau menerima banyak rungutan daripada bekas-bekas pemain Kedah yang masih berminat dan bersemangat menonton aksi perlawanan di stadium namun terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan tiket. Kini hampir kesemua pemain Kedah tawar hati untuk ke stadium kerana tiada keistemewaan yang diberikan kepada mereka sebaik sahaja menggantung "boot".

"KFA sepatutnya terus berhubung dengan meraka dari masa ke semasa untuk meminta pandangan atau membentuk satu badan khas diwakili bekas pemain untuk memantau bakat baru. Kami masih mempunyai pengaruh yang kuat, itu mesti KFA ingat. Orang ramai lebih tertarik jika sesuatu acara dilakukan dengan kehadiran Lagenda Bolasepak Kedah", ujar beliau lagi.

Jelas Mohd Faridzul, KFA wajar untuk muncul sebagai pasukan yang hebat bukan sahaja dalam bolasepak tetapi juga soal kebajikan bekas pemainya.

Bagi saya penulis blog ini, contohi ATM yang sentiasa menjaga kebajikan bekas anggotanya yang telah bersara.


Logo Persatuan Bolasepak Kedah yang diguna pakai tetapi tidak di praktikan dan ini amat mengecewa legenda Hijau Kuning...KFA jangan dok diam saja...turun padang tengok tengokan masalah depa.

28 March 2016

Aktiviti Riadah Pulihkan Semangat The Panthers

Skuad Bolasepak Pulau Pinang Adakan Aktiviti Riadah Rehat 2 Minggu.

Adussss kenapa la pergi makan angin plak....nape tak ikut macam Kelantan adakan perlawanan persahabatan, bley mantapkan kekuatan.

Pasukan Pulau Pinang memanafaatkan tempoh rehat 2 minggu dengan mengadakan kem motivasi yang dijalankan di Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut, Lumut Perak.

Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Seri Nizar Ariff Munshir Ariff berkata, Pulau Pinang perlu mengembalikan semangat yang kuat dan kental untuk melawan balik sehebat nama jolokan " Harimau Kumbang" dan kami bukan sekadar pelengkap saingan Liga Super.

Penyokong Pulau Pinang adalah salah satu kumpulan penyokong yang cukup fanatik, mereka boleh beramai-ramai menyokong kami dan juga boleh memboikot dengan membiarkan stadium Bandaraya kosong seperti pernah berlaku dahulu. Jadi kami akan buktikan kepada kepada penyokong Pulau Pinang yang skuad The Panthers masih mampu bangun.

Pulau Pinang kini memfokuskan kepada semua aktiviti yang dijalankan untuk mengembalikan semangat berpasukan dan kembali memberi yang terbaik buat penyokong setia The Panthers seterusnya saingan dalam Liga Super.

Selepas tamat rehat 2 minggu Pulau Pinang akan menerima kunjungan Sarawak ke stadium Bandaraya pada 5 April 2016 (Selasa).

ILkay Gundogan Bakal Ke Manchester City

Khabar Gembira Buat MC

Manchester City dalam proses membuat perjanjian untuk membawa pemain tengah Dortmund, ILkay Gundogan ke Etihad dan rundingan dibuka semula untuk mendapatkan pemain tengah Juventus, Paul Pogba.

The Citizens sudah bersetuju dengan perjanjian perpindahan bernilai 25 juta pound (RM123.5 juta) dengan Dortmund bagi mendapatkan pemain antarabangsa Jerman itu. Pep Guardiola menetapkan 10 Jun sebagai tarikh akhir untuk melengkapkan pembelian pemain musim panas mereka lapor The Mirror.

Pengurus yang baru dilantik itu menerima cek kosong bagi membuat rombakan baru menjelang musim panas, manakala pengarah kelab, Txiki Begiristain berkata, segala urusan jual beli akan diselesaikan sebelum bermulanya EURO 2016.

Joachim Loew Sakit Hati - Coach Jerman

Jerman Tidak Berhak Menang dan Amat Teruk

Kekalahan Jerman dalam perlawanan persahabatan menentang England di Berlin semalam membuatkan pengendalinya naik angin.

Joachim Loew, pengendali Jerman mengakui yang dia amat jengkel melihat pasukan juara dunia itu mensia-siakan kelebihan 2 gol hasil jaringan awal bila tewas kepada England 3-2 di Berlin semalam dalam perlawanan persahabatan.

Jerman berada dihadapan apabila Mario Gomez dan Toni Kroos berjaya menjaringkan gol di Stadium Olympia dengan disaksikan lebih 71,000  penonton apabila berputih mata dalam hanya tempoh 30 minitb England berjaya mendapatkan 3 gol .

" Sebagai jurulatih, ianya amat menjengkelkan apabila pasukan anda tewas selepas mendahului 2-0.
" Malah ketika mendahului 2-0 permainan kami amat terok dan tidak mampu menguasai permainan, kami mengalami masalah dalam mencipta gol, hantaran bola yang tidak menentu dan skil individu yang gagal . Dan paling terok penyerang kami terpaksa bergelut mencari peluang". Kata Joachim.

Jerman akan mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan dengan Itali esok dan pastinya Loew tahu apa sepatutnya beliau lakukan untuk mengelak perkara yang sama terus berlaku. Perlawanan persahabatan terakhir ini diadakan sebelum Loew menamakan pemain yang bakal membawa cabaran Jerman ke Euro 2016 di Perancis Jun nanti.

"Kami perlu melakukan banyak rombakan, beberapa kombinasi tidak menjadi dan kurang keinginan untuk menang. Kami banyak makan angin pada babak kedua dan membuka ruang yang luas seolah-olah pemain sengaja membuka lorong buat jentera England menjaringkan gol"

" Adakah anda rasa ini permainan sang juara dunia dan amat memalukan, kami tidak berfungsi sebagai sebuah pasukan yang digeruni, persembahan kami kanak-kanak tadika baru belajar pegang bola" ujar Loem lagi.

Jerman perlu melakukan sesuatu untuk terus menambah koleksi mereka sebelum Euro 2016 Jun nanti.

Jamie Vardy Tuah Buat England

Bantu The Three Lion Benam Jerman

Jamie Vardy memberi tuah buat England apabila menjaringkan gol dengan kuisan tumit kaki selepas dimasukan mengganti Danny Welbeck pada minit ke-72.

Penyerang sensasi dari Leicester City itu membuat jaringan cantik menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Eric Dier menanduk kencang menghasilkan gol kemenangan England dalam aksi persahabatan dengan Juara Piala Dunia, Jerman di Berlin semalam.

Jerman terlebih dahulu mendominasi permainan dengan mendahului 2-0 melalui jaringan  Toni Kross dan Mario Gomez, namun penjaring gol dunia terbanyak Harry Cane merapatkan jurang gol.

England dikatakan bakal menjadi juara Piala Dunia 2016 dan senarai pilihan utama dan no.1 dalam undian majalah sukan dunia. Namun pengendali England Roy Hodgson berharap pemainya akan terus merendahkan diri dan jangan tertalu bangga dengan kemenangan semalam.

England sehingga kini telah memenangi 6 dari 9 perlawanan menentang Jerman di Berlin, manakala baki 3 perlawanan lagi seri.

Pertemuan semalam menyaksikan Hodgson memberi penampilan sulung kepada pemain kiri Tottenham, Danny Rose dan Gary Cahill dipertanggungkan sebagai ketua pasukan buat pertama kalinya ekoran ketiadaan Wayne Rooney.

Stadium Olympia menyaksikan kehadiran 71,000 penonton yang kehabisan tiket online dua hari sebelum permainan.

Dalam 2 perlawanan persahabatan lain pula, Poland membelasah  Findland 5-0 di Warsaw. Austria menewaskan Albania 2-1. Hungary seri 1-1 dengan Croatia dan Kazakhstan menang tipis 1-0 dengan Azerbaijan.

Rusia pula menewaskan Lithuania 3-0 dalam persiapan menuju Euro 2016.

27 March 2016

Gigitan Suarez Cukup Berbisa

Jaringan Bergaya Luis Suarez

Setelah digantung 9 perlawanan gara-gara insiden menggigit telinga pada perlawanan Bolasepak Piala Dunia 2014 kini Luis Suarez bebas sepenuhnya dan berjaya menjaringkan gol penuh bergaya menyamakan kedudukan 2-2 semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dengan Brazil semalam.

Beliau kembali beraksi buat pertama kalinya dalam pentas antarabangsa sejak digantung akibat menggigit  Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014, Suarez dan Edinson Cavani membuka peluang kembali selepas ketinggalan 0-2 dalam tempoh 25 minit.

Skuad tuan rumah mendominasi perlawanan namun Uruguay kembali bangkit memberi saingan selepas minit ke-31 apabila Carlos Sanchez menanduk bola ke arah Cavani dan penyerang dari kelab Paris St Germain itu menendang deras menewaskan penjaga gawang Brazil pada jarak 10 meter.

Luis Suarez mempamerkan aksi yang cukup aggesif dan kelincahan dalam mengawal bola berjaya mengelecek pertahanan lawan lalu merembat kencang menyamakan kedudukan 2-2 . Suarez yang dilayangkan kad kuning kerana memijak kaki lawan hampir menjaringkan gol ke-3 semasa berhadapan dengan Alisson penjaga gawang Brazil namun berjaya ditolak dengan kaki.

Kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan Awal Pagi Rabu Zon Amerika Selatan: 30hb Mac 2016

Colombia vs Ecuador
Astro 833 - 4.25 pagi

Argentina vs Bolivia
Astro 833 - 7.25 pagi

Paraguay vs Brazil
Astro 831 - 7.40 pagi

Uruguay vs Peru

Venezuela vs Chile

26 March 2016

Datuk Vida Diberi Amaran

FMLLP Beri Amaran Kepada Penaja PQPTRW

Datuk Seri Dr Hasmiza Othman selaku penaja dan Penasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diberikan amaran oleh Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Kevin Ramalingam berkata, Datuk Vida perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika berada dibangku simpanan, termasuk memakai pakaian berbeza daripada pemain yang beraksi diatas padang.

Beliau harus patuh pada peraturan sedia ada termasuk mengelakan daripada menggunakan telefon bimbit, pakaian tidak boleh sama dengan yang dipakai pemain . Itu sebab mengapa pemain memakai bib agar tidak sama dengan rakan sepasukan yang sedang beraksi.

Selain itu Datuk Vida juga dikatakan berselfie dengan pemain dikawasan teknikal. Kemungkinan Datuk Hasmiza tidak dibenarkan memasuki kawasan teknikal jika masih terus melanggar peraturan tersebut.

"Jika peraturan itu tidak dipatuhi, kami tiada pilihan untuk memastikan semua orang mematuhi peraturan dan kami tahu perkara ini menghiburkan tetapi jangan sehingga membelakangkan peraturan sedia ada", Kata Kevin.

Ong Kim Swee Puas Hati

Pengendali Bolasepak Malaysia Datuk Ong Kim Swee Lega Kalah 2-0 Kepada Arab Saudi

Walaupun kalah 2-0 kepada Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 Datuk Ong Kim Swee berpuas hati kerana persiapan yang yang suntuk dalam menyediakan skuad Negara itu.

Berdasarkan persiapan serba ringkas dan ala kadar dalam tempoh 4 hari, pemainnya berjaya mengekang asakan bertubi-tubi Arab Saudi yang ingin menjaringkan gol yang banyak bermain ditempat mereka.

Taktikal bertahan yang diterapkan jurulatih berusia 46 tahun itu ternyata berhasil apabila pasukan tuan rumah kendalian bekas jurulatih skuad Piala Dunia Belanda, Bert Van Marwijk terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk merobek gawang Malaysia.

"Kita tahu Arab Saudi satu pasukan yang kuat dan mereka telah 10 hari lebih awal membuat persiapan. Saya tidak kata keputusan ini baik, kalah tetap kalah. Tapi kita berjaya menggagalkan lebih banyak gol dibolosi dan keputusan ini realistik. Apa yang mustahak kita belajar untuk bertahan selepas kalah dengan jaringan besar sebelum ini." Kata Kim Swee.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia terpaksa mengharungi pusingan Play-off pada Jun nanti untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia manakala pusinga Piala Dunia sudah pun lama terkubur.

Dalam perlawanan menentang Arab Saudi di stadium King Abdullah Sport City, Jeddah semalam menyaksikan Malaysia langsung tidak mampu mengawal bola dan memaksa Apek terpaksa bertungkus lumus menjaga gawang Malaysia, sedangkan penjaga gol Arab Saudi boleh makan angin kerana Malaysia tidak mampu melepasi ke petak panalti mereka.

Permainan Malaysia yang dilihat tidak setaraf Arab Saudi amat jauh berbeza rentak permainan dengan Malaysia dan kita hanya mampu bertahan. Bagi pendapat saya perkara ini amat memalukan sebab di tonton seluruh dunia dengan permainan corak bertahan, jangan la memberi alasan macam budak-budak sebab majoriti rakyat Malaysia boleh berfikir dengan baik dan logik.

Bolasepak Malaysia patut membuka peluang untuk jurulatih luar melatih skuad Malaysia kerana selagi jurulatih tempatan mutu permainan tetap sama.

Stadium Mungkin Kosong EURO 2016

EURO 2016 Mungkin Stadium Kosong

UEFA, Badan Induk bola sepak Eropah tidak menolak kemungkinan Kejohanan Bolasepak kedua terbesar itu bakal dilangsungkan di stadium tanpa penonton jika wujud kebimbangan ancaman pengganas berterusan, menurut Naib Presiden Jawatankuasa Eksekutifnya, Giancarlo Abete.

Pihak berkuasa telah mencadangkan samada membatal atau meminda tempat penganjuran EURO 2016 apabila berlaku serangan pengganas pada November lalu di Perancis dan Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazenueve telah menekankan kembali kawalan ketat apabila berlaku pengeboman di Belgium pada selasa lalu iaitu jiran mereka.

Namun Abete berkata, mereka tiada langsung pilihan kecuali bermain dalam stadium kosong tanpa penyokong jika masih wujud ancaman pengganas.

Sementara itu Setiausaha Sukan Perancis,  Thierry Braillard memberitahu setakat ini belum ada tanda-tanda yang kejohanan itu akan dibatalkan selepas serangan di Belgium.

Perdana Menteri Perancis Manuel Valls berkata yang EURO 2016 tidak sepatutnya ditangguhkan.

25 March 2016

Luis Suarez Bakal Tamatkan Hukuman

Penyerang Sensasi Uruguay Luis Suarez DiGantung FIFA Akibat Menggigit Semasa Piala Dunia 2014 BEBAS

Luis Suarez yang digantung sebanyak sebanyak 9 perlawanan antarabangsa akibat perbuatan menggigit telinga seorang pemain bolasepak semasa saingan Piala Dunia 2014 boleh tersenyum kini apabila hukuman itu bakal berakhir menjelang pertemuan Uruguay menentang Brazil aksi kelayakan Piala Dunia 2016 sabtu nanti.

Penyerang yang menjadi buah mulut peminat bolasepak antarabangsa pada tahun 2014 itu pastinya gembira untuk menyarung kembali jersi negaranya dalam usaha kembali beraksi dalam Piala Dunia.

Seharusnya dia sudah insaf setelah begitu lama digantung dari menyertai mana-mana permainan peringkat antarabangsa. BBC melaporkan yang Suarez terlepas aksi antarabangsa selama 640 hari termasuk ketika Uruguay tewas kepada Columbia dalam Perlawanan Piala Dunia 2014 selain Copa Amerika 2015 dan empat perlawanan kelayakan Piala Dunia , namun masih dapat beraksi ketika perlawanan persahabatan.

" Tiada sesiapa boleh mempertikaikan permainan saya. Saya akan terus bermain, memberi tekanan dan mempertikaikan keputusan pengadil tetapi saya akan lakukan dengan lebih berhemah seperti di Barcelona.

" Kini saya semakin bijak dalam membuat keputusan, mengambil kesempatan dalam kehidupan ini dan saya sedang belajar mengawal kemarahan dan darah gemuruh yang banyak mengawal dan memberibkeaan buruk ", kata Suarez.

Suarez menerima hukuman daripada FIFA selepas menggigit telinga Giorgio Chiellini, pertahanan Itali pada peringkat kalah mati semasa perlawanan masuk minit ke-75.

Amaran Dari K.Devan PQPTRW

K.Devan Beri Amaran Kepada Liga Super

Sepanjang cuti rehat 2 minggu Liga Malaysia kebanyakan pasukan cuba mencari sesuatu untuk meningkatkan kualiti permainan pasukan masing-masing dari pelbagai aspek termasuk taktikal.

Begitulah juga dengan skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors yang dikendali K.Devan memberi amaran keras kepada lawan mereka dalam Liga Super apabila bermulanya 5 April depan Kelantan akan bangkit dan mempamerkan aksi lebih aggresif dan mantap.

K.Devan berkata yang anak-anak buahnya sudah tidak sabar lagi mempamerkan aksi sebenar selepas menumpaskan Pulau Pinang pada aksi terakhir, 12 Mac lalu.

" Kami akan bertemu dengan JDT yang berada pada tangga teratas dan pasukan teratas lain seperti Selangor, Felda United dan Terengganu. Saya juga telah "brain wash" dengan berkata yang Kelantan sepatutnya berada jauh lebih baik dari mereka.

" Dan bagaimana kita boleh berada diatas!! lain dan tak bukan dengan menewaskan mereka", kata Devan.

Walaupun ada sesetengah jurulatih berpendapat tempoh rehat yang panjang akan memberi kesan pada rentak permainan, tapi beliau merasakan perkara itu tidak akan menjejaskan persiapan meningkatkan prestasi anak-anak buahnya.

" Pada saya cuti rehat ini memberi peluang kepada saya dan keuntungan untuk menilai semula kelemahan yang sedia ada serta menguji pemain lain." ujar Devan lagi.

Kelantan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Kuantan FA di Stadium Darul Makmur, malam ini dan Perlis di Kangar, pada 29 Mac nanti.

Ratu Skuasy Negara Mara Ke Suku Akhir

Datuk Nicol Ann David Mara Ke Suku Akhir Skuasy Terbuka British

Dengan misi memburu kejuaraan keenamnya Datuk Nicol berjaya mara ke suku akhir Terbuka British bermakna seleranya untuk bergelar juara masih belum hilang.

Datuk Nicol yang berada pada rangking kedua dunia mengetepikan pemain Australia, Donna Urquhart 11-4, 11-7,11-6 di pusingan kedua di Arena Airco dalam masa 27 minit.

" Pemain yang menentang saya menunjukan kebangkitan pada setiap pusingan dan ini amat menarik dengan memaksa saya bekerja lebih keras lagi untuk menang. Namun saya gembira bila diberi tentangan tadi"

" Saya mulai serasi pada setiap perlawanan dan dapat menguasai gelanggang, saya gembira menang 3-0 tadi"

" Saya dianggap sebagai underdog dalam kejohanan ini dan itu lebih baik bagi saya kerana tiada tekanan dalam usaha saya itu", kata Datuk Nicol.

Datuk Nicol akan menentang Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang menewaskan Joey Chan dari Hong Kong 11-5, 11-5, 11-9.

24 March 2016

Ong Kim Swee Komited Kelayakan Piala Dunia 2018/Asia 2019

Harimau Malaysia Yakin Benam Arab Saudi

Menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 awal pagi nanti jam 1.30 yang akan disiarkan melalui Astro 801 Jurulatih Malaysia Datuk Ong Kim Swee tidak mengharapkan sebarang keajaiban berlaku. Perlawanan akan berlangsung di Stadium King Abdullah Sports City Centre Jeddah, Arab Saudi.

Datuk Ong Kim Swee hanya mahukan semua pemain memberi persembahan terbaik dan sekurang-kurangnya mengulangi sejarah pertemuan di Stadium Shah Alam September tahun lepas.

" Arab Saudi memang pasukan yang bagus bertaraf dunia, persembahan mereka konsisten jadi kena berusaha lebih keras dan saya amat berharap pemain akan berikan persembahan yang terbaik.

" Kami akan memberi tekanan dan berusaha sebaik mungkin mengekang mereka yang pernah kami tunjukan di Stadium Shah Alam dan saya percaya kami mampu lakarkanya sekali lagi", kata Datuk Ong Kim Swee.

Aksi kedua dan terakhir menentang Arab Saudi dalam kumpulan A pada awal pagi nanti amat penting menjadi penentu nasib Harimau Malaysia. Walaupun sudah tersingkir pada perebutan tiket ke Piala Dunia 2018, Malaysia yang kini menduduki tangga keempat dengan 4 mata dilihat masih berpeluang ke pusingan  ketiga kelayakan Piala Asia 2019.

Sekiranya kita mampu mengejutkan Arab Saudi, maka kita akan berjaya mengelakan perlawanan Play-off Jun nanti.

Namun Datuk Ong Kim Swee tetap komited dan yakin anak-anak buahnya akan memberikan persembahan terbaik 100% dan doa dari kalangan rakyat Malaysia.

Harimau Denak Garang - Skuad B22 Malaysia

Skuad  Bawah 22 Tahun Malaysia Hebat

Ujian pertama Benhardt lulus, itu yang dilaporkan oleh media-media Malaysia dan pujian keatas Skuad B22 Kebangsaan membenam Skuad B22 Filipina 4-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Frank Benhardt yang memikul tugas sebagai pengendali Projek Sukan SEA Bolasepak Malaysia B22 dilihat mampu merealisasikan impian warga Malaysia untuk melihat kemajuan Bolasepak Malaysia ke persada antarabangsa. Kemenangan selesa itu dilihat permulaan yang baik untuk Jurulatih dari Jerman yang telah dilantik Disember lepas.

Apa pun ianya masih terlalu awal untuk pujian diberikan buat Skuad B22 negara kerana aksi malam tadi dilihat Filipina gagal memberi cabaran dengan aksi lemah permainan mereka.

Malaysia masih perlu memperbaiki dari segi posisi jentera serangan kerana gagal menyempurnakan jaringan walaupun mempunyai peluang dan perkara ini sukar jika kita bertemu lawan yang lebih hebat seperti Thailand dan Vietnam.

Aksi-aksi serangan dan taktikal yang dipersembah Skuad Projek Sukan SEA 2017 boleh juga dipuji terutamanya menerusi gerakan pantas pemain sayap kanan Nur Syamie Iszuan Amin mampu mengkucar kacirkan pertahanan Filipina.

Larian yang pantas dilakukan pemain dari Sarawak itu berjaya menghasilkan gol kedua Malaysia yang dijaringkan S Kumaahran (Kelab Pulau Pinang) pada minit ke-30 selepas Arif Farhan Isa membuka tirai gol awal pada menerusi tendangan deras pada minit ke-19.

Benhardt banyak melakukan pertukaran untuk memberi peluang kepada setiap pemain menimba pengalaman pada peringkat Antarabangsa. Namun Malaysia masih mampu menghasilkan gol pada babak kedua perlawanan menerusi pemain gantian N.Thanabalan, minit ke-65  penalti jaringan Farhan Roslan minit ke-75.

Filipina pulang dengan gol saguhati melalui sepakan penalti John Christopher Kanayama minit ke-73 selepas kekasaran dilakukan Arif Farhan.

Perlawanan seterusnya untuk Skuad Projek Sukan SEA 2017 akan berlangsung di Paroi ( Stadium Tuanku Abdul Rahman) menentang Skuad B22 Nepal pada 27hb Mac 2016( Ahad).

Saksikan Live Aree Bihunsup Ex Service

Pelumba Basikal Pula Tuntut Wang Elaun

Tuntutan Elaun Ahli Sukan Tak Habis Lagi

Berita tunggakan gaji pemain bolasepak Liga Malaysia yang tak pernah henti dilaporkan oleh media kini berjangkit pula kepada sukan berbasikal yang didedahkan.

Terbaru pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang dijanjikan elaun bulanan selepas memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA Singapura tahun lalu menuntut supaya Persekutuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM) mengotakan janji secepat mungkin.

" Kami juga pelumba Malaysia. Dimana hak kami dan kami juga atlet negara yang membawa cabaran mengharumkan nama Malaysia.

" Kami rasa seperti dipergunakan, diambil bila diperlukan, dilupakan jika tidak digunakan," kata pelumba negara, Adiq Husainie Othman.

Adiq bersama barisan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang beraksi di temasya Sukan SEA lalu bersama Harrif Salleh, Zamri Salleh, Anuar Manan dan Saiful Anuar Aziz.

PKBM sebelum ini telah berjanji akan memberi elaun kepada  skuad berbasikal Negara selama 2 tahun, sama dengan jumlah atlet Negara yang meraih pingat emas. Namun janji hanya tinggal janji.

Elaun itu dijanjikan oleh Presiden PKBM Datuk Abu Samah (Ab Wahab) sendiri sebanyak 2 kali. Beliau menjanjikan elaun itu ketika majlis SHAKAM ( Skim Hadiah Kemenangan Sukan) dan sebelum kami berlumba.

23 March 2016

Nicol Layak Mudah Ratu Skuasy Negara

Datuk Nicol Ann David Mudah Layak Ke Cabaran Seterusnya

Ratu Skuasy Negara, Datuk Nicol Ann David yang merupakan pemain nombor satu dan dikedudukan kedua rangking dunia dengan mudah menundukan Mayar pemain bukan pilihan dari Mesir untuk memburu kejuaraan keenam di Terbuka British.

Datuk Nicol, juara 5 kali itu hanya memerlukan 26 minit untuk menafikan kemaraan Mayar Hany 11-8, 11-9, 11-0 untuk mara ke pusingan kedua bertemu Donna Urquhart dari Australia.

Mayar belum pernah bertemu Datuk Nicol sebelum ini dan agak menyukarkan pemain nombor 1 itu membaca rentak pemain muda berusia 19 tahun itu.

Sebagai seorang pemain yang matang dan profesional Datuk Nicol mempamerkan corak serangan yang pantas menyebabkan Mayar hanya mampu bertahan dan terkedu berdepan Datuk Nicol.

Namun begitu Datuk Nicol dikejutkan pada set kedua apabila hampir tewas dan berada pada kedudukan genting apabila ketinggalan 8-9 sebelum menang, selepas kemenangan set kedua pula dengan mudah Datuk Nicol menundukan Mayar 11-0 pada set ketiga.

" Agak sukar bermain pertama kali dengan seseorang yang belum pernah anda bertemu, ianya mengambil masa yang agak lama untuk membaca rentak permainan beliau (Mayar).

" Saya mula mendapat rentak semula selepas set kedua dan saya harus bertindak lebih aggresif menentang pemain muda" Kata Datuk Nicol Ann David.

22 March 2016

Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019

Pertarungan Malaysia Menentang Arab Saudi Kelayakan Piala Dunia 2019

Malaysia mengidam robek gawang Arab pada pertemuan menentang Arab Saudi di King Abdullah Sport City jam 1.30 pagi awal pagi jumaat.

Walaupun kalau dilihat atas kertas Malaysia adalah pasukan kerdil dan sukar menewaskan Arab Saudi namun dalam bolasepak segalanya mungkin selagi wisel 90 minit belum ditiupkan.

Amri Yahyah, penyerang Harimau Malaysia dari Kelab JDT mempunyai xita-cita yang tinggi untuk menggegarkan gawang Arab Saudi pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Jeddah.

Justeru Amri percaya sekiranya dia serta rakan-rakan sepasukan mempamerkan aksi dan usaha yang berlipat ganda, peluang untuk Malaysia menjaringkan gol pastinya cerah. Usaha perlu ditingkatkan dalam misi menewaskan Arab Saudi di gelanggang mereka.

Mengulas lanjut Datuk Ong Kim Swee yang telah menyenaraikan 23 pemain yang hanya dikumpulkan semalam amat optimis kemampuan mereka tambahan kesemua mereka dalam keadaan cukup "Fit", bagi menggalas cabaran negara.

" Saya amat yakin dengan usaha dan komitmen semua pemain, apa saja boleh berlaku nanti, mungkin kami juga boleh lakukan kejutan dan jangan terkejut kerana apa sahaja boleh berlaku", katanya.

Walaupun Malaysia sudah tersingkir memburu tiket ke Piala Dunia di Russia 2018 selepas sekadar meraih 4 mata  dalam 7 perlawanan, skuad Negara masih berpeluang beraksi pada pusingan kelayakan ketiga Piala Asia.

Harapan dan doa seluruh rakyat Malaysia agar keajaiban akan berlaku dan skuad Negara mampu menewaskan Arab Saudi.

Hafizh Syahrin Pelumba Moto2 Ke-4

Hampir Menjejak Podium Kebanggaan Malaysia Pelumba moto2 Hafizh Syahrin Abdullah

Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin terlepas peluang menjejak podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat ke-4 gara-gara penalti .

Semangat yang berkobar-kobar ditunjukan Hafizh walaupun mengalami kesakitan bahagian kanan namun tetap berusaha menamatkan perlumbaan menjadi kebanggaan seluruh Rakyat Malaysia.

" Saya tetap nak habiskan perlumbaan walaupun tangan sudah mulai terasa sakit". Begitulah yang dimaklumkan dan bergelut dengan kesakitan semasa menamatkan tirai Grand Prix (GP) Qatar ditempat keempat awal pagi semalam.

Hafizh mewakili PETRONAS Raceline Malaysia itu yang masih belum pulih sepenuhnya dari kecederaan tangan kanan akibat kemalangan di alami pada pusingan terakhir di Valencia musim lepas.

" Tangan saya mulai terasa sakit apabila berbaki 4 pusingan lagi", ujar beliau.

"Amat sukar untuk mengekalkan menunggang secara konsisten, namun saya sudah berusaha sebaik mungkin dan terima kasih kepada rakan sepasukan yang memastikan jentera saya yang pantas", Jelas Pescao (Gelaran Beliau).

Hafizh sepatutnya bermula dipetak ke-16 tetapi dinaikan ke-15 menggantikan Lorenzo Baldassari yang terpaksa menarik diri apabila terlibat kemalangan pada sesi ujian kelayakan. Penalti dikenakan kepada pelumba yang melakukan " jump start", membabitkan Johann Zarco, Sam Lowes, Marcel Schrotter, Alex Rins, Robin Mulhauser dan Takaaki Nakagami yang turut membantu Hafizh berjaya menduduki tempat keempat.

Barry Leong selaku pengurus pasukan berkata," kalau bukan masalah kecederaan yang masih membelenggu Hafizh saya yakin beliau akan berada di atas podium".

21 March 2016

Mourinho Bakal Bimbing Manchester United

Jose Mourinho Di Lamar Manchester United

Segala teka teki kini terjawap apabila bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho dilaporkan sudah menandatangani pra kontrak sebagai Pengurus GGMU selepas berakhirnya musim ini. Pada Jun nanti.

Akhbar Sepanyol melaporkan Mourinho yang terkenal dengan jolokan " The Special One", akan menerima pampasan 15 juta pound (RM88 juta) andaikata beliau tidak dilantik secara rasmi pada 1 Jun depan.

Namun dilaporkan beberapa, ada beberapa Lembaga berpengaruh seperti Bobby Charlton dan bekas pengurus, Alex Ferguson masih was-was untuk tugas berat itu dipikul oleh Mourinho.

Diego Torres, wartawan El Pais dalam artikelnya menyatakan yang Red Devils sudah mengadakan rundingan dengan wakil jurulatih kelahiran Portugal itu. Malah Eksekutif United, Ed Woodward juga telah menghubungi ejen Mourinho, Mendes, sebaik sahaja United dimalukan oleh Kelab kerdil Denmark, Midtylland 2-1 dalam perlawanan pertama, peringkat 32 terbaik Liga Europa pada 18 Februari yang lalu.

Apa pun sama-sama kita nantikan, adakah Mourinho benar-benar akan menjadi pengurus The Red Devil aka Manchester United - GGMU.

Hafizh Shahrin Motogp Qatar

Moto2 Hafizh Bermula Petak Keenam

Pelumba negara, Hafizh Shahrin Abdullah bermula di petak keenam saingan Grand Prix Motorsikal Qatar hari ini selepas menamatkan sesi kelayakan yang mencabar di Litar Antarabangsa Losail, semalam.

Hafizh yang merupakan pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia menamatkan aksi kelayakan Moto2 pada kedudukan ke-16 dengan masa terpantas 2 minit 00.176s. Beliau akan memulakan perlumbaan bersebelahan Edgar Pons dan Luis Salom dari Sepanyol. Manakala Jonas Folger pelumba Jerman yang mencipta rekod baharu lapangan dengan masa 1:59,052 saat dipetak pertama.

Hafizh gagal mencatatkan masa paling pantas yang beliau lakukan pada sesi latihan 2 minit walaupun diatas litar yang sama sebelum itu.

" Jentera itu tidak berfungsi seperti sebelumnya, saya sudah membuat segalanya dan tayar baru juga ditukar namun hanya berjaya merubah sedikit masa" ujarnya.

Sementara itu, pengurus pasukan Petronas Raceline Malaysia, Barry Leong berkata, kami akan mengkaji pada setiap aspek apa yang tidak kena pada jentera itu bagi mendapatkan kembali masa terbaik sebelum itu dan keputusan ini mengecewakan kerana kami telah melakukan sesi latihan dan ujian yang baik".

Nico Rosberg Juara Grand Prix Australia

Fernando Alonso Bagai Mati Hidup Semula

2016 pembuka tirai formula Satu(F1) yang berlansung di Australia di menangi oleh Nico Rosberg dalam perlawanan yang berlangsung dengan penuh dramatik itu, kerosakan tayar juga menyaksikan Sebastian Vettel gagal muncul juara Grand Prix Australia, manakala Fernando Alonso terselamat dari kemalangan .

Kemenangan yang dicatat oleh Rosberg adalah kemenangan ke-15 dan keempat berturut-turut selepas musim lalu juga dimenanginya.

Peluang Rosberg yang dari pasukan Mercedes AMG Petronas itu atas permulaan buruk rakan sepasukan, Lewis Hamilton, yang terpaksa berpuas hati menamatkan saingan ditempat kedua walaupun bermula di petak pertama.

Juara dunia empat kali, Vettel hanya berada dikedudukan ketiga  walaupun mendahului pada saingan awal namun strategi penggunaan tayar aggresif menjadi mendatar akibat kemalangan yang menimpa Alonso sebaik saingan dihentikan.

Alonso boleh diibaratkan bagai mati hidup semula apabila tayar kanan kereta yang di pandunya terlanggar tayar pelumba Haas, Esteban Gutierrez pada kelajuan yang tinggi di pusingan ke-18.

Bagaimanapun sejurus selepas kemalangan itu, Gutierrez bingkas keluar dari keretanya dan menghampiri Fernando Alonso sebelum kedua-dua pelumba itu dilihat berpelukan.


Keputusan :

1. Nico Rosberg - Ger/Mercedes

2. Lewis Hamilton-GBR/Mercedes

3. Sebastian Vettel- Ger/Ferrari

4. Daniel Ricciardo-Aus/Red Bull

5. Felipe Massa-Bra/Williams

6. Romain Grosjean-FRA/Haas

7. Nico Hlkenberg-Ger/Force India

8. Valtteri Bottas-FIN/Williams

9. Carlos Sainz Jr-ESP/Toro Rosso

10. Max Verstappen-NED/Toro Rosso

Amutu Tuntut KAFA Lunas Hutang

Austin Amutu Mahu KAFA Lunas Hutang Tertunggak

Kemelut tunggakan gaji pemain bolasepak Malaysia yang heboh seketika dulu nampaknya masih belum selesai bila bekas pemain import Kelantan Austin Amutu dari Nigeria.

Amutu yang berusia 23 tahun bermain bersama The Red Warrior selama semusim yang dipinjam oleh Warri Wolves FC dari Nigeria mendakwa masih belum menerima tunggakan gaji tiga bulan berjumlah AS$42,000 (RM170,000).

Namun beliau tidak berhasrat memanjangkan isu itu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) kerana masih boleh berbincang dan memberi peluang kepada KAFA. Beliau tidak akan mengikut jejak langkah bekas penyerang import Kelantan, Erwin Carrillo yang telah membuat laporan kepada FIFA.

Carrillo 32 tahun, telah memfailkan laporan kepada FIFA melalui peguamnya dan mendakwa KAFA gagal melunaskan tunggakan gaji 3 bulan berjumlah AS55,000 (224,000).

Dakwa Amutu " Kelantan masih berhutang dengan saya tiga bulan gaji berjumlah AS$42,000 tapi saya tidak membuat laporan seperti Carrillo kerana sayangkan Kelantan.
Kenapa saya diperlakukan begini sedangkan saya telah banyak berkorban untuk mereka (KAFA).

"Segala-galanya telah saya lakukan untuk Kelantan dan saya bukanya mahu mencari masalah tapi saya tidak boleh berdiam diri lagi"

" Saya pernah bertanya kepada Tan Sri Anuar Musa sebelum akhir musim lalu, bagaimana kedudukan tunggakan gaji saya namun beliau menjawab tiada duit untuk membayarnya dan merupakan pemain import terakhir meninggalkan Malaysia ke Negara asal saya.....dan terpaksa merayakan sambutan Krismas seoarang diri tahun lalu", ujar Amutu.


Pendedahan demi pendedahan isu tunggakan pembayaran gaji memberi tekanan terhadap Persatuan Bolasepak Kelantan dan KAFA juga berdepan isu tunggakan gaji pemain tempatan iaitu Amar Rohidan, Ahmad Fakri Saarani, Mohd. Nazri Ahmad, Mohd Fitri Omar dan Amiridzwan Taj Tajudin yang kesemuanya berjumlah RM477,000.

20 March 2016

Peluang The Gunners Cerah

Gol Danny Welbeck Dan Alex Iwobi Kembalikan Peluang Arsenal

Sejak 4 perlawanan yang lepas gagal mencatat kemenangan, kini peluang Arsenal kembali cerah untuk merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila Welbeck dan Iwobi berjaya menjaringkan gol pada babak pertama menentang Everton di Goodison Park semalam.

Percubaan awal Welbeck menyaksikan palang gol sebagai penghalang apabila sepakan kencangnya sekadar singah di palang gol Everton. Namun hasil umpanan cantik dari Alexis Sanchez yanpplg berjaya memecahkan benteng pertahanan Everton lalu singgah di kaki Wekbeck, terus menggelecek bola dan menjaringkan gol pada minit ke-7.

Keputusan Perlawanan Piala FA Superpower Best 19hb Mac 2016

Suku Akhir Pertama Piala FA 3 Perlawanan Berlangsung Malam Tadi

Keputusan:

PDRM 0 -1 JDT

Sime Darby FC 0 - PKNS FC 4

Perak 1 - 0 Kuala Lumpur

Perlawanan Suku Akhir Superpower Best Piala FA malam tadi menyaksikan JDT, Perak sekadar menang tipis dan PKNS berpesta gol.

The Southern Tiger (JDT) yang telah diramal memenangi perlawanan dengan The Cop (PDRM) di Stadium Hang Jebat malam tadi sekadar menang 1-0, walaupun ramalan sasaran awal mereka menjaringkan banyak gol namun meleset. Walaubagaimana pun kemenangan itu membawa erti yang besar bila bermain ditempat lawan.

PKNS pula berpesta gol membelasah ditempat lawan dengan 4-1 dan kemenangan Perak ditempat sendiri 1-0 masih belum menentukan kemaraan mereka kerana Perak akan berkunjung ke Kuala Lumpur pada 2 April nanti yang bakal menentukan nasib mereka pada perlawanan suku akhir kedua.

Di Stadium Hang Jebat pula JDT menang keatas PDRM dengan sepakan penalti yang diambil oleh Juan Martin Lucero pada minit ke-19 dan keputusan jaringan 1-0 itu kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang menyaksikan Juan Cobelli menjaringkan dua gol buat PKNS , dan mereka semakin mengganas pada babak kedua perlawanan dan berjaya menambah lagi 3 gol menjadikan keputusan penuh 4-0 mengatasi Sime Darby FC yang layu.

Skuad Semut Merah berjaya mendapatkan gol pertama hasil jaringan pemain import dari Palestin, Matias Hadwa pada minit ke-19. Kekurangan pemain Sime Darby yang dilayangkan kad merah dan bermain 10 orang tidak disia-siakan PKNS apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-53.

Penyerang berbisa PKNS dari Argentina, Cobelli menambah sakitnya Sime Darby selepas 2 minit dari gol kedua, beliau terus menendang kencang ke gawang lawan menewaskan penjaga gol Sime Darby untuk gol ke-3 pada minit ke-78. Mohd Nazrin Syamsul Bahri terus membuatkan derita bertambah malang apabila menyumbatkan gol ke-4 lima minit sebelum tamat perlawanan.

Ketumpulan jentera serangan Perak yang nyaris-nyaris hanya sekadar seri dengan Kuala Lumpur dilihat tidak berupaya menyekat kemaraan pihak lawan dan kredit harus diberi pada pertahanan mereka yang berjaya mengekang serangan Kuala Lumpur. Nasib menyebelahi Perak apabila mendapat gol percuma hasil jaringan sendiri pihak lawan dan berkesudahan dengan 1-0.

Gol percuma itu diperoleh hasil sepakan sudut Nazirul Naim Che Hashim ditanduk pertahanan Perak, Thiago Junior yang gagal ditepis penjaga gol Kuala Lumpur, Badrul Zaman dan terkena Helmi Remeli terus melantun masuk ke gawang gol.

19 March 2016

Mercedes - Hamilton Terpantas Sesi Latihan

Sesi Latihan Dominasi Oleh Pasukan Mercedes Lewis Hamilton F1 Australia

Berstatus juara dunia, Luis Hamilton mendominasi sesi latihan bebas Formula Satu Dunia musim baru semalam. Sementara rakan senegaranya Nico Rosberg berhadapan sedikit masalah.

Ketika Hamilton muncul sebagai pencatat ujian masa terbaik hujan turun agak lebat namun masih berjaya mencatat masa terbaik sekaligus memberi amaran kepada pesaing-pesaingnya untuk perlumbaaan pembuka tirai minggu ini.

Masa terpantas dicatat Hamilton adalah 38.411 saat diatas litar basah yang menyaksikan kehebatanya sebagai jaguh dunia terserlah dengan cara penguasaan jenteranya.

Rakan senegara yang juga pesaing Hamilton, Rosberg menghadapi masalah kawalan keatas jentera Mercedesnya apabila menghentam dinding pada selekoh ketujuh sehingga patah sayap kanan keretanya.

Kereta Rosberg yang mengalami kerosakan terpaksa diarahkan oleh keluar melalui radio" Keluar dari kereta Nico, hentikan kereta", beliau kemudianya menghentikan kereta pada selekoh ke-13.

Sebatian Vettel, pelumba Ferrari yang tidak mencatat sebarang masa pada pusingan pertama berjaya mencatatkan masa kelapan terpantas pada sesi uijian kedua 1.920s namun lebih perlahan berbanding Hamilton.

Pelumba pertama F1 Indonesia, Rio Haryanto yang hanya membuat 4 minggu persiapan sekadar menduduki tangga ke-14 dengan 22 pusingan dan berakhir dengan catatan masa 1:44,304s.

Helang Merah Gah Di Angkasa

Peluang Kedah Cerah Melakar Kemenangan Keatas Sabah Pusingan Pertama Suku Akhir Piala FA Super Power Best 2016

Kemenangan membenam Sabah semalam dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA 2-1 malam tadi membuka ruang yang luas untuk Helang Merah melakar kemenangan di tempat sendiri semasa kunjungan Sabah ke Darul Aman pada 1 April nanti.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah dilihat sebagai peluang terbaik untuk Sabah memenangi perlawanan namun kegagalan jentera serangan Sabah yang terlalu tumpul dan kawalan bola yang goyah menerima padah pada perlawanan malam tadi.

Gol pertama Helang Merah berjaya dihasilkan oleh Bang Seung Hwan pada minit ke-39 dan gol kedua dihasilkan oleh Baddrol Baktiar pada minit ke-69. Gol Sabah pula berjaya di jaringkan oleh pemain import Igor Cerina pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Seawal babak pertama bermula skuad Badak membuat serangan awal bertubi-tubi ke gawang pelawat menerusi percubaan Leopold Otong pada minit kedua namun berjaya ditolak keluar oleh penjaga gawang Kedah, Farhan Abu Bakar.

Selang beberapa minit penyerang import Sabah, Prince Nnake sekali lagi membuat percubaan namun tendangan bola kencang terus ke dakapan Farhan.

Penyerang sensasi Kedah, Baddrol hampir meletakan pelawat dihadapan selepas pertembungan satu sama satu dengan penjaga gawang Sabah, Rozaime Rohim namun ditepis keluar pada minit ke-28. Badrol sekali lagi membuat tendangan kencang dalam kotak penalti namun bola itu sekadar menggegarkan palang gol pada minit ke-36.


Serangan bertubi-tubi dan asakan demi asakan yang dilakukan Kedah akhir membuahkan hasil apabila Bang Seung Hwan apabila menerima bola hantaran silang Syazwan Zainon.

Sekali lagi gawang Sabah digegarkan oleh sepakan kencang Baddrol pada minit ke-69 menyebabkan hampir 10,000 penyokong tuan rumah merasa kecewa dengan kegagalan pertahanan Sabah mengekang asakan Kedah.

Sabah berjaya memperolehi gol saguhati pada masa kecederaan separuh masa kedua hasil tandukan  Cerina bila tendangan percuma diambil oleh Randy Baruh.

18 March 2016

Sensasi Bintang Bolasepak Dunia

Cerita Di Belakang Gol Sensasi Bintang Bolasepak Dunia

Kejutan-kejutan bintang bolasepak dunia sentiasa diambil tahu dan dicari pemberita dan peminat-peminat mereka.

Yaya Toure, 33 tahun memaklumkan kepada Manchester City dia akan meninggalkan kelab itu pada musim panas ini kecuali jika ditawarkan kontrak baru minggu depan.


Bakal pengurus Manchester City Pep Guardiola mahu mendapatkan pemain Athletic Bilbao Aymeric Laporte, 21, yang menyertai skuad B-21 Perancis dan pemain Everton John Stones,21, untuk membentuk gandingan pertahanan tengah.


Chelsea berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila pertahanan Paris St-Germain dari Brazil Marquinhos,21 pemain yang mereka cuba dapatkan pada musim panas lalu mendedahkan akan meninggalkan kelab itu hujung musim ini.

Jay Emmanuel Thomas,25, dijangka meninggalkan QPR lebih awal selepas Jimmy Floyd Hasselbaink berkata penyerang itu tidak sesuai dengan rancangannya.

Penyerang Lazio Keita Balde Diao,21, mendedahkan cita-citanya " untuk mewakili kelab terbaik dunia seperti Barcelona, Real Madrid dan Manchester United".

Liverpool dan Manchester United sedang memantau penjaga gol Jerman Marc-Andre ter Stegen,23 dan tertarik dengan andaian Barcelona akan menjual pemain itu jika kena dengan harganya.

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 19 dan 20 Mac 2016

Jadual dan Kedudukan Terkini Liga Perdana Inggeris

5 perlawanan dijadualkan akan berlangsung esok, 1 perlawanan awal pagi ahad dan 3 perlawanan pada hari ahad.

Everton vs Arsenal - 8 malam

Chelsea vs West - 10.45 malam

Crystal Palace vs Leicester - 10.55 mlm

Watford vs Stoke - 10.55 malam

West Brom vs Norwich

Swansea vs Aston Villa - 1 pagi


Leicester kini mendominasi carta Liga Perdanana Inggeris dengan 63 mata diikuti Tottenham 58 mata dan Arsenal 52 mata.

Penjaring terbanyak setakat ini:

Harry Kane 19 biji - Tottenham

Jamie Vardy 19 biji - Leicester

Romelu Lukaku 18 biji - Everton

Sergio Aquero - Man City

Riyad Mahrez - Leicester

Liga Juara-Juara (UEFA) Barcalona Mengganas

Neymar Jr, Messi dan Luis Suarez pemusnah The Gunners

Harapan Arsenal untuk layak ke suku akhir Liga Juara-juara musnah apabila gandingan Trio Barcelona meledak gol bertubi-tubi sekaligus meranapkan impian The Gunners itu dengan jaringan 3-1 di Nou Camp dan aggregat 5-1.

Neymar merencatkan semangat juang Arsenal apabila merembat gol awal, namun pelawat tidak mudah putus asa apabila Mohamed Elneny merembat kencang ke penjuru gol sebaik selepas berhenti rehat.

Jaringan Luis Suarez melenyapkan cabaran anak-anak buah Arsene Wenger menerusi jaringan volli yang amat menakjubkan 25 minit sebelum tamat perlawanan dan Lionel Messi menambah derita Arsenal dengan sepakan lambung mengelirukan dari kaki beliau.


Arsenal tewas enam musim berturut-turut dalam usaha menuju ke suku akhir Piala Liga Juara-Juara.


"Kami cukup kagum dengan mereka dan anda harus akui, kami bermain menentang sebuah pasukan yang mempunyai bintang penyerang yang cukup ajaib dan belum pernah kami saksikan sebelum ini, mereka mampu mencipta peluang yang anda tidak nampak dan seolah-olah anda dipukau makhluk jin dan mereka dapat merubah dunia hanya dalam 5 minit, pasti anda pun terpegun", Ujar Arsene Wenger.

Jadual Perlawanan Suku Akhir Piala FA 2016

Suku Akhir Piala FA Suku Akhir Pertama Superbest Power

Hari ini 18 mac 2016 (Jumaat) perlawanan Piala FA suku akhir pertama hanya satu perlawanan akan berlansung:

Sabah  vs  Kedah - Stadium Likas, Kota Kinabalu

Esok 19hb Mac 2016 ( Sabtu ), 3 perlawanan akan berlangsung :

PDRM vs JDT - Stadium Hang Jebat, Melaka

Sime Darby vs PKNS - Stadium MP Selayang

Perak vs Kuala Lumpur - Stadium Perak

Nota: Semua Perlawanan akan berlangsung jam 9 malam.

17 March 2016

Atletico Madrid Mara Suku Akhir Liga Juara-Juara

Atletico Menang Penalti 8-7 Atasi PSV Eindhoven

Berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara menyaksikan kemantapan Atletico Madrid selepas sekian lama mengindamkan suatu kejuaraan. Diego Simeone selaku pengendali Atletico memuji keyakinan tinggi pasukanya ketika mengatasi berjaya mengatasi PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara apabila menang 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti.

Dalam perlawanan timbal balas itu yang berlangsung selama 210 kedua-dua pasukan masih buntu menghasilkan gol sehingga terpaksa ditentukan melalui sepak penalti yang menyaksikan Atletico Madrid lebih hebat. Mereka berjaya menjaringkan kesemua 8 sepakan penalti tersebut. PSV kecundang apabila pada sepakan kelapan apabila tendangan yang diambil oleh Luciano Narsingh terkena palang gol.

Ini merupakan musim kedua berturut-turut Atletico mara ke kelompok lapan pasukan terakhir selepas berjaya mengatasi Bayern Leverkusen musim lepas dengan penentuan yang sama, sepakan penalti.

"Walaupun mereka tidak berlatih sepakan penalti namun pujian harus diberikan kepada pembantunya, German Burgos yang membuat keputusan siapa yang bakal mengambil penalti dahulu", katanya.