})();

nuffnang

13 April 2016

Kelab Bolasepak Itali Milik Anak Malaysia

Anak Tempatan Pemilik Kelab Serie B Itali

Selepas sejarah sukan semakin mengharumkan nama negara, kini satu lagi kebanggaan buat Malaysia bila media Itali melaporkan Kelab Series B Itali FC Bari 1908 dilaporkan menjadi milik ahli perniagaan dari Malaysia Datuk Dr Noordin Ahmad apabila berjaya menguasai 50 peratus saham Kelab tersebut.

Menurut laman web rasmi kelab tersebut, presiden sebelum ini Gianluca Paparesta bersetuju menjual 50 peratus saham daripada 95 syer kelab kepada Dr Nordin dengan nilai sekitar 12 juta euro (RM53 juta).

Datuk Dr Nordin seorang ahli perniagaan dalam perbankan, minyak dan emas itu sudah lama menunjukan minat terhadap kelab Itali, malah beliau mempunyai hubungan baik dengan Presiden Lazio Claudio Lotito.

Keputusan yang dibuat lembaga pengarah Bari FC itu bukan sesuatu yang mengejutkan malah diterima baik penyokong dengan memasang bendera Malaysia ditempat duduk penonton di Stadio San Nicola FC Bari menentang AC Cesena 4 hari sebelum itu.

Mereka percaya yang taikun dari Malaysia itu mampu membawa Bari FC kembali ke zaman kegemilangan selepas di selamatkan oleh Paparesta yang juga bekas pengadil Series A, selepas diistiharkan bangkrap dan dilelong dengan harga 2 juta euro (RM8.8 juta) pada mei 2014.

Kali terakhir Bari FC beraksi dalam Series A pada musim 2010-2011 dan kini berada dilandasan terbaik untuk playoff untuk naik ke Series A apabila kini menghuni tangga ketiga Divisyen 2 selepas 35 perlawanan.

Bagi rakyat tempatan kita, ini bukanlah kali pertama membuat pelaburan apabila Tan Sri Anthony Fernandes membeli Queen Park Ranger (QPR).

Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group pula adalah pemilik Cardift City selain turut membeli kelab juara Liga Bosnia FK Sarajevo.

No comments:

Post a Comment