})();

nuffnang

07 April 2016

Sensasi Bolasepak- Bekas Striker Terengganu Miliki Dadah

Berdepan Jel Seumur Hidup, Bekas Pemain Bolasepak Era 90-an Terengganu Dituduh Miliki Dadah

Mohd Ariffin Osman, 51, bekas penyerang bolasepak Terengganu era 90-an bakal berdepan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam atas tuduhan miliki dadah jenis heroin seberat 8.11 gram.

Beliau didakwa mengikut seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39 A(2) akta yang sama dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memilki dadah jenis heroin yang dianggarkan seberat 8.11 gram di belakang KFC, Jalan Sura Gate, Dungun jam 11.15 pagi pada 23 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun hingga seumur hidup dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Mohd Azhar menetapkan 5 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia - Harian Metro.

No comments:

Post a Comment