})();

nuffnang

14 April 2016

Cakaran Harimau Selatan

JDT Gah Membenam LAO Toyota Dengan Cakaran Maut

Johor Darul Ta'zim muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan kedua Piala AFC musim 2016 selepas membenam Lao Toyota 4-1.

Lao Toyota menanam azam tinggi menewaskan JDT di laman sendiri apabila bermula garang dengan menghasilkan gol awal namun kebangkitan JDT dari ketinggalan satu gol untuk muncul juara Kumpulan H saingan AFC  dengan menundukkan mereka di Stadium Nasional, Vientiane semalam.

Kemenangan berturut-turut dalam empat perlawanan itu menjadikan JDT berada pada tahta Kumpulan H sekaligus melayakkan ke pusingan kedua mengumpul 12 mata. 2 aksi berbaki lagi hanyalah sekadar pelengkap jadual.

Pada awal babak permainan JDT tampak kurang bermaya tanpa tonggak penjaring terbanyak, Safiq Rahim yang dibelenggu kecederaan.

Kelemahan barisan serangan dan keampuhan benteng pertahanan JDT diambil kesempatan oleh Lao Toyota yang menghukum skuad Harimau Selatan itu pada minit ke-41 apabila sepakan percuma Phatthana Syvilay tepat mencecah gawang gol menewaskan Izham Tarmizi.

Bermula babak kedua skuad bimbingan Bounlap Khenkitisack gagal meneruskan kecermerlangan seperti babak pertama apabila JDT memperkemaskan bahagian serangan dan pertahanan dengan bangkit  mengganas bagai harimau lapar diketuai Amri Yahya dan Safee Sali.

JDT tidak perlu menunggu lama apabila Safee Sali yang lama tidak diturunkan berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47 mengikat kedudukan 1-1.

Bahagian tengah diperkuatkan dengan kemasukan Fadhli Shas yang jarang diturunkan berjaya membalas kepercayaan Mario Gomez dengan menghasilkan gol kedua pada minit ke-66, tanpa menunggu lama gol ketiga berjaya dihasilkan oleh Amri Yahya dengan tendangan padu menggegar jaring Lao Toyota.

Harimau Selatan yang masih belum kenyang dan perlukan mangsa terus mengganas tanpa belas kasihan apabila penyerang import  dari Argentina Jorge Diaz meletak gol keempat hasil larian solo pada bahagian kiri menewaskan  Vatthana Kaoduangdeth penjaga gawal Lao Toyota pada minit ke-82.

Selepas ini JDT akan bertandang ke Myanmar bertemu Ayeyawady United pada 27 April.

No comments:

Post a Comment