})();

nuffnang

10 April 2016

Pulau Pinang Sekat Kedah Tapi Dapat Batu Merah

Kedah diikat Oleh Pulau Pinang Di Darul Aman

Kegairahan Helang Merah ingin mematuk Harimau Kumbang akhirnya memakan diri sendiri apabila berjaya diikat Pulau Pinang 2-2 dalam saingan Liga Liga Super di Stadium Darul Aman malam tadi.

Rentak pemain Kedah agak perlahan kemungkinan mereka ingin berhati-hati agar tiada kecederaan untuk bertemu JDT dalam saingan separuh akhir pertama Piala FA nanti. Percaturan ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe yang tidak menurunkan pemain bintang menguatkan lagi dakwaan mereka lebih berminat mencari kemenangan di Piala FA.

Kedah yang bermula garang pada babak awal permainan tampak cukup bertenaga dengan serangan-serangan kekubu Pulau Pinang namun berjaya dihalang pertahanan lawan. Jentera serangan Kedah tidak berputus asa dan asakan kekubu lawan di teruskan lagi secara bersepadu gandingan Badrul Baktiar dan Liridon Krasniqi pemain import Kedah.

Masuk minit ke-20 akhirnya Kedah berjaya menjaringkan gol pertama hasil sepakan Liridon yang gagal di tangkap kemas penjaga gawang Pulau Pinang Sani Anuar Kamsani.

Kegembiraan pasukan tuan rumah tidak kekal lama apabila kaunter attack skuad Pulau Pinang bermula dari tengah padang di kelecek oleh Faiz Subri dengan tenang membuat hantaran pendek kepada pemain import Martias Cordoba. Dalam keadaan berlari rembatan kencang di buat Cordoba mengelirukan penjaga gawang Kedah yang gagal menepis bola dan mencecah kiri jaring gol. Menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-32.

Tersentak dengan jaringan tersebut Kedah mulai mengatur gerakan ke kubu Pulau Pinang dan peluang keemasan hadir pada minit ke-40 apabila hantaran silang oleh Fakri Saarani melalui betul-betul dihadapan pintu dan Sani Kamsani sudah pun tertewas namun tendangan
Khairul Helmi sedikit kurang kemas dan bola tersasar keluar. Tamat babak pertama dengan kedudukan 1-1.

Bermulanya babak kedua perlawanan dilihat seimbang bagi kedua-dua pasukan yang saling membalas serangan namun masih buntu menjaringkan gol.

Melihat situasi yang kurang kemas Tan Cheng Hoe mulai mencaturkan kemasukan Sandro Mendoca dan Bang Sieu Hwan bagi memantapkan lagi jentera serangan. Begitu juga buat jurulatih skuad Pulau Pinang yang baru mengambil alih dari Jeckson Tiago sebagai pengendali Harimau Kumbang itu dengan mengeluarkan Faiz Subri dan memasukan Muhd Jefri Chew .

Manzoor Awira diberi kepercayaan pada perlawanan ini dan adalah ujian pertama buat beliau selaku ketua jurulatih Harimau Kumbang.

Perlawanan semakin rancak apabila serangan demi serangan dilakukan, akibat kealphaan pasukan pelawat yang gagal mengawal serangan tuan rumah gol kedua Kedah hadir pada minit ke-50 hasil sepakan padu dari Liridon yang tidak di kawal dengan kedudukan 2-1.

Pulau Pinang mula memperkemaskan jentera serangan namun masih gagal mendapat gol penyamaan. Permainan seakan dilihat bakal berkesudahan dengan kemenangan kepada Kedah berlaku sebaliknya apabila tendangan sudut yang diambil Raffiudin Roddin berjaya di tanduk kemas Darwira Sazan mencecah gawang Kedah dengan kedudukan 2-2 sehingga tamat perlawanan.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN BAZAAR RAMADAN ANDA DI SINI



Penyokong tuan rumah seolah-olah tidak dapat menerima hakikat yang mereka gagal mengalahkan Pulau Pinang dan inilah akibatnya bila penyokong terlampau fanatik berada dalam Stadium, bas pasukan Pulau Pinang di baling dengan batu di Stadium Darul Aman .

Kejadian baling batu oleh penyokong Kedah sudah dua kali berlaku dan kali pertama ketika perlawanan Liga Perdana tahun 2015 bila mereka menjadi tuan rumah perkara yang sama seperti malam ini juga terjadi. Di harap pihak PDRM membuat siasatan perkara tersebut seterusnya membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.