})();

nuffnang

11 April 2016

Penyokong Kedah Segelintir Memalukan

Menteri Besar Kedah Menyifatkan Mereka Memalukan Negeri Kedah Insiden Baling Batu Bas FAP

Bolasepak Malaysia tak sudah-sudah dicemari pelbagai aksi dan insiden yang cukup memalukan.

Terbaru perlawanan antara Kedah dan Pulau Pinang dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah malam kelmarin yang dicemari bas pasukan Pulau Pinang dibaling batu oleh lelaki yang tidak bertamadun dan jauh sekali bertanggungjawab.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam apabila bas yang membawa pemain dan pegawai pasukan Pulau Pinang itu baharu sahaja bergerak keluar menuju jalan utama di Lebuh Raya Darulaman.

Manzoor Azwira Abdul Wahid pengendali baru Pulau Pinang berkata, ketika kejadian berlaku beliau duduk dihadapan sebelah kiri sebelum terkejut dengan bunyi kuat cermin pecah.

"Saya amat terkejut melihat cermin retak ditepi saya dan mendengar bunyi balingan batu bertalu-talu.
"Lebih kurang tiga ke empat retakan pada cermin bas dan seketul batu masih melekat pada cermin bas", kata Manzoor.

Kejadian balingan batu itu mengakibatkan penjaga gol import Pulau Pinang, Marquinhos Domingues mengalami luka di lengan kiri terkena serpihan kaca.

Mereka terus membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah menyifatkan tindakan sekumpulan lelaki membaling batu ke arah bas Pulau Pinang selepas saingan Liga Super di Stadium Darul Aman itu sesuatu perkara yang tidak boleh dimaafkan dan amat memalukan negeri Kedah.

Didalam laman-laman sosial terutamanya Facebook, penyokong Pulau Pinang turut mengecam perbuatan terkutuk itu dan ada yang terus mengeluarkan orang Kedah dari senarai rakan fb mereka. Manakala ada juga yang secara terang-terang mempelawa pelaku yang membaling batu itu berkunjung ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang masa aksi pusingan kedua nanti.

No comments:

Post a Comment