})();

nuffnang

15 April 2016

Barcelona Putih Mata Kalah Mengejut

Juara Bertahan Barcelona Di Kecewakan Atletico Madrid Liga Juara-Juara


Bencana buat Barca penuh dilaporkan di seluruh dada ahkbar dan media sosial yang agak terkejut dengan kekalahan penyandang juara liga Juara-Juara musim lalu.

Mereka tersingkir dalam perlawanan separuh akhir kedua semalam dengan kekalahan 2-0 kepada Atletico Madrid untuk agregat 3-2.

Antoine Griezmann pemusnah buat Barca apabila meledakkan 2 gol dihadapan penonton sendiri.
Griezmann menanduk masuk hantaran silang menarik Saul Niguez bagi membolehkan tuan rumah berada dihadapan pada minit ke-36 dan jaringan ini menjadikan tuan rumah lebih garang melancarkan serangan.

Penyerang dari Perancis itu meneruskan aksi cemerlang Atletico Madrid dengan menyempurnakan sepakan penalti apabila selepas Andres Iniesta dihukum kerana memegang bola dengan tangan, gol itu melengkapkan kemenangan agregat 3-2 menyaksikan Barca tersungkur pada suku akhir buat kali kedua dalam tiga musim.

Manakala Bayern Munich juga melakar sejarah layak separuh akhir Liga Juara-Juara apabila  seri 2-2 dengan Benfica menjadikan agregat 3-2 dalam satu lagi perlawanan di Lisbon semalam.


Penjaring Terbanyak:


Chritiano Ronaldo - 16 gol- Real Madrid
Robert Lewandowski- 8 gol - Bayern
Thomas Mueller - 8 gol - Bayern
Luis Suarez - Barcelona





No comments:

Post a Comment