Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia Hanya Tinggal 14 Hari Untuk Lunaskan Gaji Tertunggak 15 Bekas Pemainnya Berjumlah RM3.7 Juta
Masa semakin suntuk buat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBATM) dan hanya tinggal 14 hari sahaja lagi untuk melunaskan semua tunggakan gaji terhadap 15 bekas pemainnya berjumlah RM3.7 juta membabitkan kontrak A dan B.
Menurut sumber, selepas tindakan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan kepada media mengenai tuntutan sebenar pemain The Gladiators pada 15 Februari lalu, PBATM berjanji akan menyelesaikan segala hutang dalam tempoh 3 bulan.
Namun segalanya masih belum selesai dan berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum cukup tempoh 90 hari dan akan tamat pada 11 Mei 2016. PBAT akan berdepan dengan tindakan undang-undang selepas PFAM memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.
" Hingga hari ini pemain masih belum menerima apa-apa bayaran dari mereka (PBATM) berhubung tunggakkan gaji mereka.
" Bukan sahaja kontrak A, malah kontrak B pun sama senyap. Kalau ikutkan 11 Mei ini adalah tarikh terakhir untuk mereka jelaskan gaji pemain. Jika mereka masih gagal selesaikan sebelum 11 Mei ini maka pihak mahkamah akan mengambil tindakkan.
" Saya kira itu jalan paling mudah untuk selesaikan isu ini yang sudah berlanjutan agak lama," kata sumber rapat untuk wartawan.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail meminta PBATM melunaskan tunggakkan gaji permain berjumlah RM3.7 juta.
Pendapat admin.....macam juga orang biasa kalau dah hutang kena la bayar. Pemain juga ada anak bini nak makan so kasihanilah mereka....
No comments:
Post a Comment