})();

nuffnang

18 April 2016

Lim Teong Kim Enggan Ke FC Bari

Sistem PPBN Lebih Baik Teong Kim Tak Akan Hantar Berlatih Di Bari FC


Pengarah PPBN (Program Pembangunan Bolasepak Negara) Lim Teong Kim tidak akan menerima tawaran dari Kelab Series B, FC Bari andai ada tawaran di Kelab Itali itu.

Menurut bekas jurulatih remaja kelab Bayern Munich itu, hasrat Datuk Dr Nordin pemilik kelab Itali FC Bari mewujudkan akedemi adalah langkah yang bagus namun beliau tidak akan menghantar pelatihnya ke sana kerana modul yang digunapakai sekarang di sini adalah lebih baik dari mereka.
"Tidak...saya tidak akan melayan sebarang tawaran dari mereka yang berhasrat membawa atau memberi peluang kepada pemain kami berlatih bersama mereka.

"Saya akui usaha Dr Nordin membeli Kelab  dan seterusnya cuba membuka pintu kepada pemain tempatan beraksi di sana amat di puji. Tetapi tidak kepada pelatih saya. Seorang ke, dua orang ke, saya tidak akan lepaskan.

"Namun kalau dijemput untuk aksi persahabatan atau menyertai kejohanan anjuran mereka kami tiada masalah", kata Teong Kim.

Dr Nordin yang membeli FC Bari dengan nilai 12 juta euro (RM53 juta) minggu lalu, melahirkan kesediaan untuk membawa dua atau tiga pemain muda Malaysia ke sana berlatih setiap tahun.
Dalam masa sama Teong Kim turut mempersoalkan kelemahan pentadbiran bola sepak Malaysia di bawah FAM sebagai punca kenapa kebanyakan jutawan tempatan tidak berminat melabur dalam liga sendiri.

"Lihat saja QPR, Cardiff City dan kini Bari semuanya dimiliki orang kaya Malaysia. Cuba fikir kenapa mereka tidak mahu melabur di negara sendiri dan lebih minat dengan pasukan luar.
"Jawapanya mudah saja, sebab mereka tahu tahap bolasepak kita dan sistem pentadbiran serta masalah pembangunan yang diabaikan oleh pentadbir" ujar Teong Kim lagi.


Saya sebagai penulis amat-amat bersetuju dengan pendapat Teong Kim tentang FAM yang gagal dalam pentadbiran bolasepak negara dan masalahnya tak mahu mengaku dan masih ingin pegang jawatan sebab apa, anda sendiri boleh beri jawapanya.

Namun saya kurang setuju dengan Teong Kim yang enggan melepaskan pelatih beliau kerana inilah peluang terbaik membawa anak-anak muda berlatih di sana bila ada peluang....janganlah keputusan sekarang akan menjadi penyebab kegagalan keputusan akan datang 10 tahun kemudian, kerana saya pernah alaminya semasa berkhidmat dalam ATM dahulu apabila seorang Komandan enggan menghantar 7 orang pelatihnya memasuki Pegawai Kadet dari Apperantis Putera.



No comments:

Post a Comment