})();

nuffnang

25 April 2016

Pulau Pinang Alpa Terus Di Hukum

Lupa Sejarah Lalu Punca Kekalahan Selain Pemain Yang Tiada Semangat Juang


Kealpaan dan lupa sejarah Liga Perdana dan leka mengakibatkan Pulau Pinang terus di landa kesuraman apabila tewas 2-3 kepada Terangganu FC 11 (T-Team) dalam aksi kesembilan saingan Liga Super di Stadium Bandaraya malam tadi.

Permainan yang cukup hambar pada separuh masa pertama amat mengecewakan penyokong. Kesebelasan pemain gagal menunjukkan mutu permainan yang baik dan kurang konsisten biarpun banyak peluang untuk menjaringkan gol terhidang di depan mata.

Walaupun Pulau Pinang banyak melancarkan serangan namun serangan balas " Counter attack" dari pihak lawan mudah menghasilkan gol pendahuluan  pada minit ke-32 menerusi Asrol Ibrahim dan gol kedua oleh pemain import Patrick dos Santos pada minit ke-41.

Jentera serangan Pulau Pinang dibawah kendalian pemangku ketua jurulatih Pulau Pinang Manzoor Azwira terlalu tumpul dan tidak mampu menjaringkan gol pada aksi babak pertama.
Bermula babak kedua, kebangkitan tuan rumah dengan aksi serangan bertali arus mengkucar kacirkan pertahanan T-Team dan akhirnya Reinaldo Lobo pemain pertahanan yang naik ke atas berjaya menanduk masuk mencecah jaring gol lawan pada minit ke-67.

Berselang beberapa minit Osas Saha berjaya menjaringkan gol penyamaan semasa berlaku kekalutan dalam kotak penalti T-Team pada minit ke-75 dan berjaya mengikat lawan dengan 2-2.
Tersentak dengan gol kedua Pulau Pinang, T-Team kembali cergas mengatur serangan balas dan peluang kealpaan benteng pertahanan Pulau Pinang yang ampuh dan kelemahan larian mengakibatkan gol ketiga T-Team dihasilkan sekali lagi menerusi pemain import Dos Santos pada minit ke-87 .

Jaringan kecermerlangan Da Santos sekaligus melonjak T-Team berada dikedudukan ketiga Liga Super dengan 15 mata dalam sembilan perlawanan. T-Team mencatatkan empat kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.


Walaupun Pulau Pinang tewas namun skuad Harimau Kumbang itu masih kekal berada dikedudukan ke-11 carta Liga Super dengan hanya satu kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan.
Apa yang ingin admin perkatakan tentang permainan Pulau Pinang seperti yang admin sendiri 

saksikan di Stadium Bandaraya adalah terlalu banyak kelemahan dalam skuad Harimau Kumbang itu. Kelemahan dari segi "fitness" yang cukup ketara kerana kekuatan larian pihak lawan cukup jauh berbeza kalau untuk dibandingkan dengan tuan rumah. Mereka tidak mampu mengejar larian pantas oleh pihak lawan.




Selain keampuhan benteng pertahanan Pulau Pinang mempertahankan kubu mereka. Mereka terlalu banyak mengharapkan Reinaldo Lobo sedangkan beliau terpaksa naik turun mempertahankan kubu, Lobo juga naik keatas membantu jentera serangan yang mungkin beliau sendiri dapatkan saksikan tidak mampu menghasilkan gol. Kecermerlangan Lobo berjaya menghasilkan gol pertama buat tuan rumah sedangkan beliau berada di posisi pertahanan.

Pemain serangan Ossa Saha sejak dimasukan dalam skuad Harimau Kumbang gagal menyerlah walaupun berjaya menghasilkan beberapa gol sebelum ini namun penyokong Pulau Pinang beranggapan yang dia sebenarnya bukanlah seorang "striker" import yang bagus. Banyak peluang-peluang terhidang di depan mata gagal diterjemahkan dengan menjaringkan gol selain fizikal yang "lembik" dan tiada idea serta lambat berfikir untuk menghantar bola kepada pemain lain.


Perlawanan malam tadi juga boleh di lihat beberapa pemain tempatan yang seolah-olah bermain sambil lewa atau lebih tepat digambarkan mereka seperti tidak berminat lagi mewakili Pulau Pinang apabila gagal mengawal dan menghantar bola kepada pemain lain yang sedang menanti dalam kotak penalti. Adakah Mazoor masih belum nampak itulah laungan dan kecaman dari penyokong Pulau Pinang. Sampai bila pihak pengurusan ingin menyimpan mereka yang hanya mengabiskan "beras" lantaran peminat sudah bosan dengan aksi mereka.

Sampai bila penyokong harus menjadi mangsa dalam kancah bolasepak Pulau Pinang yang semakin hari semakin menjunam. Tiket dengan harga RM30 untuk granstand dan RM15 untuk teres tetap juga penyokong korbankan sedangkan pasukan negeri lain hanyalah RM10 sahaja. Sampai bila kami perlu bersabar dan janganlah memberi alasan bodo "Kalau tak suka jangan tonton".

Pulau Pinang sekarang bergelut antara hidup dan mati untuk ke Piala Malaysia dengan berbaki 2 perlawanan lagi iaitu JDT dan Felda United yang mendominasi carta di tempat pertama dan kedua. Adakah mampu menewaskan mereka, sedangkan pasukan yang lemah pun gagal ditundukan di gelanggang sendiri selain hanya mengharapkan Sarawak kalah tanpa jaringan untuk baki 2 perlawanan berikutnya.

Rata-rata penyokong cukup kecewa dengan skuad Pulau Pinang sekarang dan hanyalah keajaiban diharapkan untuk menewaskan JDT di tempat mereka dan Felda United di Bandaraya.

Wahai FAP dengarlah rintihan penyokong setia Pulau Pinang yang tidak pernah jemu ke stadium walaupun permainan yang teruk dipersembahkan kepada kami, janganlah "boikot" oleh Ultras merebak kepada kami dan janganlah sampai Stadium Bandaraya menjadi sunyi sepi tanpa kami.....fikir dan renung-renungkan.

No comments:

Post a Comment