})();

nuffnang

09 April 2016

The Fighters Rampas Tahta Dari JDT

Rekod Bersih Tanpa Kalah Felda United Di Laman Sendiri

Felda United masih lagi memegang rekod bersih tanpa kalah di laman sendiri apabila membenam Selangor 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam tadi.

Gol-gol tuan rumah di hasilkan oleh Muhammad Hadin Azman, Zahrahan Krangar dan Francis Forkeydoe.

Keseluruhan permainan didominasi oleh Felda dan serangan-serangan pantas Selangor setakat melepasi bahagian tengah padang dan sentiasa di sekat pertahanan Felda United.

Selangor hampir menghasilkan gol pertama pada minit ke-3 apabila rembatan kencang Patrick Ronaldinho berjaya di tepis keluar oleh penjaga gawang Felda United Mohd Farizal Harun.

Terkejut dengan serangan itu, The Fighter terus menggandakan asakan ke kubu lawan dan hasil gerakan solo Muhammad Hadin yang merembat  kencang berjaya menewaskan penjaga gol Selangor Norazlan Razali.

Felda semakin bertambah yakin dengan rentak permainan yang cukup menarik, serangan demi serangan dilancarkan namun tandukan Forkeydoe sedikit tersasar keluar penjuru kanan.

Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat permainan.

No comments:

Post a Comment