Niat Merangkul Kejuaraan Liga Perdana Inggeris Oleh Leicester di Sekat West Ham
Usaha Leicester City merangkul kejuaraan pertama dalam sejarah kelab lebih awal di sekat West Ham apabila sekadar seri 2-2 dan jaringan penalti saat-saat akhir oleh Leonardo Ulloa menyelamatkan Foxes dari dimalukan.
Leicester yang semakin hampir menjulang tropi mereka bergelar penakluk Liga Perdana Musim ini terpaksa akur dengan kehebatan The Hammers untuk berkongsi 1 mata.
Jamie Vardy sekali lagi meledakkan gol awal pada minit ke-18 yang menerima tepukan gemuruh daripada penyokong di laman sendiri di Stadium King Power.
Keputusan kekal sehingga tamat babak pertama, babak kedua bermula dengan kekecewaan apabila Jamie Vardy diarah keluar padang kerana menerima kad kuning kedua selepas melakukan kekasaran membuatkan Foxes bagaikan hilang punca.
Anak-anak buah Slaven Bilic bijak manfaatkan permainan hanya 10 pemain lawan dan Anddy Carroll meledakan penalti minit ke-84 berikutan kekasaran dilakukan Wes Morgan.
Selang dua minit kemudian, Aaron Cresswell pula menambah derita Leicester merembat gol kedua menerusi kaki kiri dan menggegarkan jaring Leicester dengan 1-2.
Namun tuah berpihak kepada tuan rumah apabila dihadiahkan sepakan penalti apabila kekasaran dilakukan Carrol dalam kotak penalti dan disempurnakan oleh Ulloa dengan keputusan 2-2 selepas wisel ditiup dan keputusan ini langsung tidak merubah kedudukan Foxes sebagai pendahulu liga dengan 73 mata dan di ikuti rapat oleh Tottenham dengan 65 mata berbaki 1 perlawanan belum dimainkan.
No comments:
Post a Comment