})();

nuffnang

27 November 2016

Malaysia Tumpas AFF Suzuki Cup 2016

Prestasi Skuad Harimau Malaysia Hambar
Malaysia menamatkan saingan Piala AFF Suzuki semalam menentang Myanmar dengan cukup hambar dan mengecewakan 30 juta rakyat Malaysia. Menang atau kalah bukan soalnya tapi mutu persembahan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee sememangnya boleh dipersoalkan kerana boleh di lihat penguasaan padang oleh Skuad Myanmar cukup ketara dan Malaysia sekadar mampu bertahan serta sekali-sekala melakukan serangan manja.
Pentas Piala AFF mungkin tidak sehebat Piala Asia, apatah jauh sekali Eropah atau Piala Dunia. Namun bagi pemain Asia Tenggara, pentas ini cukup besar bagi mencipta kemashyuran termasuk pemain Malaysia.
Malaysia tersingkir awal buat kali ketiga selepas 1998 dan 2008 apabila tumpas 0-1 kepada Myanmar menerusi jaringan David Htan pada minit ke-88 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Thuwunna semalam.
Skuad Kebangsaan hanya mencatatkan satu kemenangan ke atas Kemboja 3-2 pada perlawanan pembukaan dan tumpas 0-1 di tangan juara kumpulan Vietnam.
Menurut Pengendali Harimau Malaysia, Datuk OKS, anak buahnya sudah berusaha dalam perlawanan itu namun kegagalan memanfaatkan peluang menjadi punca mereka diasak permainan pantas The White Angels.
"Kita bermain baik tapi peluang yang ada gagal disempurnakan. Pemain menunjukkan kesungguhan tapi kita bukan saja menentang Myanmar dan penyokong tapi juga keputusan (pengadil) yang boleh dipersoalkan,"katanya.
Sementara itu bagi jurulatih Myanmar Gers Zeise kejayaan menamatkan penantian 12 tahun untuk ke pusingan kalah mati menentang juara Kumpulan B Thailand selepas ini, boleh dianggap pencapaian hebat.
"Kami bermain baik terutama pada babak pertama . Kami seharusnya sudah menang sebelum rehat. Selepas 12 tahun kami berjaya juga ke separuh akhir dan ini pencapaian hebat,"katanya.
Pun begitu rata-rata peminat sukan bola sepak negara kurang berpuas hati dan tidak bersetuju dengan Datuk Ong Kim Swee apabila mereka menonton secara langsung samada di stadium mahu pun dirumah. Mutu persembahan pemain Malaysia selama 90 minit cukup hambar dan ada yang menggelarkan permainan "budak sekolah".
Admin sendiri menonton di rumah selama 90 minit dan menyaksikan kebenaran kata-kata majoriti penonton. Malaysia seolah-olah di buli oleh skuad Myanmar. Kebanyakkan pemain Malaysia gagal menunjukkan mutu permainan yang hebat.
Pemain Malaysia gagal mengawal bola dengan baik, hantaran-hantaran bola yang tidak tepat. Bila dapat bola di kaki tak mampu mengawal dan mencari kawan untuk diberikan. Taktikal hantaran jauh yang gagal dimanafaatkan disamping kurang cekap menerima hantaran itu. Sentiasa berada dalam keadaan kelam-kabut. Malas berlari dan malas mengejar bola sentiasa berjalan kaki. Tidak membuka ruang buat kawan apabila bola dalam kawalan Malaysia.
Persembahan yang amat jauh bezanya dengan Myanmar. Pemain Malaysia harus mengubah segala sikap yang ada dalam diri mereka. Kalau jurulatih sebagus mana sekalipun andainya pemain sendiri yang tidak ingin berubah maka tidak kemana bola sepak Malaysia.

24 November 2016

Implikasi Besar Oleh FIFA Jika Tarik Diri AFF Suzuki Cup

Boleh Diambil Tindakan Oleh FIFA AFF Suzuki

Mungkin ramai yang tidak sedar atau sedar tapi inginkan Malaysia menarik diri dari Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki yang kini sedang berlangsung di Myanmar bagi mendesak Kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman terhadap Muslim etnik Rohingya.

Bekas pengurus bola sepak Selangor Zakaria Ab Rahim menegaskan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak boleh sewenang-wenangnya menarik diri daripada Kejohanan Piala AFF di Yangon, Myanmar kerana saingan itu sudah mendapat pengiktirafan FIFA.

Sebaliknya, beliau menyarankan FAM supaya berbincang dengan Konfederansi Bolasepak ASEAN (AFF) dan persatuan Bolasepak Myanmar bagi membantah kekejaman tentera Myanmar ke atas etnik Rohingya sebelum aksi terakhir kedua-dua pasukan Sabtu ini.

Menurut beliau, cara itu lebih sesuai daripada mengambil keputusan untuk memboikot apatah lagi skuad Harimau Malaysia sendiri sudah beraksi dalam dua peringkat kumpulan B sebelum ini. 

"Patutnya kalau nak boikot perlu dilakukan sebelum kejohanan kerana undian sudah diketahui sejak dua bulan yang lalu. Tak perlu rasanya kita tarik diri kerana boleh memberikan implikasi lebih besar kepada pasukan bola sepak Malaysia dan seterusnya liga negara kita.

"Bagi saya, FAM boleh gunakan ruang perbincangan dengan beberapa pihak seperti Persatuan Bolasepak Myanmar untuk menyatakan tanda protes terhadap penindasan yang berlaku ke atas umat Islam di sana.

" Saya percaya semua persatuan bola sepak didunia tahu akan undang-undang FIFA yang melarang apa jua bentuk kekejaman dan rasis.

" Misalnya di Eropah, sebelum sesuatu aksi dimulakan, kita akan lihat ada acara simbolik mengecam Isu rasis atau doa selama seminit yang dibuat pemain kedua-dua pasukan. Mungkin FAM boleh mencadangkan kaedah itu daripada memboikot saingan AFF," Kata Zakaria.

Manakala pengendali skuad Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee pula mahu terus fokus dalam saingan Piala AFF 2016 ini, meski pun ada pihak mendesak mereka menarik diri.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu itu dalam sidang media selepas perlawanan menentang Vietnam semalam.

Beliau yang diajukan soalan mengenai isu itu sekadar menegaskan masalah luaran tidak perlu dicampur aduk dengan bola sepak.

" Saya tidak mahu memberi komen mengenai perkara ini, bola sepak adalah bola sepak, perkara luar tidak ada kaitan dengan bola sepak," kata Kim Swee.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN DI SINI SEGERA

14 November 2016

Datuk OKS Tak Kisah Di Kritik

Malaysia Menang 2-1 Perlawanan Persahabatan Menentang Papua New Guinea Persiapan Piala AFF

Sebelum perlawanan bermula jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee berkata yang dia sudah lali dengan pelbagai kritikan sejak awal tahun ini namun beliau meminta semua pihak supaya mengkritiknya selepas Harimau Malaysia menamatkan kempen Piala AFF tahun ini. Malaysia akan ke Yangon Rabu ini bagi memulakan kempen peringkat kumpulan ahad ini

Pertemuan petang tadi antara Malaysia menentang Papua New Guinea merupakan aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Shah Alam dan merupakan peluang terbaik buat penyerang skuad kebangsaan mengasah taring .

Dalam perlawanan sebentar tadi aksi persembahan yang dipamerkan skuad negara sukar di ramal atas sebab faktor padang yang basah dan hujan lebat pada separuh masa kedua.

Senarai Line Up Malaysia Petang Tadi.

Penjaga Gol - Khairul

Pertahanan - Rizal, Sharul, Shahrom, Matthew

Tengah - Aidil Zaquan, Amri, Badrol, Irfan

Penyerang - Darren, Hazwan

Malaysia di barisi skuad muda yang turut di bantu skuad senior dan Badrul Baktiar di pertanggungjawab sebagai kapt pasukan. Manakala penyerang muda di beri kepercayaan oleh OKS iaitu Hazwan Bakri dan Darren Lok.

Menurut Hazwan Bakri sebelum perlawanan bermula, kemenangan ke atas Papua New Guinea penting untuk mereka mendapatkan semula keyakinan selepas tumpas kepada lawan yang sama 0-2 dalam aksi Jelajah Ocenia Jun lalu.

" Kita kalah sebelum ini dan hari ini kita tak nak kalah di tempat sendiri.

" Walaupun ini hanya perlawanan persahabatan tapi kita tak boleh ambil mudah. Selain mahu mendapatkan keputusan kita juga mahu membentuk keserasian dalam perlawanan," katanya.

Dalam tiga perlawanan terakhir Harimau Malaysia, anak buah Kim Swee tewas 0 - 3 kepada Indonesia dalam perlawanan persahabatan sebelum seri 0 - 0 dengan Singapura dan 1 - 1 menentang Afghanistan.

Kali terakhir Hazwan, 25, menjaringkan gol di pentas antarabangsa ketika membantu Malaysia mengalahkan Timor Leste 6 - 0 dalam aksi play-off Kelayakan Piala Asia Jun lalu.

Pemain Selangor itu meledak dua gol pada perlawanan pertama dan menyumbat satu gol lagi pada aksi timbal balik di Larkin.

" Kita kena fokus, bahagian serangan kena cari gol setiap perlawanan. Memang dari segi jaringan skuad kebangsaan tak memuaskan dan saya juga tidak berpuas hati dengan prestasi sendiri dan berharap mampu jaringkan gol,". kata Hazwan.

Pada perlawanan sebentar tadi Hazwan telah membuktikan apa yang beliau ingin kan menjadi kenyataan apabila berjaya menyumbat gol volley yang cantik hasil hantaran Darren pada minit ke-27 untuk gol pertama Malaysia. Manakala gol kedua Malaysia dijaringkan oleh Amri Yahya menerusi sepakan penalti pada minit ke-47 apabila Darren dijatuhkan dalam kotak penalti lantas dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil.

Gol Papua New Guinea dihasilkan pada minit ke-7 apabila berlaku kekecohan dan kesilapan "clearance ball" yang kurang kemas oleh pertahanan lantas berjaya di sambar oleh penyerang PNG lalu membuat rembatan kencang yang menyebabkan bola melantun ke gawang Malaysia yang gagal di tangkap penjaga gol Malaysia Mohd Khairul.

Tamat perlawanan kekal Malaysia 2 - 1 Papua New Guinea. Untuk maklumat Malaysia berada pada rangking FIFA ke-164 dan Papua New Guinea ke-159.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN DI SINI SEGERA

13 November 2016

Jerman Kenduri Gol Kelayakan Piala Dunia 2018

Jerman Belasah San Marino 8-0

Kelayakan Piala Dunia 2018 Kumpulan C menyaksikan penguasaan bekas Juara Piala Dunia yang lalu Jerman yang masih belum kalah dalam empat perlawanan dan semalam mereka membelasah San Marino dengan 8-0 di Serravalle.

Serge Gnabry, bekas pemain sayap The Gunners melwdak hatrik pada penampilan pertamanya bersama skuad senior Jerman dengan aksi yang cukup cemerlang pada kempen kelayakan Piala Dunia yang mencatatkan rekod baru buat jurulatih Joachim Loew.

Baru memasuki usia 21 tahun, Gnabry, yang meninggalkan Arsenal sebelum musim ini, adalah pemain Jerman pertama melakar hatrik pada penampilan sulung sejak Dieter Mueller melakukan bersama Jerman Barat pada 1976.

"Sudah tentu saya tidak menjangka mampu membuat hatrik dan saya amat gembira kerana berjaya membantu pasukan," katanya yang kini menyertai Werder Bremen pada Ogos lalu selepas tidak diberi peluang bermain di Arsenal.

"Kebelakangan ini segalanya amat sukar bagi saya tetapi ianya amat seronok dirasakan apabila dapat menjaringkan gol malam ini dan saya mahukanya berterusan."

Manakala pertahanan kiri Cologne Jonas Hector berjaya menghasilkan dua gol buat Jerman selepas kapten Sami Khedira memecahkan kebuntuan dengan gol kedua.

Mattia Stefanelli menjaringkan gol sendiri sebelum pemain gantian Kevin Volland menghasilkan gol kelapan Jerman.

Jerman turut mengekalkan rekod tanpa dengan empat kemenangan dalam empat perlawanan sekaligus menduduki tangga teratas kumpulan kelayakan Piala Dunia dan lima mata di depan pencabar terdekat Ireland Utara.

Orang yang paling gembira adalah pengendali Jerman yang hampir sedekad dan ia merupakan kemenangan ke-95 buat Loew dan dalam aksi antarabangsa ke-142 baginya, beliau juga mengatasi rekod 94 kemenangan berbanding Sepp Herberger yang membawa Jerman Barat memenangi Piala Dunia 1954.

"Ianya masih belum memuaskan hati, kami mahu menjaring seberapa banyak mungkin gol dan membuat lawan susah. Percaturan dan corak taktikal kami berjalan cukup baik seperti di rancang," kata Loew.

Kecederaan yang di alami oleh Toni Kroos dan Jerome Boateng telah membuatkan Loew memberi peluang pertama kali beraksi kepada Gnabry dan Benjamin Henrichs.

Jerman menang 13-0 ketika kali terakhir mereka bertandang ke Sereavalle pada tahun 2006 dan hanya mengambil masa tujuh minit untuk mendahului pada perlawanan menentang San Marino.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI UPTOWN DAN PASAR MALAM SEGERA DI SINI

11 November 2016

Perbezaaan Jersey Replika Dan Player Issue

Pasti Ramai Yang Tidak Dapat Membezakan Jersey Fan Dan Player..

APA BEZA JERSI AUTHENTIC (PLAYER ISSUE) DENGAN REPLICA (FAN ISSUE)?

Kupasan ini saya petik dari sebuah laman web sukan .

Kami sering ditanya – apa beza jersi authentic(player issue) dengan jersi replica (fan issue)?

Jika anda pernah ke butik sukan, kedua-dua jenis jersi ini dijual secara sah, dan kedua-duanya adalah produk asli (original) dari pengeluar jersi dan harganya pula berbeza. Maka tak hairanlah ramai yang keliru.

Jadi kami ingin memberi panduan supaya anda dapat mengenal beza jersi replica dengan jersi authentic. Kami juga akan memberikan perbezaan kedua-dua gred jersi tersebut mengikut jenama – Nike, Adidas dan Puma.

Nota 1: Kedua-dua jenis jersi authentic dan replika akan mempunyai perkataan ‘authentic’ dalam namanya produk dan di tag jersi tersebut. 

Nota 2: Harus diingat bahawa artikel ini merujuk kepada produk jersi tulen dari Nike, Adidas dan Puma. Bukannya produk jersi tiruan dari Thailand, Indonesia dan China.

Jersi replica (juga dikenali sebagai fan issue)

Penampilan: Sekali imbas, jersi replica nampak sama dengan jersi authentic yang dipakai oleh pemain sebenar. Tetapi jersi replica biasanya mempunyai potongan baju yang lebih longgar berbanding jersi authentic.

Jersi replica boleh didapati dalam banyak saiz (selalunya sehingga saiz XS hingga XXXL) untuk memenuhi permintaan dan keselesaan peminat.

Kualiti jersi: Kualiti jersi replica berbeza dengan jersi authentic dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti.

Logo: Logo brand biasanya disulam dalam jersi replica.

Harga: Lebih mahal berbanding jersi tiruan (gred C, B, A atau AAA) tetapi jauh lebih murah berbanding jersi authentic.

Jersi authentic (juga dikenali sebagai player issue)

Penampilan: Jersi authentic adalah jersi sama yang dipakai oleh pemain ketika perlawanan. Potongan bajunya lebih ‘fit’.

Ia juga mempunyai beberapa perbezaan kecil yang membezakannya dengan jersi replica.

Kualiti jersi: Kualiti jersi authentic adalah yang paling tinggi. Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari pengeluar dan lebih ringan berbanding jersi replica.

Logo: Berbanding logo brand jersi replica yang disulam, logo brand dalam jersi authentic biasanya dicetak dengan menggunakan teknik screen print untuk mengurangkan berat jersi.

Harga: Tidak semua pasukan menjual jersi authentic kepada orang awam. Harganya 60-80% lebih mahal berbanding jersi replica.

1. Beza jersi replica dan authentic keluaran Nike

1.1 Logo jersi


Kedua-dua jersi replica dan authentic keluaran Nike mempunyai logo brand dan badgepasukan yang disulam. Tiada perbezaan dalam aspek ini.

Kedua-dua jersi replica dan authentic keluaran Nike juga menggunakan teknologi tekstil Dri-FIT dan diperbuat 100% daripada polyester.

1.2 Perbezaan kualiti fabrik

Nike replica:

Jersi replica menggunakan ketebalan fabrik yang sama di keseluruhan bahagian jersi.

Nike authentic:

Perbezaan pertama jersi replica dan authentic keluaran Nike adalah di bahagian belakangnya. Bahagian belakang jersi authentic lebih nipis, berongga dan halus jahitannya.

Ini memperbaiki pergerakan udara di antara bahagian badan paling panas di samping membuatkan jersi authentic lebih ringan berbanding jersi replica.

1.3 Potongan jersi

Nike authentic:

Jersi authentic Nike mempunyai potongan body fit untuk meringankan berat dan rintangan angin jersi semasa pemain beraksi di atas padang. Potongan jersi lebih ketat di bahagian lengan dan abdomen badan.

Nike replica:

Jersi replica Nike pula akan mempunyai potongan jenis loose fit yang lebih longgar.

1.4 Ruang pengudaraan jersi

Nike authentic:

Ruang perudaraan ini direka khas untuk meningkatkan pengaliran udara ke tubuh pemain dan memastikan pemain kurang berpeluh. Lubang-lubang kecil ini juga membantu meringankan berat jersi.

Seperti yang dapat anda lihat, ruang perudaraan di bahagian sisi jersi authentic Nikejuga lebih besar berbanding di jersi replica.

Nike replica:

1.5 Tag jersi

Cara termudah untuk membezakan antara jersi replica dan authentic Nike adalah dengan melihat kepada tag pada bahagian kanan bawah jersi.

Nike authentic:

Tag jersi authentic berwarna emas.

Nike replica:

 

Tag jersi replica berwarna perak.

2. Beza jersi replica dan authentic keluaran Puma

2.1 Logo jersi

PUMA authentic:

Logo brand jersi authentic Puma dicetak dengan menggunkan teknik screen print untuk memberikan kesan visual yang lebih tajam, kemas dan ringan.

PUMA replica:

 

Logo brand jersi replica Puma pula disulam.

2.2 Potongan jersi

PUMA authentic:

Potongan jersi authentic Puma adalah dari potongan skin-tight fit. Berbeza daripada jersi replica yang diperbuat 100% daripada polyester, jersi authentic Puma turut diadunkan dengan teknologi Lycra.

Sifat kelenturan dan fleksibiliti fabrik lycramembolehkan jersi authentic membaluti otot-otot tubuh pemakai.

PUMA replica:

Potongan jersi replica Puma pula adalah dari potongan loose fit yang lebih longgar.

2.3 Teknologi jersi

Jika jersi replica Puma hanya mempunyai teknologi fabrik dryCELL yang berfungsi untuk memastikan jersi sentiasa kering dan ringan, jersi authentic Puma mempunyai tambahan teknologi fabrik powerCELL.

Dengan teknologi dryCELL dan powerCELL, jersi authentic Puma direka untuk sentiasa kering dan memaksimumkan output aktiviti fizikal.

Selain itu, jersi authentic Puma turut dilengkapi ACTV Tape yang bertujuan untuk mencengkam otot-otot tumpuan, menstimulasi dan meningkatkan penjanaan tenaga.

Ciri ini dikatakan bakal membuatkan pemain kurang letih dan mampu beraksi untuk tempoh yang lebih lama.

3. Beza jersi replica dan authentic keluaran Adidas

3.1 Potongan jersi

Adidas authentic:

Seperti jenama Nike dan Puma, jersi authentic Adidas juga direka supaya lebih ringan dan lebih fit dengan tubuh pemain.

Reka bentuk ini khusus untuk menjadikan ia lebih ringan, lebih kurang rintangan angin dan gangguan lain yang akan menjejaskan prestasi pemain di atas padang.

Adidas replica:

Manakala, jersi replica Adidas pula lebih loosedan mementingkan keselesaan peminat.

3.2 Logo jersi

Adidas authentic:

Seperti Puma, logo brand jersi authentic Adidas dicetak dengan menggunkan teknik screen print untuk memberikan kesan visual yang lebih tajam, kemas dan ringan.

Adidas replica:

 

Manakala di jersi replica Adidas, logo branddisulam.

3.3 Teknologi jersi

Adidas authentic:

Kedua-dua jersi authentic dan replica Adidasdiperbuat daripada 100% polyester. Bagaimanapun, jersi authentic menggunakan teknologi fabrik AdiZero yang lebih ringan, nipis dan kebolehan pengaliran udara.

Adidas replika:

Jersi replica Adidas pula menggunakan teknologi fabrik ClimaCool yang lebih tebal dan berat (100g lebih berat daripada teknologi fabrik AdiZero).

3.4 Panel pelepasan haba di bahu

Kedua-dua jersi authentic dan replica Adidasyang dikeluarkan pada tahun 2015 mempunyai panel pelepasan haba di bahagian bahu jersi.

Kesimpulan

Memilih jersi authentic atau replica bergantung kepada keperluan anda. Ini kerana setiap jersi mempunyai ciri-ciri dan kelebihannya tersendiri.

Jika anda mahu kelihatan seperti bintang bola sepak, anda hanya perlu membeli jersi replica. Tetapi jika anda mahukan ‘feel’ seperti bintang bola sepak, anda perlu mendapatkan jersi authentic.

DAPATKAN EBOOK PANDUAN BERNIAGA DI PASAR MALAM ANDA DISINI SEGERA

04 November 2016

Kelantan Baharu - Wajah Baharu Red Warriors

Pasukan Bola Sepak Pantai Timur The Red Warriors Berwajah Baharu

Enam pemain bakal berhijrah dan sebahagian masih dalam rundingan itulah dikhabarkan berkenaan skuad bola sepak Kelantan.

Antara pemain yang dikatakan tidak akan lagi bersama The Red Warriors ialah tiga tonggak import iaitu Jonathan Mckain, Blazhe Ilijoski dan Wander Luis Bitencourd Junior, manakala Brendan Gan dikhabarkan tidak ditawarkan kontrak baharu disebabkan kecederaan panjang.

Pemain lain yang turut dikatakan bakal meninggalkan Kelantan ialah Wan Zack Haikal Wan Noor, Wan Zahrul Nizam, Muslim Ahmad, Mohd. Nor Hazrul Mustafa dan Mohd. Faizal Abu Bakar.

Dalam masa yang sama pula dikatakan nasib kapten Mohd. Badhri Radzi serta penyerang, Mohd Nor Farhan Mohamad juga masih menimbulkan tanda tanya kerana kontrak mereka tamat hujung tahun ini dan mereka dikaitkan dengan perpindahan pendatang baru Liga Super Melaka United.

Kelantan dikhabarkan bakal menggunakan khidmat tenaga muda dari Piala Presiden  yang baru sahaja menyandang kejuaraan musim ini.

Tamat Kontrak & Tidak Disambung

Jonathan McKain
Blahze IIijoski
Brendan Gan
Wander Luis Bitencourd Junior
Mohd Nor Hazrul Mustafa
Mohd Faizal Abu Bakar

Tamat kontrak Tetapi Mendapat Tawaran

Wan Zack Haikal Wan Noor
Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria
Mohd Nor Farhan Mohamad
Mohd Daudsu Jamaluddin
Zairul Fitree Ishak
Mohd Badhri Radzi
Mohd Shahrizan Ismail (Gol)

Kekal Dan Mempunyai Kontrak

Mohd Khairul Fahmi Che Mat (Gol)
Nik Mohd Shahrul Azim Ab. Halim
Mohd Qayyum Marjoni
Magaro Gomis (Import)
Indra Putra Mahyuddin
Muhammad Ramadhan Abdul Hamid (Gol)
Mohd Zafran Akramin
Mohd Amir Zikri Pauzi
Abdul Manaf Mamat
Mohd Kahirul Izuan Rosdi

Piala Presiden

Mohd Faris Shah Rosli

DAPATKAN EBOOK PASAR MALAM UNTUK TAMBAH PENDAPATAN ANDA DIKALA PELBAGAI BARANGAN MAHAL GILER