Ulat Tiket Raih Keuntungan Haram
Liga Perdana Inggeris semakin menuju ke penghujungnya bagi tirai 2015/2016 . Hanya tinggal beberapa perlawanan sahaja lagi bakal menentukan siapakah yang akan dinobatkan kelab terhandal kejuaraan Inggeris itu.
Namun semakin ke penghujung semakin kesempatan diambil oleh penyagak-penyagak ulat tiket.
Tiket menyaksikan perlawanan terakhir pendahulu Liga Perdana Inggeris Leicester City dijual pada harga 15,000 pound (RM83,350) sepasang menerusi sebuah laman web jualan.
Leicester akan menetang Everton pada 7 Mei yang mungkin menyaksikan Foxes muncul juara, habis dijual dalam tempoh 90 minit kelmarin.
Tetapi tidak sampai sejam kemudian tiket individu dimuat naik dan dijual semula pada harga lebih 3,000 pound (RM16,600) setiap satu.
Penjualan semula dengan harga melebihi harga muka mengundang kemarahan Kelab yang bakal mengambil tindakan terhadap penjual tiket haram.
Di negara-negara barat walaupun tiket jualan semula dengan harga yang tidak munasabah namun pasti ada pembelinya kerana perkara begini memang berlaku setiap tahun jika tidak masa kan masih berlaku.
Leicester City kini sedang memburu kejuaraan pertama dalam Liga Perdana Inggeris dan dipisahkan 7 mata meninggalkan Tottenham dengan baki lima perlawananan lagi namun mereka sudah layak ke Liga Juara-Juara. Mereka hanya perlukan 3 kemenangan sahaja lagi untuk bergelar Juara Liga Perdana Inggeris buat julung kalinya.
No comments:
Post a Comment