})();

nuffnang

04 April 2016

Barcelona Kecundang Jua

Rekod Tanpa Kalah Barca Lebur

Rekod bersih yang dicatat Barca tanpa kalah dalam 23 perlawanan dilenyapkan Real Madrid dalam saingan La Liga  dengan 1-2 awal pagi semalam.

Lebih menyedihkan apabila kekalahan pertama Barcelona itu di Stadium Camp Nou selepas kebal dalam 39 perlawanan sebelum ini selepas dikalahkan Real yang hanya bermain 10 orang apabila Sergio Ramos dilayangkan kad merah.

Jaringan Karim Benzema pada minit ke-62 dan gol bintang Cristiano Ronaldo minit ke-83 meranapkan impian dan memadam kelebihan gol yang dimiliki kelab Catalan itu yang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Gerard Pique pada minit ke-56.

"Kami amat bangga mengalahkan mereka kerana kebelakangan ini terlalu sukar buat kami mencatat kemenangan keatas Barcalona", kata Zinedine Zidane pengadali Real Madrid.

No comments:

Post a Comment