})();

nuffnang

01 April 2016

Fazly Mazlan JDT Kekang PDRM

Menjelang Pusingan Kedua Suku Akhir Piala FA Super Power Best

Perlawanan pusingan kedua antara Suku Akhir Piala FA antara JDT dan PDRM yang akan berlangsung sabtu ini tampak lebih menarik kerana merupakan perlawanan hidup atau mati yang akan berlangsung di Stadium Larkin.

Fazly Mazlan, pemain bek kiri Johor Darul Ta'zim mahu memastikan kemenangan buat pasukanya dan persediaan persiapan memastikan dirinya cukup fit sedang giat diusahakan.

Pemain muda skuad JDT itu terlepas satu perlawanan sebelum ini akibat kecederaan ketika menentang Lao Toyota sewaktu saingan Kumpulan H Piala AFC pada 16 Mac lalu, beliau kini sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan dan bersedia diturunkan untuk membawa cabaran dalam perlawanan hidup mati itu.

Segalanya terpulang kepada Mario Gomez membuat pertimbangan untuk menentukan bagaimanakah taktikal yang terbaik bagi mematahkan jentera serangan PDRM bagi mendapat kemenangan selesa walaupun JDT telah membawa pulang 1 gol hasil jaringan penalti  pemain import Juan Lucero  aksi pertama dahulu.

"Segalanya terpulang kepada ketua jurulatih dan sebagai pemain yang baru pulih dari kecederaan saya perlu bersedia sepenuhnya",
"Semasa sesi latihan kemantapan fizikal dan kecergasan dititik beratkan terhadap saya dan saya sangat-sangat bersyukur kerana tidak merasa sakit"

"Walaupun kami memiliki kelebihan 1 gol dan dianggap selamat namun apa yang perlu ditekankan adalah beraksi dengan lebih baik dalam memberi tekanan kepada PDRM kerana mereka sudah pastinya akan bermain bermatian-matian dalam perlawanan ini dan mengelakan permainan dari diheretkan ke masa tambahan" kata Fazly.

Bagi Fazly yang lebih dikenali dengan jolokan nama BJ dikalangan rakan-rakan sepasukan mengakui yang PDRM sememangnya pasukan yang hebat dengan pemain import mereka mampu melakukan sesuatu diluar dugaan dan semangat juang yang tinggi seperti Ashfaq Ali.

"Kalau saya diberi peluang beraksi pada malam itu sudah pastinya saya akan mempamerkan aksi terbaik dan saya akan memastikan kemenangan kami"ujar Fazly lagi.

No comments:

Post a Comment