Kuantan FA Tinjau Pemain Jepun Dan Afghanistan Ganti Nakatake
Kecederaan serius yang memerlukan pembedahan oleh pemain import Kuantan FA memaksa pihak pengurusan mengintai dua pemain baru dari Jepun dan Afghanistan bagi menggantikan Shunsuke Nakatake bagi meneruskan baki Liga Super.
Timbalan Presiden Kuantan FA Datuk Wan Solihi Wan Hassan berkata, setakat ini dua pemain dari Asia menjadi perhatian mereka untuk memenuhi kekosongan ditinggalkan Nakatake.
Katanya, dua pemain tengah itu akan di uji dan jika salah seorang memenuhi kriteria yang diperlukan mereka akan didaftarkan mengisi kekosongan semasa jendela perpindahan kedua dibuka Jun nanti.
"Kami harap Kuantan FA akan mendapat pemain yang benar-benar berkualiti selepas khidmat Nakatake tidak dapat diteruskan walaupun sedar dia memiliki permainan cukup berkualiti sekaligus menguatkan bahagian tengah.
"Walaupun melalui risikkan 2 pemain ini dikatakan cukup bagus namun kami ingin mereka berada di Kuantan untuk diuji dan jika terbukti bagus, Kuantan FA akan menyenaraikan salah seorang dari mereka untuk meneruskan baki perlawanan yang ada," katanya.
No comments:
Post a Comment