})();

nuffnang

17 April 2016

Liverpool Buru Tiket Eropah Musim Panas

Menang 4-3 The Reds Buru Kejuaraan Eropah Musin Depan


Pastinya masih segar dalam ingatan aksi kebangkitan paling menarik dalam sejarah kelab, Liverpool kembali mengatur langkah ke perlawanan domestik menentang Bournemouth di tempat lawan malam nanti.

Kemenangan ke atas Borrusia Dortmund 4-3 mengimbau kenangan peminat Liverpool ketika mereka memenangi Liga Juara-Juara 2005 di Istanbul dan ia dianggap sebagai antara kenangan paling manis Reds.


Pada perlawanan itu, mereka bangkit daripada ketinggalan 3-0 sebelum mengatasi AC Milan dan muncul juara Eropah buat kali kelima dan insiden serupa berlaku kembali ketika bertemu Dortmund di mana Liverpool ketinggalan 2-0 dan 3-1 sebelum meledak gol di babak kedua sekali gus layak ke separuh akhir Liga Europa.

Malam ini, Liverpool yang menduduki tangga kelapan, masih memerlukan mata untuk mengesahkan tiket ke Eropah musim depan dan sama sekali perlu menang serta tidak boleh memandang remeh kemampuan tuan rumah.