})();

nuffnang

04 April 2016

14 Hari Jumpa 3 kali JDT Dan Kedah

April Kedah Terpaksa Berhadapan 3 Kali Dengan Juara AFC JDT

Layak ke separuh Piala FA Superpower Best 2016 memang menggembirakan peminat Sang Helang Merah tetapi dalam gelak tawa ada rintanganya apabila lorong yang bakal dilalui tidak semudah disangka.

Kedah bakal bertemu Juara AFC 2015 Johor Darul Ta'zim (JDT) sebanyak 3 kali antara 15 April hingga 30 April melibatkan 2 perlawanan separuh akhir Piala FA dan satu Liga Super.

Pertembungan Kedah menentang JDT sememangnya amat dinanti-nantikan oleh seluruh peminat bolasepak tanah air seolah-olah ini adalah final, biar pun ia sekadar perlawanan separuh akhir kerana aksi Kedah sekarang ini dilihat mampu mengalahkan JDT.

Jadual separuh akhir pertama bakal dijadualkan pada 15 atau 16 April dan Kedah sebagai tuan rumah pertama dan timbal balik di Johor pada 29 atau 30 April.

Perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua pasukan merupakan perlawanan kesembilan pada 23 April di Stadium Darul Aman.

JDT dan Kedah merupakan pasukan yang dilihat menggunakan taktikal yang hampir sama dengan corak bertahan dan serangan .

No comments:

Post a Comment