Saingan Sengit Liga Super JDT Dan Felda United
Musim 2016 nampaknya perjuangan dalam Liga Super nampak hambar disebabkan pasukan-pasukan lain gagal menunjukkan kecemerlangan dalam mengharungi permainan kerana kurang konsisten di dalam setiap perlawanan. Jurang mata dikedudukan carta nombor tiga hingga ke 12 hanya dibezakan dengan sekadar 2 atau 3 kemenangan sahaja.
Yang mendominasi Liga Super kali ini adalah pasukan dari selatan tanahair iaitu Johor Darul Ta'zim dan tengah Felda United. Jarak mata mereka hanya dipisah dengan kemenangan keenam oleh JDT dan kemenangan ketujuh oleh Felda United dalam 8 perlawanan. Felda mendahului dengan satu mata menduduki tahta liga buat masa ini. Lain-lain pasukan di lihat sudah tidak mampu memberi saingan untuk tempat pertama.
Dalam perlawanan malam tadi Felda terus melakar kemenangan mudah menundukkan PDRM 4-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Dua gol dijaringkan pada babak pertama oleh Christie Jayaseelan minit ke-21 dan minit ke-27 oleh pemain import Lutfulla Turaev. Babak kedua pula dihasilkan oleh Tueaev minit ke-89 dan Forkey Doe minit ke-93.
Manakala di Stadium Larkin pula Harimau Selatan terus membuktikan yang sukar di gugat di kandang sendiri apabila berpesta gol membelasah Sarawak 5-2 . Pesta gol JDT bermula dengan jaringan awal minit ke-3 oleh Jorge Pereira Diaz namun pelawat bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-13 oleh K Gurusamy.
Tersentak dengan gol tersebut tuan rumah mula menyusun rentak permainan semula tanpa menunggu lama meledakkan gol kedua buat JDT oleh Marcos Antonio pada minit ke-34. Juan Martin Lucero menambah derita sang Bujang Senang dengan gol ketiga pada minit ke-36 dan kehampaan Sarawak semakin terasa apabila gol keempat JDT dijaringkan sendiri oleh kapten Sarawak Shahrol Saperi minit ke-40. Gol kelima dihasilkan oleh Fazly Mazlan .
Sarawak memperolehi gol saguhati kedua apa bila Fadhli Shas tertampan bola ke gawang sendiri.
Felda semakin yakin memenangi Piala Berprestij Liga Super 2016
JDT enggan mengalah mengekori rapat dengan beza 1 mata
No comments:
Post a Comment