})();

nuffnang

10 April 2016

Larangan Sertai Copa America Buat Neymar

Kelab Terkaya Dunia Barcelona Hanya Benarkan Neymar Beraksi Di Sukan Olimpik Wakili Brazil

Mesyuarat pihak pengurusan tertinggi kelab bersatus paling kaya kelab gergasi dunia Barcelona membuat kejutan terhadap bintang Neymar tidak di benarkan beraksi pada Copa Amerika tetapi hanya boleh beraksi di Temasya Olimpik sahaja.

Copa America bakal berlangsung pada 3 hingga 26 Jun di Amerika Syarikat dan sukan Olimpik pada 4 hingga 20 Ogos 2016.

Satu surat telah dihantar kepada Konfederasi Bolasepak Brazil (CBF), alasan diberikan adalah Neymar memerlukan rehat secukupnya sebelum bermulanya saingan La Liga Musim depan.

Akan tetapi CBF enggan mengesahkan kepada AFP yang mereka ada menerima surat arahan sebegitu dari kelab gergasi Sepanyol itu.

Berdasarkan laporan Mundo Deportivo, Neymar ada mmengemukakan cadangan dengan yang dia sedia di ketepikan dari saingan peringkat kumpulan Copa dan hanya akan bermain andai Brazil melangkah ke suku akhir dan seterusnya sebelum menyertai temasya Olimpik.

Di bawah peraturan FIFA ada menyebut, setiap kelab wajar melepaskan pemain mereka untuk mewakili negara mereka menyertai perlawanan Kelas A termasuk Copa tetapi bukanya Olimpik kerana Olimpik tidak tersenarai dalam jadual FIFA.

Neymar kini berusia 24 tahun merupakan antara 3 pemain yang melebihi usia 23 tahun dibenarkan mewakili negara ke Olimpik Rio nanti.

No comments:

Post a Comment