})();

nuffnang

31 January 2016

Majlis Perasmian Jersey P.Pinang Musim 2016

Mai mai nak habag kat hampa semua warga Penang.....

Hariaaaaa Penang Hariaaaaaa...

Majlis Perasmian Jersey musim 2016 Liga Super Penang FA akan diadakan pada 3hb Feb 2016 Jam 7 malam masuk percuma...mau dok mai ghamai ghamai...sempoiiii baqq hampaaaa..

Lokasi : Stadium Bandaraya Pulau Pinang

Arsenal Tumpaskan Burnley

Pusingan ke 4 FA Cup menyaksikan Arsenal berjaya menumpaskan Burnley dengan 2-1.

Manakala Manchester City menang 4-0 keatas Aston Villa malam tadi...

Manakala Perlawanan Norwich menentang Liverpool baru sahaja berlansung dan keputusan masih lagi 0-0.

Perlawanan yang cukup dramatik yang menghidangkan persembahan mantap dari kedua dua pasukan menyaksikan 9 gol di hasilkan...

Adam Lallana akhirnya menceriakan peminat Liverpool dengan jaringan pada minit ke 94 dalam masa tambahan... kemenangan ke atas Liverpool dgn 5-4.

What The Great Game ......


30 January 2016

FA CUP English Pusingan Ke 4 Sabtu 30hb Jan 2016

Dibawah adalah jadual Perlawanan English FA Cup malam nanti ....

Ola Bola...Filem dan Cerita Yang Rakyat Malaysia Inginkan

Seorang rakan menulis dalam FB" Lupakan politik Malaysia yang kacau bilau dan membuatkan kita meluat, Pergi bersantai menonton Ola Bola membuatkan kita lebih menyanyangi dan lebih menghargai menjadi rakyat Malaysia".

Amat payah nak lihat filem Malaysia yang boleh menyentuh emosi penonton kebelakangan ini. Tetapi Ola Bola mampu membuat penonton menangis. Inilah naskah yang bersifat Malaysia sepenuhnya. TANPA MEMBEZAKAN WARNA KULIT ATAU BAHASA PERBUALAN SEHARIAN. Ola Bola menyatukan semua kaum . 5 bintang saya berikan.

Amat jarang kita lihat dimana mana fn memberi 5 bintang untuk sesebuah filem apatah lagi yang menulis bukan kaki bola jauh sekali pernah ke Stadium.

Ola Bola mengisahkan perjuangan pasukan bola sepak Malaysia era 80an memburu tempat ke Sukan Olimpik Moscow 1980. Filem ini mengembalikan nostalgia bagaimana pasukan Negara menewaskan Korea Selatan dalam satu perlawanan yang mendebarkan..

Gol kemenangan pasukan negara yang dijaringkan oleh penyerang James Wong hasil lorongan pemain sayap kiri Hassan Sani akan kekal sampai bila bila dalam ingatan seorang kenalan saya kerana beliau merupakan peminat bola sepak dan beliau berada di Stadium ketika perlawanan itu.

Setelah sekian lama disajikan dengan tema cinta terhalang, cinta tak kesampaian, anak derhaka menjadi kaya, gengster gaduh, mat rempit, Ola Bola wajar diberi pujian kerana mengetegahkan satu tema perpaduan, perjuangan, semangat kerjasama sejati bagi mencapai kejayaan dalam bidang sukan demi Malaysia.

Sebak dan terharu melihat semangat perjuangan tak berbelah bahagi para pemain dalam pasukan Kebangsaan ketika itu.

Lihat saja ketika mereka dibawa menaiki Helikopter untuk ke stadium menjalani latihan intensif akhir, pasti sesiapa sahaja akan sebak  mendengar lagu Inilah Barisan Kita. Lagu yang sama terus berkumandang di Stadium Merdeka pada malam perlawanan tersebut.

Ola Bola menceritakan kehidupan seharian rakyat Malaysia pelbagai keturunan ketika itu. FILEM INI TURUT MENGANGKAT TEMA PERSAHABATAN, PERJUANGAN PENUH RANJAU, KEKELUARGAAN DAN MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA.

Chow Kwok Keong, Ahmad Ali, Muthu Kumar, Eric Yong, Ong Tiam Chai dan Muhammad Abu adalah watak watak dalam Ola Bola yang datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza.....

Filem ini benar benar memaparkan semangat 1Malaysia. Para pelakun pelbagai keturunan bercakap dalam bahasa ibunda masing masing tetapi berkongsi tetapi berkongsi satu matlamat iaitu memastikan Malaysia layak beraksi di Sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980.

Filem ini memberi mesej yang cukup jelas, selagi kita bersatu dan bekerjasama apa sahaja mampu kita miliki.

Sukan khususnya bolasepak dilihat mampu menyatupadukan pelbagai masyarakat Malaysia....oleh itu sama sama kita berjuang untuk bolasepak Negara......

JOM NONTON OLA BOLA DI PAWAGAM

Penang FA Musim 2016 Mantoppp

Semoga tahun 2016 akan menjadikan P.Pinang kembali ke zaman kegemilanganya ....

Hariaaaaaa Penang Hariaaaaaa

29 January 2016

Play Off Liga Super ATM Vs TTeam

Pemakluman perlawanan Play Off antara ATM melawan TTeam bagi menentu slot ke Liga Super musim 2016 akan berlangsung di Perak pada 30hb Jan 2016.

Semua tiket hanya akan dijual pada hari perlawanan..jom sama sama kita sokong ATM agar layak sebagai pasukan terakhir ke Liga Super 2016.

Kerana dengan kemasukkan ATM pasti akan lebih memeriahkan lagi Bolasepak Malaysia tahun 2016....

Pulau Pinang Vs Selangor - Pra Musim

Perlawanan antara Pulau Pinang dan Selangor kini telah masuk ke separuh masa kedua .

Nampak aksi kedua dua pasukan cukup hambar tanpa ada sebarang jaringan pada babak separuh masa pertama..

PULAU PINANG 1 - 0 SELANGOR

Menjelang English FA Cup Pusingan ke4

29 Jan 2016.


Manchester United Vs Derby County




Van Gaal Tertekan Menjelang FA Cup

Pengurus Manchester United, Louis Van Gaal kembali berada dalam tekanan menjelang perlawanan pusingan keempat Piala FA menentang Kelab Divisyen Dua Derby County esok(pagi sabtu Malaysia).

Kekalahan buruk 0-1 kepada Southampton di laman sendiri telah membuatkan media britain mendakwa Van Gaal menawarkan diri untuk meletak jawatan walaupun disangkal beliau.

Manakala Derby, yang dikendalikan oleh bekas jurulatih Real madrid, Paul Clements baru sahaja ditimpa kekalahan 1-4 kepada Burnley, menyebabkan mereka jatuh ke anak tangga ke lima dalam liga Kejuaraan.


Pemain Macedonia Lengkap Kelantan

Blazhe Ilijoski akhirnya melengkapkan kuota 2 pemain impot Kelantan. Pemain yang berasal dari Macedonia itu memastikan yang saingan Liga Super akan bertambah sengit dengan kehadiranya.

Presiden KAFA Tan Sri Anuar Musa berkata, pemain itu secara rasminya telah menerima tawaran yang diberikan. 

KAFA telah membuat tawaran dan beliau menerima secara rasminya kontrak selama setahun.


Chong Wei Sasar No.1 Dunia Sebelum Olimpik


Kejayaan Datuk Lee Chong Wei meranggkul kejuaraan sulung Malaysia Masters di P.Pinang menyaksikan beliau melonjak ke rangking ke 2 dunia.

Chong Wei mengumpul 77,153 mata untuk berada di belakang bintang China, Chen Long dengan 96,931 mata.

Pemenang 2 pingat Perak Olimpik ini menyasarkan untuk kembali menjadi pemain no.1 dunia sebelum Olimpik 2016 nanti...

28 January 2016

Gambar Gambar Menarik English Premier League ( Getty Pic ).

English Premier League Pictures and Images

PhotographyClear filters