})();

nuffnang

12 April 2016

Bolasepak Malaysia-Akar Umbi Tidak Betul

Kita Tiada Program Menyeluruh Untuk Lahirkan Pemain Berkualiti
Kegoyahan mutu bolasepak negara mendapat pelbagai reaksi negatif masyarakat dalam memperkatakan kemelut ini....

Hari ini bekas ketua jurulatih kebangsaan, B. Sathianathan sependapat dengan YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kualiti mutu bolasepak Malaysia jauh ketinggalan dengan negara Asia lain.
Beliau juga selaku Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBSM) berkata, dah lama dia bercakap perkara ini  dan bukanya sesuatu yang baru.

"Sudah lama saya cakap, inilah pemain yang kita ada".
"Kalau nak dibandingkan dengan Arab Saudi dan UEA dalam perlawanan sebelum ini kita masih jauh ketinggalan.
"Persoalkan tentang standard pemain kita dengan kuasa besar Asia cukup jauh berbeza. Tetapi inilah kesilapan kita 10 tahun dahulu atau 15 tahun dahulu. Segalanya inilah hasil apa yang kita lakukan dahulu atau tidak lakukan dahulu.

"Daripada pemerhatian saya, kita tidak mempunyai program pembangunan menyeluruh di peringkat daerah dan kelab. Akedemi ya memang ada, tetapi tiada jurulatih yang berkaliber kendalikan program dan jurulatih hanya datang pada hujung minggu.




"Akademi ini juga tidak mempunyai jumlah perlawanan yang banyak, jadi bagaimana pemain muda ini boleh mendapat pendedahan. Jangan salahkan pemain semata-mata, mereka inilah yang kita atau akademi corakkan dahulu. Dah akar akar umbi tidak betul jadi  bagaimana untuk melahirkan pemain yang berkualiti?" tegas B.Sathianathan.

Sathianathan berkata, sebagai penyelesaian setiap persatuan bolasepak yang ada di Malaysia, baik kampung, desa, daerah dan negeri kena perbetulkan  dan jadikan pembangunan akar umbi sebagai tonggak agenda mereka.

"Setakat ini yang boleh dilihat hanya satu atau dua sahaja yang betul-betul  mempunyai program cukup serius ialah Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP).

"Namun masih belum cukup memadai, lihat saja di Jepun mereka mempunyai lebih 10,000 pemain di peringkat akar umbi tapi hanya seorang yang akan dapat mewakili skuad utama kelab berkenaan.
"Sebenarnya bukan bolasepak sahaja mengalami kemerosotan ini, banyak lagi sukan-sukan lain. Kita tidak lagi mempunyai barisan pelbagai kaum dan puncanya sistem sekolah dan pembangunan sukan kita.

"Jika Liga Rakyat dapat dilaksanakan, takkan liga untuk remaja tidak boleh diadakan kerana dari sinilah kita bakal mencungkil bakat-bakat baru pemain muda" mengakhiri kata-katanya.

No comments:

Post a Comment