})();

nuffnang

17 April 2016

FC Bari Dr Nordin Mahu Ambil Pemain Tempatan

Pemilik Kelab Baru FC Bari Buka Pintu Buat Pemain Malaysia


Respon Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin berhubung pembelian Bari FC oleh jutawan Malaysia Datuk Dr Nordin Ahmad amat positif. Beliau berharap ini akan membuka peluang buat anak tempatan bermain dalam Liga Europa nanti.

Katanya, pembelian syer 50 peratus dalam kelab itu amat mengejutkan kerana beliau sendiri tidak mengenali ahli perniagaan itu.

Pembelian pegangan itu amat baik untuk perkembangan bola sepak negara.
"Saya berharap beliau dapat gunakan kelebihan ini untuk membantu meningkatkan bola sepak negara. Ini merupakan peluang baik untuk Malaysia bekerjasama dengan kelab luar negara. Keuntungan bagi kita kalau mana-mana rakyat Malaysia melabur di luar negara", Katanya.


Mengulas mengenai debat yang dicadangkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, KJ berkata, beliau bersedia berdebat dengan sesiapa sahaja samada terbuka atau tertutup.
Katanya, beliau berharap perkara yang akan dibahaskan bukan sekadar mencari salah siapa tetapi lebih ke arah positif dalam meningkatkan mutu bola sepak negara.

Namun katanya, debat itu biarlah dengan orang yang mempunyai 'nilai' supaya memberi kesan terbaik.


No comments:

Post a Comment