})();

nuffnang

29 May 2016

Harimau Malaysia Gagal Di Myanmar

 Masih Belum Mantap Skuad Harimau Malaysia


Gagal mencatat kemenangan dengan myanmar dalan aksi perlawanan persahabatan bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna, Yangon semalam.

Ketumpulan jentera serangan di lihat menjadi punca penyebab Harimau Malaysia menjaringkan gol. Datuk Ong Kim Swee perlu mencari jalan agar perkara ini dapat diatasi dengan segera sebelum play-off nanti.

Sejarah kosong jaringan diteruskan lagi apabila dalam dua perlawanan lepas juga tetap kosong bertemu dengan Arab Saudi (0-2) dan Macau (0-0). Jaringan kali terakhir dilakukan pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan Malaysia tumpas 1-2.

Walaupun kita dibarisi pemain-pemain yang mewakili kelab-kelab hebat di tanah air namun di peringkat antarabangsa kita cukup lemah.

Walau bagaimana pun Datuk Ong Kim Swee tetap optimis berkata tentang peluang yang ada pada Harimau Malaysia dalam aksi perlawanan menentang Timor Leste di Larkin nanti pasti menjadi milik kita.

"Saya menggunakan pemain terbaik, namun selepas babak kedua saya terpaksa melakukan pertukaran kerana ada pemain saya terlibat dalam perlanggaran.

"Perlawanan ini amat penting untuk mencari keserasian dan kombinasi mantap sesama pemain. Ramai pemain utama yang terdiri daripada pemain JDT hanya melapur diri dua hari sebelum pertemuan itu kerana mereka terlibat dengan Piala AFC.


Ratu Skuasy Negara Kandas Lagi

Datuk Nicol Ann David Kecewa Gagal Melangkah Ke Akhir Misi Buru kejuaraan Dunia Ke Tiga


Faktor usia di lihat membawa banyak kesan ke atas ratu skuasy negara Datuk Nicol apabila gagal menundukkan pemain yang enam tahun lebih muda, Raneem El Welily yang menggagalkan hasrat beliau dalam separuh akhir kejohanan skuasy Siri Dunia Akhir PSA di Burj Park, Dubai semalam.
Kalah dengan 5-11, 11-8, 8-11 kepada pemain no.3 dunia itu menyekat hasrat Nicol untuk merangkul kejuaraan ketiganya selepas muncul juara pada 2012 dan 2013.

Datuk Nicol yang kini berusia 33 tahun gagal mengatasi Raneem yang tidak pernah kalah sepanjang kejohanan ini memulakan kempen dengan kemenangan mudah 11-5 di set pertama.

Namun Nicol bangun pada set kedua memenangi dengan 11-8. Dalam set penentuan Datuk Nicol berjaya mendahului dengan 5-3 namun Raneem bertindak bermain dengan aggresif dan berjaya memintas lalu memenangi set penentuan itu dengan 11-8.

Datuk Nicol tetap bersikap positif walaupun tewas kepada Raneem dengan rekod pertemuan 25-5.
"Penonton menantikan satu pertarungan menarik dan saya fikir, kami memberikan apa yang mereka mahukan.

"Saya terpaksa berhempas pulas hingga tamat permainan kerana menentang Nicol tidak pernah mudah,"kata Raneem.

Dalam final nanti Raneem akan bertemu pemain nombor dua, Laura Massaro dari England yang mara ke final selepas menumpaskan juara dunia dua kali dari Mesir, Nour El Sherbini 12-10, 11-6 .
Perlawanan akhir dijadualkan hari ini.


EURO 2016 - Senarai Nama Skuad Turki (Turkey)

 Turki Merupakan Pasukan Eropah Timur Yang layak Ke Euro 2016 Dan Di Barisi Pemain-                                                          Pemain Muda

Semasa pusingan kelayakan Turki telah melakukan kejutan demi kejutan  dengan menewaskan pasukan-pasukan ternama dan memberi cabaran hebat dalam pusingan tersebut, seperti berikut:

Turki 1- 0 Iceland                                   Turki 2 - 0 Czech Republic

Turki 2 - 1 Sweden                                 Turki 1 - 0 Iceland

Turki 1 - 2 England                                 Turki 1 - 1 Latvia

Turki 3 - 1 Kazakhstan                            Turki 3 - 0 Belanda


Senarai Skuad Turki 

Jurulatih:

Fatih Terim


Penjaga Gol

Ali Sasal Vural (Eskisehirspor/TUR)

Harun Tekin (Bursaspor/TUR)

Hayrullah Akyuz (Adanaspor/TUR)

Mert Gunok (Bursaspor/TUR)

Onur Kivrak (Trabzonspor/TUR)

Tolga Zengin (Besiktas/TUR)

Volkan Babacan (Istanbul Basaksehir/TUR)

Volkan Demirel (Fenerbahce/TUR)



Pertahanan:

Emre Tasdemir ( Bursaspor/TUR)

Ersan Gulum

Gokhan Gonul

Hakan Balta

Ismail Koybasi

Omer Toprak

Semih Kaya

Sener Ozbayrakli

Serdar Aziz

Tarik Camdal

Umit Kurt



Tengah:


Ahmet Ilhan Ozek

Alper Potuk

Arda Turan

Bilal Kisa

Caner Erkin

Emre Belozoglu

Gokhan Tore

Guray Vural

Hamit Altintop

Kaan Ayhan

Mahmut Tekdermir

Mehmet Ekici

Mehmet Topal

Oguzhan Ozyakup

Okay Yokuslu

Olcan Adin

Ozan Tufan

Selcuk Inan

Volkan Sen

Yasin Oztekin



Penyerang:


Adem Buyuk ( Kasimpasa/TUR)

Batuhan Karadeniz ( St Gallen/SUI )

Burak Yilmaz ( Beijing Guoan/CHN)

Cenk Tosun ( Besiktas/TUR)

Hakan Calhanoglu ( Leverkusen/GER)

Colin Kazim Richards ( Celtic/SCO)

Mevlut Erdinc (Guingamp/FRA)

Muhammet Demir ( Trabzonspor/TUR)

Mustafa Pektemek ( Besiktas/TUR)

Olcay Sahan ( Besiktas/TUR)

Umut Bulut ( Galatasaray/TUR)














28 May 2016

Final Liga Juara-Juara 2016 ( Final MILANO )

Misi Balas Dendam Atletico Tewas Final 2014


Cristiano Ronaldo mahu ketepikan soal peribadi dan fokus untuk memastikan Real Madrid menang dalam aksi final Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid awal pagi esok di San Siro, Milan, Itali.
Manakala Diego Godin menggesa Atletico Madrid memanfaatkan kekalahan pada final 2014 di tangan Real Madrid sebagai motivasi apabila berdepan anak buah Zinedine Zidane.

Ronaldo yang merupakan pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali tidak pernah menjaringkan gol di San Siro. Dan dia hanya memerlukan satu gol untuk menyamai rekod yang pernah dibuatnya sebanyak 17 gol pada musim lalu.

Walaupun cabaran yang hebat bakal diberikan pasukan lawan namun Ronaldo tetap optimis dan jika menang, Real pastinya menjadi sebuah kelab bola sepak yang paling unggul dan berjaya di Eropah kerana pernah bergelar juara dalam pelbagai era sejak pertandingan itu dianjurkan.

Atletico tidaklah sehebat Real Madrid jika dibandingkan tetapi ancaman yang bakal diberikan anak-anak buah Diego Simeone bukanya calang-calang dan tidak boleh di anggap mudah dan Atletico hanya tewas sekali dalam 10 rekod pertemuan lalu selepas final 2014.

Pada pertemuan 2014 lalu pemain Atletico, Godin membuka jaringan apabila mereka bertarung merebut piala berprestij itu namun jaringan Sergio Ramos menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir separuh masa kedua akhirnya memalitkan rekod hitam buat Atletico apabila Real Madrid menang dengan 4-1.

Pengendali Real Madrid Zinedine Zidane pula ingin melakukan hatrik yang bersejarah sejak berada selama lima bulan dengan Real.

Bekas pemain bintang Perancis itu kini boleh mengakhiri musim ini dengan meraikan  gelaran Liga Juara-Juara, seperti yang pernah dia lakukan ketika menjadi pemain kelab gergasi Sepanyol itu 14 tahun yang lalu.

Kemenangan ke atas Atletico Madrid awal pagi esok akan melengkap permulaan cemerlang Zidane sebagai ketua jurulatih dan sekaligus akan berada sebaris dengan nama-nama besar jurulatih dan pemain dunia yang terhebat seperti Miguel Munoz, Giovanni Trapattoni, Johan Cruyff, Carlo Ancelotti, Frank Rijkard dan Pep Guardiola.

Zidane membantu Real Madrid menjuarai kejuaraan kesembilan  ketika kelab itu menentang Bayer Leverkusen apabila meledak gol dengan tendangan lambung kaki kiri.

Dalam pada itu Simeone, pengendali Atletico Madrid memberi amaran yang mereka akan memburu gol awal dan akan memecahkan kubu Real awal pagi esok.

Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Simeone meluahkan keyakinan yang cukup tinggi dalam pertemuan itu nanti dan bakal menyaksikan siapakah yang terbaik di ibu negara Sepanyol itu.
"Kami sudah menentang dua pasukan terbaik dunia dan ini yang ketiga di final,"kata Simeone pada UEFA.com.

Beliau amat yakin dan cara terbaik serta kunci utama menewaskan Real dengan memecahkan kubu kental lawan di samping perlu anak-anak buahnya berhati-hati dengan gerakan set-piece.


Berikut Adalah Lima Derby Klasik Pertemuan Real Dan Atletico


1. Real Madrid 2 - 1 Atletico
Separuh akhir Piala Eropah 13 Mei 1959

2. Real Madrid 1 - 3 Atletico
La Liga 30 Oktober 1999

3. Real Madrid 1 - 2 Atletico
(Selepas Masa Tambahan)
Final Copa del Rey 17 Mei 2014

4. Real Madrid 4 -  1 Atletico
(Selepas Masa Tambahan)
Final Liga Juara-Juara 24 Mei 2014

5. Real Madrid 1 - 0 Atletico
Suku Akhir Liga Juara-Juara 22 Apr 2015

Nota : Perlawanan akan berlangsung jam 2.30 pagi waktu Malaysia 28 Mei 2016 dan akan disiarkan secara langsung menerusi ASTRO 816/834.




Biodata Jose Mourinho Pengendali Manchester United

Jose Mario Dos Santos Mourinho Felix Sah Pengendali Baharu The Red Devils


Tekad azam Jose Mourinho mahu melupakan zaman gelap tiga tahun Manchester United dan beliau yakin dapat mengembalikan reputasi The Red Devils itu.

Sejak persaraan Sir Alex Ferguson selepas memenangi Liga Perdana Inggeris pada 2013, kelab yang pernah gah itu sekadar menamatkan musim  di tangga ketujuh, keempat dan kelima dan pengubat duka itu mereka hanya memenangi tropi Piala FA pada musim ini.

Namun kemenangan menjulang piala itu tidak cukup untuk membuatkan Louis van Gaal kekal bersama United apabila beliau di pecat minggu lepas setelah dua tahun bersama The Red Devils.


Biodata Dan Profil Pengendali Baharu

Nama: Jose Mario dos Santos Mourinho Felix.

Umur: 53 tahun

Tarikh Lahir: 26 Januari 1963

Karier (pemain): Tengah


Kelab:

Rio Ave (POR/1980-1982)

Belenenses (POR/1982-1983)

Sesimbra (POR/1983-1985)

Comerico e Industria (POR/1985-1987)



Karier (Pengurus)


Benfica (POR/2000)

Uniao de Leira (POR/2002-2004)

Chelsea (ENG/2004-2007)

Inter Milan (ITA/2008-2010)

Real Madrid (ESP/2010-2013)

Chelsea (ENG/2013-2015)

Manchester United (2016)



Kejayaaan Sepanjang Karier


Porto

(Liga Primeira (2) 2002-03, 2003-04)

Taca de Portugal (1) 2002-03

Supertaca Candido de Oliveira (1) 2003

Liga Juara-Juara (1) 2003-04

Piala UEFA (1) 2002-03



Chelsea


Liga Perdana (3) 2004-05, 2005-06, 2014-15

Piala FA (1) 2006-07

Piala Liga (3) 2004-05, 2006-07, 2014-15

Perisai Komuniti (1) 2005



Inter Milan


Series A (2) 2008-09, 2005-10

Coppa Italia (1) 2009-10

Supercoppa Italia (1) 2008

Liga Juara-Juara (1) 2009-10



Real Madrid


La Liga (1) 2011-12,

Copa del Rey (1) 2010-11

Supercopa de Espana (1) 2012



Anugerah Individu


Jurulatih Tahunan Terbaik Dunia FIFA 2010.

Pengurus Tahunan Terbaik Liga Primeira 2002-03, 2003-04

Pengurus Terbaik Tahunan Liga Perdana 2004-05, 2005-06, 2014-15.

Pengurus Terbaik Tahunan Series A 2008-09, 2009-10

Pengurus Terbaik Tahunan EUFA 2002-03, 2003-04.






EURO 2016 - Senarai Nama Skuad Perancis (France)

Perancis Merupakan Salah Satu Pasukan Yang DiJangka Akan Ke Final EURO 2016


Sebagai tuan rumah Euro 2016 sudah semestinya skuad kendalian Didier Deschamps tidak akan melepaskan peluang untuk merebut kejuaraan kedua terbesar dalam sejarah bola sepak dunia.
Gelaran nama jolokan Les Bleus (The Blues). Bermain di Stadium Stade de France, Saint-Denis.



Berikut Adalah Senarai Nama Pemain Pasukan Perancis 


Pengurus/Manager

Didier Deschamps



Penjaga Gol 

Hugo Lloris ( Tottenham Hospurs)

Steve Mandanda ( Marseille)

Benolt Costil ( Rennes )


Pertahanan

Patrice Evra ( Juventus )

Bacary Sagna ( Man City )

Laurent Koscielny ( Arsenal )

Jeremy Mathieu ( Barcelona )

Christophe Jallet ( Lyon )

Lucas Digne ( Roma )

Raphael Varane ( Real Madrid )

Eliaquim Mangala ( Man City )



Tengah


Paul Pogba ( Juventus )

Blaise Matuidi ( PSG )

Lassana Diarra ( Marseille )

Yohan Cabaye ( Crystal Palace )

Moussa Sissoko ( Newcastle United )

N'Golo Kante ( Leicester City )



Penyerang


Antoine Griezmann ( Atletico Madrid )

Dimitri Payet ( Wes Ham )

Anthony Martial ( Manchester United )

Andre Pierre Gignac  ( Tigres UANL )

Olivier Giroud ( Arsenal )

Kingsley Coman ( Bayern Munich )



Pemain Simpanan


Morgan Schneiderlin

Alphonse Areola

Alexandre Lacazette

Hatem Ben Arfa

Kevin Gameiro

Adrien Rabiot

Djibril Sidibe

Samuel Umtiti



Nota : Banyak kejutan yang dilakukan pengendali skuad Perancis yang tidak menyenaraikan nama-nama besar yang pernah mewakili mereka seperti dibawah :

Karim Benzema ( Real Madrid )

Mamaduo Sakho ( Liverpool )

Mathieu Valbuena ( Lyon )

Manakala nama-nama seperti Morgan Schneiderlin, Alexandre Lacazette, Kevin Gameiro dan Hatem Ben Arfa hanya dimasukkan dalam senarai menunggu . Namun begitu kesemua senarai nama ini masih belum dimuktamatkan lagi menurut Didier Deschamps.




27 May 2016

Mourinho Bakal Terima Ganjaran Jutaan Pound

5 Juta Pound Jika Menang Piala Eropah Dan 2.5 Juta Pound Jika Juara Liga Perdana Inggeris.


Pengendali baharu Manchester United, Jose Mourinho yang bakal memimpin pasukan itu musim depan akan menerima imbuhan yang cukup lumayan sekiranya berjaya membawa Manchester United muncul juara Eropah sekali lagi.

Jurulatih dari Portugal itu telah pun berjaya mendapatkan persetujuan untuk mengikat kontrak bernilai 10 juta semusim (RM60 juta) di Old Trafford dan sudah berada di peringkat akhir rundingan bersama Naib Pengerusi United, Ed Woodward di London.

Daily Star melaporkan Mourinho yang terkenal dengan jolokan "The Special One" bakal menerima pelbagai imbuhan sekiranya berjaya membawa The Red Devils merangkul kejuaraan.
Selain RM30 juta yang menanti jika berjaya membawa United muncul juara Eropah, bonus tambahan 2.5 juta pound (RM15 juta) turut bakal dikecapi jika United kembali merampas gelaran Juara Liga Perdana Inggeris.

Keyakinan tinggi dinyatakan pemilik Manchester  United iaitu keluarga Glazer yang Mounrinho mampu mengembalikan kegemilangan United sebagai gergasi bola sepak dunia seperti  di bawah bimbingan Sir Alex Ferguson dahulu.

Prestasi cemerlang Mourinho yang pernah merangkul dua kejuaraan Eropah dan empat gelaran domestik bersama kelab yang berbeza amat menakjubkan.

Kegagalan United mengumumkan secara rasmi perlantikan Mourinho adalah disebabkan masih menyelesaikan rundingan dalam hak imej dan penajaan.

Walaupun dipecat oleh Chelsea pada Disember lalu tetapi mereka masih memegang hak nama dan imej jurulatih itu sehingga 2023 disebabkan telah didaftarkan dengan Harta Intelek.
Chelsea masih lagi menjual produknya anggaran 37 produk berbeza menggunakan nama Mourinho sehingga kini. Dan rundingan masih dijalankan untuk United membayar jumlah pampasan tertentu untuk membatalkan kontrak itu.

Sementara itu Lagenda United, Paul Scholes mahu Mourinho belajar tentang kesilapan yang telah dilakukan oleh Louis Van Gaal dengan menerapkan corak permainan menarik di Old Trafford.


26 May 2016

Skuad Pulau Pinang - Rombakan Besar-Besaran

Pengendali Baru Pulau Pinang Bakal Rombak Pemain Selepas Aidilfitri


Desas desus sebelum ini mengenai kedatangan Bojan Hodak kini sudah menjadi kenyataan setelah beliau menandatangani kontrak dengan skuad Harimau Kumbang itu sehingga habis musim Liga 2016.

Bojan Hodak yang di lantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Super Pulau Pinang bakal melakukan rombakan ke atas barisan pemain Pulau Pinang bagi menyelamatkan skuad itu dari tersingkir dari saingan Liga Super musim depan.

Pengalaman luas yang dimiliki bekas pengendali Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) Bojan Hodak berkata,  terdapat banyak kelemahan dalam pasukan Harimau Kumbang dan ini perlu diperbaiki segera untuk memastikan mereka terus relevan untuk memberi saingan pada baki Liga Super.

Bojan dan pengurus pasukan Pulau Pinang yang baharu, Nenad Bacina sudah memulakan perbincangan untuk mengenalpasti segala kelemahan sebelum rombakan dibuat selepas perayaan Aidilfitri.

"Buat masa ini semua pemain sedang berehat setelah mengharungi pusingan awal Liga Super dan kita lihat ramai pemain muda yang kurang berpengalaman. Adalah menjadi tugas kami memantapkan semula pasukan.

"Kita dalam proses menilai kesemua pemain dan perlu dilakukan dengan segera kerana pemain akan kembali berlatih sekitar Julai nanti," kata Bojan selepas perlantikanya dan Bacina di Wisma FAP semalam.

Sementara itu, Bacina pula berkata, pengurusan FAP harus di puji kerana bertindak pantas dalam usaha menyelamatkan The Panther yang beliau anggap masih berpeluang kekal dalam saingan Liga Super musim hadapan.

"Terima kasih buat Pulau Pinang dan saya amat berbangga dipilih sebagai pengurus dan kami akan pastikan yang Harimau Kumbang akan dapat terus memberi saingan kepada pasukan lain.
"Banyak perkara yang perlu saya teliti bersama Hodak dan kami akan berbincang secara mendalam dalam menentukan proses rombakan yang bakal dibuat," katanya.

Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff, berkata dengan perlantikan Bojan Hodak dan Bacina beliau berharap agar Pulau Pinang akan lebih cemerlang dan mampu kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

"Jacksen F Tiago masih kita rehatkan, kita  tidak akan menyingkirkan dia kerana masih ada kontrak dan kita menghormati itu serta kedudukanya akan ditentukan selepas itu.
"Manzoor Azwira  pula yang memikul tugas Tiago sebelum ini akan kembali ke jawatan penolong ketua jurulatih," katanya.

Admin juga cukup berbangga dengan dengan kepantasan pengurusan skuad Harimau Kumbang yang bertindak segera dan mendengar keluh kesah peminat Pulau Pinang .

Kredit buat Datuk Seri Nazir Ariff kerana peka dengan situasi yang peminat mahukan dan ingin melihat kebangkitan semula The Panther. Komen dari peminat bukan bererti benci atau tidak sayangkan pasukan ....mereka tetap "Die Hard Fan" sampai bila-bila pun samada menang atau kalah. Sokongan padu yang tidak berbelah bahagi diberikan dulu kini dan selamanya.

Tahniah dan terima kasih juga saya sampaikan wakil dari penyokong Pulau Pinang kepada pemangku jurulatih sementara Manzoor Azwira yang mampu memberi saingan pada baki perlawanan yang boleh  kita banggakan apabila JDT gagal dalam misi mereka untuk menewaskan kita dengan mudah dan Felda United dikecewakan di laman mereka. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih buat FAP, Datuk Seri Nazir dan Coach Manzoor Azwira .

Tidak lupa juga buat Mamu Ajis yang meletakkan jawatan. Jasa mu akan kami kenang mamu dan tidak akan pernah pudar dalam ingatan kami penat lelah mamu dalam memartabatkan bolasepak Pulau Pinang dimata Malaysia. Terima kasih Mamu Ajis...





25 May 2016

EURO 2016 - Senarai Nama Skuad Jerman (Germany)

Jerman Salah Satu Pasukan Yang Di Jangka Ke Final EURO 2016


3 muka baru dan masih muda disenaraikan dalam skuad Jerman untuk aksi Euro 2016.
Julian Brandt dan Julian Weigl disenaraikan di dalam pasukan sementara 27 pemain menjelang Kejuaraan Eropah di Perancis bulan depan. Mereka merupakan pemain tengah dan belum pernah beraksi untuk skuad kebangsaan.

Seorang lagi pemain tengah Joshua Kimmich, 21, yang hanya disenaraikan di dalam pasukan utama Bayern Munich pada awal musim ini, berjaya menempatkan dirinya bersama skuad bawah-21 tahun Jerman, di samping pemain sayap Bayer Leverkusen berusia 20 tahun, Brandt.

Banyak kejutan yang dilakukan pengendali Jerman Loew yang diumumkan di Kedutaan Perancis di Berlin dan 14 pemain yang telah membawa mereka menjadi juara Piala Juara 2014 dikekalkan.


Skuad Jerman EURO 2016

Penjaga Gol:

Manuel Neuer (Bayern Munich)

Bernd Leno (Bayern Leverkusen)

Marc-Andre ter Stegen (Barcelona/ESP)



Pertahanan:

Jerome Boateng (Bayern Munich)

Emre Can (Liverpool/ENG)

Jonas Hector (Cologne)

Benekdikt Hoewedes (Schalke 04)

Mats Hummels (Borussia Dortmund)

Shkodran Mustafi (Velencia/ESP)

Sebastian Rudy (Hoffenheim)

Antonio Ruediger (As Roma/ITA)


Tengah:

Karim Bellarabi (Bayer Leverkusen)

Julian Brandt (Bayer Leverkusen)

Julian Draxier (Wolfsburg)

Sami Khedira (Juventus/ITA)

Joshua Kimmich (Bayern Munich)

Toni Kroos (Real Madrid/ESP)

Mesut Ozil (Arsenal/ENG)

Marco Reus (Borussia Dortmund)

Leroy Sane (Schalke 04)

Bastian Schweinsteiger (MU/ENG)

Julian Weigl ( Borussia Dortmund)

Penyerang:

Mario Gomez (Fiorentina/ITA)

Thomas Mueller (Bayern Munich)

Lukas Podolski (Galatasaray/TUR)

Mario Goetze (Bayern Munich)

Andre Schuerrie ( Wolfsburg)





Jersey baru Jerman yang akan dipakai pada aksi EURO 2016 nanti

Kesebelasan Utama Skuad Jerman

Jadual Perlawanan Persahabatan Menjelang EURO 2016

Sesi Pemanasan Badan Setiap Pasukan Yang Layak Ke Euro 2016 Bakal Berlangsung Dan Persahabatan Antarabangsa


Perlawanan yang bakal berlangsung awal pagi sabtu 29 Mei waktu Malaysia.


England vs Australia
Astro 816/834, 2.40 pagi live

Rep Ireland vs Belanda
Astro 810/831, 2.40 pagi live

Argentina vs Honduras

Chile vs Jamaica

Croatia vs Moldova

Ireland U vs Belarus

Rep Czech vs Malta

Uruguay vs Trinidad

Awal Pagi Esok Perlawanan Persahabatan Antarabangsa:

AS vs Ecuador
Astro 817, 7.55 pagi

DR Congo vs Romania


Johor DT Lawan Kaya FC Pusingan Kedua AFC

Mampukah JDT Menewaskan Kaya FC Dalam Pusingan Kedua AFC Malam Ini


Menjelang sepak mula perlawanan kedua Piala AFC malam nanti yang akan berlangsung di Larkin mampukah Johor Darul Ta'zim meneruskan kemenangan.

Penyerang ayam tambatan JDT, Safiq Rahim kemungkinan besar tidak dapat diturunkan disebabkan mengalami kecederaan.

Mario Gomez, ketua jurulatih skuad Harimau Selatan menegaskan kecederaan di alami kapten JDT itu masih belum pulih sepenuhnya namun pemain tengah itu sudah mula menjalani latihan ringan.
Sekiranya tidak dapat diturunkan tempatnya bakal diambil Amirul Hadi Zainal yang akan digandingkan dengan Harris Harun.

"Safiq munkin mempunyai tahap kesihatan 50-50 atau 60-40 dan segalanya kita lihat akan lihat malam esok(malam ini). Tidak pasti dia boleh bermain atau hanya duduk di bangku simpanan.
"Aksi perlawanan dengan Kaya FC adalah kalah mati jadi kami tidak harus melepaskan peluang untuk menang dan melangkah ke suku akhir.

"Menang besar keatas Pahang 6-0 baru-baru ini memang menaikan moral pemain.
"Saya yakin mereka juga mahu meneruskan kemenangan itu dengan persembahan terbaik," kata Gomez.

Apapun, Gomez tetap menghormati kelab dari Filipina itu yang pertama kali layak ke pusingan kalah mati itu membuktikan skuad binbingan Joel Villarino dibarisi pemain terbaik.

Jadi beliau tidak mahu kesebelasan utama JDT memandang rendah kebolehan pasukan lawan, sebaliknya sentiasa fokus kepada perlawanan.

"Mereka mempunyai pemain muda yang sentiasa bergerak pantas dengan permainan yang laju.
"Kapten mereka Alexander Borromeo, Kenshiro Daniels dan pemain import dari Ghana, Robert Lopez Mendy mampu memberi ancaman," ujarnya.


24 May 2016

Kebanggaan Harimau Kumbang

S Kumaahran Bawa Cabaran Harimau Malaysia Sebagai Penyerang Anak Didik Pulau Pinang


Pemain muda Pulau Pinang yang bakal berusia 20 tahun dan merupakan ayam tambatan skuad Harimau Kumbang terpilih menggalas cabaran menyarung jersey Harimau Malaysia dalam misi play-off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 berdepan Timor Leste di Larkin pada 2 dan 6 jun ini.

Walaupun masih muda dan dianggap mentah jika dibandingkan dengan penyerang tempatan yang lebih ternama seperti Safee Sali, Mat Yo atau pun Indra Putra Mahyuddin.

Datuk Ong Kim Swee membuat keputusan yang cukup berani menyenaraikan S Kumaahran ternyata cukup hebat dan membuka peluang bagi anak kelahiran Pulau Mutiara itu membuktikan kemampuannya.

"Saya cukup terkejut apabila dipanggil kerana dibahagian serangan yang ada cuma saya, Hazwan Bakri dan Amri Yahyah.

"Kalau sebelum ini ada pemain senior seperti Mat Yo dan Safee Sali yang pasti tersenarai dalam skuad . Dengan ketiadaan mereka pastinya tugas memcari gol terpikul di bahu saya dan rakan penyerang lain.

"Apa pun saya akan cuba memberi yang terbaik untuk negara dan saya akan memberi persembahan terbaik semasa sesi latihan nanti untuk memikat hati jurulatih untuk diturunkan menentang Timor Leste," katanya yang melapur diri di Wisma FAM semalam.

Selain Kumaahran, seramai 14 pemain lagi melapur diri dan berbaki 10 pemain dari Johor Darul Ta'zim yang akan melapur diri selepas aksi pusingan kedua Piala AFC di Larkin.

Untuk memantapkan lagi skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee, satu perlawanan persahabatan berstatus A akan diadakan di Yangoon bertemu skuad Myanmar sabtu ini.

"Bagi saya kami perlu menang dengan Myanmar untuk menaikan motivasi pasukan sebelum menentang Timor Leste. Jika kemenangan dapat diperolehi maka saya yakin laluan ke pusingan berikutnya mudah," katanya.

Sekiranya Malaysia menang ke atas Timor Leste, Malaysia akan terus layak ke peringkat saingan kumpulan kelayakan Piala Asia 2019 yang akan bermula pada 28 Mac 2017.

Akan tetapi, jika tewas, Malaysia masih berpeluang untuk layak ke peringkat kumpulan itu tetapi perlu memenangi perlawanan play-off 2 bertemu Taiwan atau Kemboja pada 6 September di Malaysia dan 11 Oktober di tempat lawan.





Penyokong Terengganu Bidas FMLLP

FMLLP Nafi Pindaan Jadual Perlawanan Saat Akhir


Penyokong skuad Penyu melahirkan rasa kekecewaan kepada FMLLP yang didakwa meminda jadual perlawanan Sarawak menentang Terengganu di saat-saat akhir.

Mereka tidak berpuas hati kerana ada diantaranya yang sudah pun menempah tiket kapal terbang, ada yang sanggup menjual mafla dan kasut semata-mata untuk membeli tiket kapal terbang bagi membayar harga tiket untuk memberi sokongan buat skuad penyu itu.

"Ada yang sanggup jual mafla kesayangan dan kasut mereka semata-mata untuk menyokong Terengganu tapi FMLLP suka-suka saja ubah jadual pasukan dan menyebabkan duit kami hangus."

Itulah luahan kekecewaan segelintir penyokong setia skuad Penyu yang mempersoalkan tindakan FMLLP mengubah jadual aksi Liga Super kurang sebulan daripada tarikh asal perlawanan.

Menurut wakil Kelab Penyokong Gerila Timur, Radhie Abdullah Din, perlawanan antara Sarawak menentang Terengganu yang sepatutnya berlangsung di Sarawak rabu ini telah ditunda oleh FMLLP ke tarikh baru iaitu 3 Ogos depan.

Perubahan itu jelas mengundang ketidakpuasan hati penyokong Terengganu yang sudah pun membeli tiket berdasarkan pada jadual asal yang dikeluarkan pada awal musim dulu.

"Kami faham kalau perubahan jadual disebabkan perkara yang tidak dapat dielakan seperti bencana alam atau kecemasan. Tapi perubahan jadual terbaru adalah kerana kelemahan dalam pengurusan.
"Kami bukanlah orang yang senang dan mampu membeli tiket begitu sahaja tetapi atas dasar sayangkan Terengganu kami sanggup bergolak bergadai untuk menyokong pasukan di mana sahaja mereka bermain.

"Tiket penerbangan sahaja hampir RM200 seorang untuk dua hala. Kalau tak salah saya hampir 50 orang dan ini bermakna hampir RM10,000. Siapa nak bertanggungjawab dan nak bayar ganti rugi," katanya kepada wartawan.

Beliau menambah lagi, sekiranya penundaan itu untuk memberi laluan kepada skuad kebangsaan menghadapi aksi play-off 1 Kelayakan Piala Asia 2019 awal bulan depan, sepatutnya FMLLP harus lebih peka sebelum mengeluarkan jadual pada awal musim.

"Biasanya FIFA atau AFC akan mengeluarkan jadual perlawanan antarabangsa awal-awal lagi, jadi mengapa tidak mengosongkan jadual Liga Super berdasarkan jadual aksi antarabangsa.

"Saya faham mungkin mereka tidak menjangka yang skuad kebangsaan akan beraksi pada play-off dan sepatutnya semua ini mesti ada plan B dan bukannya menunda pada saat akhir," katanya.

Sementara itu Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP menafikan pindaan jadual di buat dalam keadaan tergesa-gesa dan jadual itu sebenarnya telah diubah sejak sebulan yang lalu dan sudah dimaklumkan kepada Persatuan Negeri (FA) dan kelab.

"Saya nafikan kami (FMLLP) menukar jadual sesuka hati malah keputusan itu dibuat April lalu. Tindakan menunda aksi Liga Super adalah atas permintaan Datuk Ong Kim Swee yang mahu menyediakan skuad kebangsaan lebih awal sebelum bertemu Timor Leste," katanya.



22 May 2016

Pulau Pinang Nyaris Calarkan Rekod Felda United FC

Terikat 2-2 Felda United Hampir DiMalukan Di Laman Sendiri


Perlawanan pusingan kedua Liga Super 2016 telah pun bermula dengan kunjungan Pulau Pinang ke Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang menentang pendahulu Liga Super Felda United malam tadi .

Pulau Pinang yang turun dengan impian mencalarkan rekod bersih Felda United dan mencari tiga mata hampir-hampir mencapai apa yang dihajati namun Forkey Doe menjadi penghalang.

Rabu lepas Pulau Pinang ditewaskan di Stadium Bandaraya dengan 1-2 dan malam tadi skuad kendalian Manzoor Azwira menanam penuh azam dan tekad melenyapkan penaklukan Felda United di Liga Super.

Kesebelasan Pulau Pinang yang dikejutkan dengan gol awal Felda United hasil jaringan Syamim Yahya pada minit ke-7 tidak menggugat tahap kekentalan Pulau Pinang dengan terus melancarkan serangan balas bertali arus ke kubu Felda United.

Perlawanan babak pertama yang memasuki minit-minit terakhir membawa tuah apabila dihadiahkan sepakkan penalti dan berjaya disempurnakan oleh pemain import Reinaldo Lobo pada minit ke-45 dan kedudukkan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.

Bermulanya babak kedua perlawanan Pulau Pinang lebih banyak menguasai perlawanan dengan hantaran-hantaran cantik dan teratur pada jentera serangan namun banyak aksi di cemari dengan insiden kekasaran oleh pemain Pulau Pinang yang memaksa pengadil melayangkan tiga kad kuning kepada pasukan pelawat itu.

The Fighter juga terus melancarkan serangan kekubu pelawat namun kecekapan penjaga gawang Pulau Pinang, Anuar Sani Kamsani menafikan setiap serangan Felda United.

Pulau Pinang yang kerap melancarkan serangan akhirnya berjaya mengejutkan skuad kendalian Irfan Bakti itu apabila Osas Saha berjaya menjaringkan gol kedua hasil gerakan solo yang menerima umpanan bola dari S Kumaahran lalu merembat kencang menewaskan penjaga gol Felda United pada minit ke-66 dan Pulau Pinang mendahului dengan 2-1.

Tersentak dengan jaringan gol tersebut Felda United terus melancarkan serangan dari bahagian tengah yang berjaya menghasilkan gol oleh  Francis Forkey Doe yang tidak di kawal lalu merembat kearah sisi kiri pintu gol menewaskan penjaga gawang Pulau Pinang pada minit ke-81.

Kedudukan kekal terikat 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan.
Felda United jatuh ketangga kedua Liga dan Pulau Pinang masih kekal berada ditangga tercorot Liga Super. Namun Pulau Pinang harus berbangga kerana merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya mengikat Felda United dalam aksi Liga Super 2016 dilaman Jengka.

Kit Jersey Rasmi Pasukan Euro 2016

Setiap Pasukan Yang Layak Ke Euro 2016 Masing-Masing Mempunyai Jersey Terkini
Adakah anda ingin memiliki jersey terkini...

20 May 2016

EURO 2016 - Senarai Nama Skuad Slovakia

Slovakia Sebuah Pasukan Yang Cukup Hebat Hanya Kalah Sekali Pada Peringkat Kelayakan


Slovakia adalah sebuah wilayah penting kepada pasukan Czechoslovakia yang pernah memenangi Piala Eropah pada 1976 ketika final bertemu Jerman Barat dan yang membanggakan kini mereka ke EURO 2016 selaku negara merdeka.

Pencapaian :

Penyertaan kali pertama EURO.


Jurulatih :

Jan Kozak


Ditubuhkan:

1938


Euro 2016:

Dalam kumpulan B dan bakal menentang Wales, Russia dan England

Senarai Nama Skuad

Penjaga Gol:

Matus Kozacik (Viktoria Pilsen/CZE)

Jan Mucha (Slovan Bratislava)

Jan Novota (Rapid Vienna/AUT)


Pertahanan:

Peter Pekarik (Hertha Berlin/GER)

Milan Skriniar (Sampdoria/ITA)

Martin Skrtel (Liverpool/ENG)

Norbert Gyoember (Roma/ITA)

Jan Durica (Lokomotiv Moscow/RUS)

Kornel Salata (Slovan Bratislava)

Tomas Hubocan (Dynamo Moscow/RUS)

Dusan Swento (Cologne/GER)

Lukas Tesak (Almaty/KAZ)


Tengah:

Viktor Pecovsky (MSK Zilina)

Matus Bero (AS Trencin)

Robert Mak, Erik Sabo (both PAOK/GRE)

Juraj Kucka (AC Milan/ITA)

Patrick Hrosovsky (Viktoria Pilsen/CZE)

Jan Gregus (Jablonec/CZE)

Stanislav Sestak (Ferencvaros/HUN)

Marek Hamsik (Napoli/ITA)

Ondrej Duda (Legia Warsaw/POL)

Miroslav Stoch (Bursaspor/TUR)

Vladimir Weiss (Al Gharafa/QAT)


Penyerang:

Michal Duris (Viktoria Pilsen/CZE)

Adam Nemec (Willem II/NED)

Adam Zrelak (Slovan Bratislava)





19 May 2016

Bojan Hodak Bakal Kendali Skuad Pulau Pinang

Nenad Bacina Menjadi Teraju Utama DiBawah Bojan Hodak Kendali Pulau Pinang Untuk Memastikan Pulau Pinang Kekal Dalam Liga Super Musim Depan


Nama Bojan Hodak bukanlah asing dalam bola sepak tempatan kerana dia pernah mengendalikan UPB-MyTeam, Kelantan dan juga Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Bacina pula pernah terlibat bersama pasukan JDT II dan juga kelab Tampines Rovers dari Singapura.
Kedua-dua jurulatih itu berada di Stadium Bandaraya malam tadi bagi menyaksikan pertemuan Liga Super di antaraPulau Pinang dan Felda United. 

Persoalan mengenai kehadiran mereka terjawab apabila Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Datuk Gary Nair, mengesahkan Hodak dan Bacina menjadi taruhan pihak pengurusan untuk mengubah nasib pasukan. 

"Rombakan akan dibuat. 
"Kami akan menukar jurulatih dengan melantik Bacina yang juga akan bertindak sebagai pengurus.
"Kami juga mengesahkan telah melantik Bojan Hodak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 
"Apa nak jadi, kita tunggu dan lihat nanti," katanya. 

Meskipun belum ada pengumuman rasmi, Hodak dan Bacina dijangka memulakan tugas selepas pertemuan pusingan kedua Liga Super di antara Felda United dan Pulau Pinang, Sabtu ini.

Jelas Gary lagi, rombakan drastik perlu dilakukan dalam pasukan, apatah lagi diulit kekecewaan skuad Harimau Kumbang gagal menempatkan diri dalam saingan Piala Malaysia. 
Antara yang menjadi tumpuan sudah pasti khidmat kesemua empat pemain import yang bakal dinilai sebelum Hodak dan Bacina merencana perancangan mereka. 

Mengulas mengenai jurulatih yang direhatkan, iaitu Jacksen Tiago, Gary berkata perbincangan bagi penamatan kontrak pengendali kelahiran Brazil itu sedang berjalan, termasuk jumlah pampasan. 
"Kami akan bincang dengan dia, kontraknya belum tamat lagi.
"Saya kecewa, semua orang kecewa apabila kami gagal layak ke Piala Malaysia, jadi kami akan membuat perubahan."



Biodata Hodak:


Nama: Bojan Hodak

Tarikh Lahir : 4 May 1971

Umur : 45 tahun

Negara Asal : Zagreb, Croatia.



Pasukan Pernah DiLatih:


1. UPB My Team } 2006-2009

2. Phnom Pennh Crown} 2010-2011

3. Shandong Luneng} 2011-2012

4. Kelantan } 2012-2013

5. Johor Darul Ta'zim} 2013-2014





Biodata Nenad Bacina:


Nama: Nenad Bacina

Tarikh Lahir : 29 Julai 1971

Umur : 45 tahun

Negara Asal : Split, Croatia

Pasukan Pernah DiLatih:


1. Johor Darul Ta'zim } 2014-2015

2. Tampines Rovers } 2012-2013

3. Hougang United } 2011-2012

4. Woodland } Jan 2011-31 Dis 2011




KAMI SEDIAKAN EBOOK PANDUAN UNTUK ANDA BERNIAGA DI BAZAAR RAMADAN DAN PASAR MALAM





Bojan Hodak Membawa Khabar Gembira Buat Seluruh Penyokong Harimau Kumbang




Nenad Bacina Pastinya Tidak Akan Mengecewakan Peminat

Euro 2016 - Senarai Nama Skuad Portugal

Pemain Muda Renato Sanches Tersenarai Dalam Skuad Utama Portugal Saingan EURO 2016 Peranchis


Bintang muda yang baru dibeli oleh Bayern Munich, Renato Sanches tersenarai dalam 23 pemain yang diumumkan oleh jurulatih Fernando Santos semalam.

Baru berusia 18 tahun, akan berpindah ke Bayern pada musim panas ini dengan yuran perpindahan bernilai 35 juta euro (RM159 juta) dari Benfica selepas pemain itu mempamerkan aksi persembahan cemerlang sepanjang musim ini bersama Portugal dan sebagai ganjaran dia ditempatkan di dalam skuad kebangsaan .


Berikut Adalah Senarai Skuad Portugal Untuk EURO 2016


Penjaga Gol:


Rui Patricio (Sporting), 

Anthony Lopes (Lyon/FRAN).

Eduardo (Dinamo Zagreb/CRO).



Pertahanan:


Cedric Soares (Southampton/ENG)

Vieirinha (Wolfsburg/GER)

Bruno Alves (Fernerbahe/TUR)

Ricardo Carvalho (Monaco/FRA)

Jos Fonte (Southmpton/ENG)

Pepe (Real Madrid/ESP)

Eliseu (Benfica)

Raphal Guerreiro (Lorient/FRA)



Tengah:


Danilo Pereira (FC Porto)

William Carvalho (Sporting)

Adrien Silva (Sporting)

Joao Mario (Sporting)

Joao Moutinho (Monaco/FRA)

Andr Gomes (Valencia/ESP)

Renato Sanches (Benfica)



Penyerang:


Cristiano Ronaldo (Real Madrid/ESP)

Nani (Fenerbache/TUR)

Eder (Lille/ FRA- dipinjamkan dari Swansea City/ENG)

Ricardo Quaresma (Beksitas/TUR)

Rafa Silva (Braga)









Pulau Pinang Ketandusan Striker Tajam

Skuad Harimau Kumbang Gagal Akhiri Penyudah Yang Tajam Untuk Jaring Gol Dalam Setiap Perlawanan


Tewas 1-2 kepada Felda United FC dalam perlawanan ke-11 dan penutup tirai pusingan pertama Liga Super 2016 menyaksikan Pulau Pinang tersingkir untuk saingan Piala Malaysia di Stadium Bandaraya malam tadi.

Pulau Pinang turun di laman sendiri dengan impian mencapai kemenangan 3 mata dan untuk layak ke Piala Malaysia manakala The Fighters ingin mempertahankan tahta Liga Super untuk terus mendominasi senarai teratas saingan.

Disaksikan hampir 7 ribu penyokong tuan rumah yang inginkan kemenangan bagi melayakkan mereka ke Piala Malaysia tidak kesampaian apabila skuad kendalian Irfan Bakti itu cukup cemerlang dengan aksi permainan yang cukup teratur untuk menafikan impian skuad Harimau Kumbang.

Hari ini tiada langsung dalam ruangan sukan berkaitan perlawanan Pulau Pinang menentang Felda United semalam, saya tidak pasti mungkin di akhbar lain yang ada menulis perlawanan ini.

Bermula seawal babak pertama perlawanan, Pulau Pinang nampak garang dengan melakukan serangan-serangan merbahaya ke arah gawang Felda United namun gagal menghasilkan gol . Peluang terbaik tiba pada minit ke-20 apabila hantaran Martias Cordoba tepat ke tiang gol kanan Felda United tetapi S Kumaahran gagal menendang masuk dan bola sekadar lolos keluar di kanan tiang gol.
Terkejut dengan asakkan pasukan tuan rumah, pelawat mula mengatur serangan dengan cukup tenang. Tidak tergesa-gesa menghantar bola kepada kawan dan akhir nya Francis Forkey Doe berjaya menjaringkan gol pertama buat Felda United pada minit ke-31 semasa keadaan kelam kabut dalam kotak penalti.

Serangan bertali arus Pulau Pinang tidak menampakkan sebarang hasil akibat ketidaksefahaman dan faktor lambat bertindak. Pemain Pulau Pinang terlambat membuat keputusan ketika sedang mengawal bola di kaki. Mereka juga kurang idea untuk melakukan aksi yang cemerlang semasa sedang melakukan serangan. Wisel babak pertama ditiubkan dengan keputusan Felda mendahului 1-0.

Bermula aksi kedua, aksi Pulau Pinang sedikit berubah setelah disuntik tonik oleh jurulatih Manzoor Azwira dan Pulau Pinang terus melancarkan serangan namun ketumpulan jentera serangan, Pulau Pinang masih buntu mencari gol penyamaan. Serangan banyak dilancarkan tetapi 'striker' yang ada seolah-olah langsung tidak punya sebarang idea dan mereka sekadar 'bermain bola' tanpa boleh memikirkan bagai cara untuk menjaringkan gol.

Melihat kepada kelemahan dan ketumpulan barisan penyerang Pulau Pinang yang gagal mencari gol, pelawat terus mengatur serangan yang hanya sekali sekala tetapi taktikal Irfan Bakti dan ketajaman pemain mereka amat dipuji dan akhirnya Felda United menambah derita Pulau Pinang dengan jaringan gol kedua hasil tandukan Hadin Azman berjaya menewaskan penjaga gawang Sani Anuar Kamsani pada minit ke-60.

Kedua-dua pasukan banyak membuat pertukaran pemain pada babak kedua perlawanan. Pulau Pinang memasukkan Osas Saha dan Syameel Kutty bagi mencari gol penyamaan manakala Felda United pula memasukkan Mohd Syukur Adan dan Firdaus Faudzi bagi menguatkan barisan pertahanan.

Serangan-serangan yang dilancarkan Pulau Pinang sekadar terhenti di luar kotak penalti akibat kegagalan jentera serangan mereka terlalu lama menyimpan bola selain tidak mampu bertindak pantas menghantar bola kepada kawan yang sedang menanti.

Larian pantas S Kumaahran dalam kotak penalti Felda United yang menerima bola hasil lorongan Raffiudin Roddin telah dibentes pertahanan Felda United dan menerima akibat apabila Pulau Pinang dihadiahkan sepakan penalti dan berjaya disempurnakan oleh pemain import Reinaldo Lobo pada minit ke-89.

Jaringan penalti tersebut telah menaikkan semangat pemain Pulau Pinang dengan  terus melancarkan serangan yang cukup jitu dan peluang hadir pada minit ke-91 apabila bola hantaran ke kotak penalti gagal ditanduk kemas oleh Osas Saha. Begitu juga pada minit ke 93 apabila Syameel Kutty sekali lagi gagal menolak kemas bola ke dalam gawang semasa berlaku kekalutan dalam kotak penalti Felda United.  S Kumaahran sekali lagi gagal menyempurnakan tugas didalam kotak penalti apabila bola lambungan Martias Cordoba yang sepatutnya di tanduk, namun tidak dilakukanya tetapi sebaliknya cuba melakukan aksi akrobatik yang menyebabkan bola melambung tinggi melepasi palang gol.
Tamat perlawanan berkesudahan dengan Pulau Pinang 1-2 Felda United dan Pulau Pinang secara rasminya tersingkir dari saingan Piala Malaysia 2016.

Pulau Pinang menamatkan saingan  Liga Super pusingan pertama dengan 1 kemenangan, 3 seri dan 7 kalah serta mengumpul 6 mata . Menghuni di tangga tercorot Liga Super di tempat ke-12.
Admin ingin memohon maaf kepada rakan-rakan kerana tidak dapat membuat komen terhadap kesebelasan pemain Pulau Pinang demi menjaga nama baik mereka dan tidak mahu melunturkan semangat setiap dari mereka.

Apa yang ingin admin perkatakan Pulau Pinang melakukan rombakan untuk mencari Striker yang tajam dan mampu menjaringkan gol. Apa gunanya kita melakukan seratus kali serangan tapi gagal jaringkan gol berbanding pihak lawan hanya lancarkan 5 kali serangan mampu hasilkan gol.
Dalam perlawanan bolasepak apa yang dalam fikiran penyokong adalah IStilah Menang.


18 May 2016

Pulau Pinang Tekad Tewaskan Felda United

Harimau Kumbang Tekad Untuk Dapatkan Tiga Mata Menentang Felda United Dan Bukan Tagih Simpati Untuk Layak Ke Piala Malaysia


Skuad Harimau Kumbang yang akan menentang Felda United dalam aksi terakhir pusingan pertama Liga Super malam ini di Stadium Bandaraya optimis dalam mengutip tiga mata penuh untuk layak ke saingan Piala Malaysia dan bukannya sekadar menunggu belas ihsan pasukan lain.



                           


Tiada istilah layak ke Piala Malaysia melalui bantuan pasukan lain, itu tegas jurulatih Manzoor Azwira. Justeru itu, hanya tiga mata sahaja yang dicari oleh skuad Harimau Kumbang dalam aksi terakhir di Stadium Bandaraya pada malam ini.

Bagi Manzoor, dia mahu segala-galanya di bawah kawalan mereka sendiri dan tidak mahu bermain di Piala Malaysia atas faktor nasib.

“Saya sudah beritahu pemain, tiga mata wajib dicari berdepan Felda jika tidak mahu terlepas beraksi di Piala Malaysia. Pemain juga melahirkan hasrat mereka yang tidak mahu tercicir daripada bersaing di Piala Malaysia, memang satu kerugian besar kalau terlepas dari saingan berprestij ini.


                    


Malah, saya memberi peringatan jangan difikirkan keputusan perlawanan terutama yang membabitkan Sarawak dan Perak. Memang kami boleh layak walaupun tewas dengan Felda dan pada masa sama jika Sarawak juga kalah pada pasukan Perak. Namun saya tidak mahu kami melangkah ke saingan Piala Malaysia dalam keadaan sebegitu yang berdasarkan nasib semata-mata. Tambahan ini aksi terakhir di Bandaraya sebelum ditutup untuk dinaik taraf, jadi saya harap pemain dapat menghadiahkan sesuatu kepada peminat setia Pulau Pinang,” katanya.

Manzoor tetap yakin mereka mampu meraih mata biarpun tahu reputasi Felda selaku pasukan teratas Liga Super. Berdasarkan analisis pertemuan Perak dan Felda di Ipoh, Manzoor berasakan mereka mampu mengeksploitasi beberapa kelemahan lawan.

“Saya melihat ada ruang yang kami boleh gunakan apabila menentang Felda, jadi saya ada perancangan tersendiri. Jika Perak mampu meraih tiga mata, tidak mustahil kami juga mampu melakukannya. Selain itu, rekod Felda juga tampak kurang baik apabila bermain di tempat lawan, saya harap kami boleh dapatkan sesuatu malam esok,” katanya.

Admin amat berharap agar seluruh warga Pulau Pinang dapat memenuhi setiap ruangan tempat duduk di Stadium Bandaraya malam nanti. Gunakan kesempatan yang ada untuk kita memberi sokongan padu dalam perjuangan hidup dan mati kita ke Piala Malaysia.

Di samping penghormatan buat Stadium Keramat kita yang bakal ditutup untuk kerja-kerja menaik taraf kerana pusingan kedua nanti kita akan berkampung di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai.
Ayuhhhhhhh ayuhhhhhh lahhhh sahabat sahabat ku sekalian, buktikan kepada dunia kitalah penyokong paling setia dan sanggup berada bersama ketika susah dan senang maka buktikan buktikan buktikan....

                              


Lobo pastinya tidak akan mengecewakan peminat Harimau Kumbang...




Kesebelasan Utama yang dijangka bakal diturunkan.


17 May 2016

Pahang Bakal Tersingkir Aksi Piala Malaysia

Perlawanan Menentang JDT Di Larkin Tampak Sukar


Dalam kebanyakkan peminat memperkatakan pasukan-pasukan yang di lihat akan tersingkir dari aksi Piala Malaysia, ramai yang terlupa bahawa skuad tok gajah mungkin menjadi mangsa kerana pertemuan malam esok menentang Juara Piala Malaysia di Larkin di lihat amat sukar.

Peminat sukan bola sepak tanahair ketika ini hanya menunding jari kearah dua pasukan terbawah Liga Super iaitu Pulau Pinang dan Sarawak namun ramai yang tidak menjangka mungkin Pahang yang bakal tersingkir jika di ambil kira jadual perlawanan dan papan kedudukan mata terkini.

Skuad tok gajah walaupun menghuni ditangga kesepuluh Liga dengan sembilan mata namun mereka terpaksa berhadapan dengan Johor Darul Ta'zim yang cukup kental di halaman sendiri kerana buat masa ini JDT belum pernah kalah di Larkin
.
Kiraan menggunakan campur jaringan bolos mungkin tidak akan memihak kepada Pahang andainya mereka kalah malam ini dan Pulau Pinang serta Sarawak mencatatkan kemenangan.

Pulau Pinang yang beraksi di gelanggang sendiri hanya perlukan kemenangan untuk mendapatkan 3 mata berharga manakala Sarawak juga akan manfaatkan halaman sendiri  perlu menang tanpa bolos dengan jaringan yang besar.

Kesemua percaturan ini pastinya merancakkan lagi persaingan Liga Super saingan ke -11 malam esok.


BERMINAT BERNIAGA DI PASAR MALAM DAN UPTOWN SILA DAPATKAN EBOOK ANDA DISINI SEKARANG