})();

nuffnang

08 April 2016

Hoki Piala Sultan Azlan Shah

Nyaris Malaysia Menang dan Cipta Kejutan

Malaysia hampir melakar kemenangan pertama dengan New Zealand namun hanya bertahan mendahului 3-2 selama 7 minit apabila New Zealand bangkit menjaringkan gol penyamaan dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, kelmarin.

Walaupun seri keputusan itu tetap dianggap positif dan hebat kerana Malaysia berada di ranking ke-13 dunia hampir berjaya menundukkan ranking ke-8 dunia, New Zealand.

Malaysia berpuas hati dengan 1 mata berdepan New Zealand ujar pengendali skuad hoki kebangsaan Stephen Van Huizen.

"Saya langsung tidak ralat kita sekadar seri dengan mereka dan ini berbaloi sekali, jika menang itu merupakan bonos daripada langsung tidak mendapat sebarang mata"
"Saya amat memuji cara permainan kita dan langsung tidak kecewa malah berbangga dengan skuad kita", kata Van Huizen.

Perlawanan ini juga disaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizudin Shah dan turut diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambri Abdul Kadir.

Speedy Tigers memulakan perlawanan dengan aksi yang cukup hebat dan konsisten pada 10 minit pertama apabila berjaya mematahkan setiap serangan lawan.

Gol pendahulu Malaysia dijaringkan oleh menerusi jaringan padang oleh Firhan Ashari minit ke-15 selepas menerima hantaran daripada Meor Muhamad Azuan dalam kawasan D.

New Zealand tidak menunggu lama untuk mencari gol penyamaan menerusi Nick Wilson dengan gol padang pada minit ke-22 menjadikan 2-1 minit ke-34.

No comments:

Post a Comment