Sumbangan Kerajaan Negeri Perak RM100,000 Buat Khairul Idham Pawi
Keperihatinan kerajaan Negeri Perak terhadap jaguh lumba moto3 Malaysia Khairul Idham Pawi seharusnya amat dipuji, walaupun sebelum ini tiada mata yang memandang sukan permotoran ini kerana tiada siapa yang menjangka kehebatan "Wonder kid" ini yang telah melonjak nama negara ke persada antarabangsa dengan berkumandangnya lagu NegaraKu di podium perlumbaan di Argentina.
Biar lambat asalkan dapat daripada langsung tak dapat. Perkara ini harus dicontohi oleh Majlis Sukan Negara dan perbincangan harus dilakukan bagi memberi sumbangan dan peruntukkan yang buat sukan yang mampu menaikan nama negara, kurangkan bajet untuk FAM dan beri kepada sukan lumba motor adalah paling baik.
RM100,000 sumbangan itu adalah bagi perbelanjaan tiket pegawai yang mengiringi pelumba itu sewaktu berlumba diluar negara.
Info dari Bapa Khairul, Pawi Omar, 52, berkata, dua pegawai yang merupakan rakan baik anaknya akan bergilir mengiringi Khairul.
Pegawai yang akan mengiringi Khairul berusia 37 tahun yang sudah terlibat secara langsung sejak awal karier Khairul dan seorang lagi adalah rakan sepelatih berumur 22 tahun.
Mereka berdua sudah mahir akan keperluan Khairul malah akan terlibat secara langsung mengiringi pelumba itu sehingga ke paddock.
"Tugas mereka adalah penyediaan pakaian, kelengkapan perlumbaan serta mendapatkan makanan yang halal dan mereka berdua akan bergilir-gilir mengiringi Khairul. Sekurang-kurangnya anak saya ada ditemani diluar negara dan saya tidaklah risau sangat", ujar Pawi.
Menurut Pawi lagi, tugas pertama penggiliran akan dimulai sewaktu perlumbaan Grand Prix Sepanyol di Litar Jerez pada 24 April ini.
Kerajaan negeri menafikan yang peruntukan RM100,000 itu diberi setelah Khairul menang tetapi sebenarnya peruntukkan tersebut telah dibuat sebelum pelumba tersebut berangkat ke Argentina lagi namun masa itu yang diluluskan hanyalah RM60,000 . Kerajaan negeri menambah RM40,000 lagi sebagai insentif kemenangan pelumba itu di sirkit Argentina bulan minggu lepas.
Kerajaan negeri berharap ianya tidak menjadi isu selepas Khairul menang baru insentif diberikan tetapi sebenarnya mereka telah maklun keperluan Khairul dari dulu lagi.
No comments:
Post a Comment