Skuad Kelantan Didakwa Berpuak Tempatan dan Import
Perkara ini hanya mampu di jawab oleh pengendali skuad Pamoga Qu Puteh The Red Wariors (PQPTRW) sendiri kerana mereka yang berada kelompok pemain tersebut.
Semua ini tidak benar dan tiada dua puak, hanya pemain import "hilang nafsu " untuk bermain dengan pasukan Kelantan.
Itulah kesimpulan yang dibuat oleh sumber dalaman Persatuan Bolasepak kelantan (Kafa) berhubung wujudnya dua kumpulan dalam skuad pantai timur itu.
Sumber itu berkata, pemain-pemain import hilang motivasi selepas apa yang dijanjikan kepada mereka tidak ditepati. Namun dia tidak menjelaskan secara terperinci apa janji itu, tetapi ada menyatakan ia berbentuk wang selain gaji mereka.
Katanya, kegagalan Kafa menunaikan janji mebuatkan pemain import kurang bersemangat dan ini menjejaskan prestasi mereka dan menggugat skuad Kelantan dalam saingan Liga Super.
"Saya menafikan wujudnya 2 puak antara 'pemain tempatan' dan 'kulit putih' dalam skuad Kelantan. Ianya tidak benar sama sekali.
"Apa yang boleh saya katakan adalah pemain import tidak berpuas hati kepada Kafa yang gagal menunaikan janji," katanya kepada wartawan.
Dalam beberapa akhbar tempatan dan viral di media sosial mengatakan, sikap 'berpuak-puak' dalam kalangan pemain Kelantan dikatakan punca utama merudumnya mereka dan kurang konsisten dalam saingan Liga Super.
Seorang anggota skuad tersebut, yang enggan nama didedahkan, berkata terdapat dua kumpulan dan beliau merupakan pemain senior semakin hilang sabar dengan situasi tersebut.
Pemain itu turut mendakwa, sekarang ini wujud kumpulan 'pemain tempatan' dan 'pemain kulit putih' sehingga menimbulkan perasaaan tidak muhibbah dalam skuad Kelantan.
Kelantan yang mempunyai 4 pemain import musim ini terdiri dari Jonathan Mckain (Australia), Jonatan Lucca (Brazil), Blazhe IIijoski (Macedonia) dan Dramane Traore (Mali) dan seorang pemain naturalisasi dari Australia, Brendan Gan.
Sumber itu mengatakan yang dia sudah memberi kata-kata motivasi kepada pemain import dan suruh mereka bangkit kembali di samping berharap Kafa dapat memandang serius perkara ini dan mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah ini untuk kebaikan pasukan Kelantan.
Namun begitu, Naib Presiden Kafa, Datuk Rosmadi Ismail menafikan dakwaan wujudnya puak-puak antara pemain tempatan dan import dalam skuad Kelantan.
Katanya, dia tidak menerima sebarang lapuran dari K.Devan selaku ketua jurulatih berhubung dakwaan itu.
"Saya harap semua pemain tumpukan kepada tanggungjawab dan jangan fikirkan soal pengurusan kerana yang bertanggungjawab dalam hal itu.
"Soal pengurusan biar kami selesaikan dan pemain berikan tumpuan kepada permainan agar Kelantan berada dalam kelompok terbaik carta Liga Super," ujarnya.
No comments:
Post a Comment