})();

nuffnang

09 April 2016

Kelantan Ikat Johor Darul Ta'zim

JDT Awal Garang Kemudian Semput

JDT bermula cukup garang seawal minit pertama bila wisel di bunyikan. Harimau Selatan terus menggasak kubu Kelantan tanpa henti-henti namun kegarangan mereka diikat 2-2 oleh Kelantan yang bangkit dari ketinggalan 0-2 dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

Keputusan itu menyebabkan JDT jatuh ke tangga kedua Liga bila Felda United berjaya menewaskan Selangor 3-1 dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung semalam.

Kelantan pula berasa lega walaupun sekadar seri setelah tewas kepada Terengganu FC 11 pada perlawanan sebelum itu dan 1 mata sudah memadai bagi skuad PQPTRW.

Di saksikan lebih 13,000 orang penonton tuan rumah Pasukan Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) ketinggalan 0-2 pada babak pertama dan bangkit semula menyamakan kedudukan pada babak kedua dengan 2-2 melegakan pengendalinya K.Devan .

Walaupun pada aksi babak pertama Kelantan seakan keliru dengan hantaran-hantaran bola yang kurang tepat dan dikuasai sepenuhnya oleh JDT menyebabkan Apek terpaksa bekerja keras menyelamatkan gawang Kelantan dari terus di bolosi. Sedangkan Farizal Marlias boleh tersenyum sambil minum kopi kerana tiada langsung cubaan ke gawang gol JDT.

Kredit buat Indra Putra dan Zaharulnizam yang berjaya menjaringkan gol bagi menyamakan kedudukan.

No comments:

Post a Comment