})();

nuffnang

01 April 2016

Messi Jaring Gol Ke-50

Lionel Messi Bantu Benamkan Bolivia

Pemain sensasi dunia Lionel Messi kini hampir menyamai pencapaian rekod jaringan yang dilakukan oleh lagenda Gabriel Batitusta iaitu 56 gol pada 1991 dan 2002.

Messi berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-29 bagi membantu Argentina menang 2-0 keatas Bolivia pada  kelayakan Piala Dunia Zon Amerika Selatan yang berlangsung di Stadium Mario Kempes di Cordoba.

Kemenangan itu sekaligus melonjakan Argentina ke tangga ke-3 secara keseluruhan apabila gol pertama berjaya dijaringkan oleh Gabriel Mercado pada minit ke-21.

Gol jaringan Messi itu membantunya menjadi pemain kedua dari Argentina yang berjaya meraih 50 gol . Messi hanya memerlukan 1 gol untuk mencapai 500 gol bersama Kelab diwakili Barcelona . Mereka akan bertemu bertemu Kelab terhebat Sepanyol Real Madrid dalam aksi Clasico.

"Adalah menjadi impian kami dan rakyat Argentina untuk mengalahkan Bolivia dan Chile"
"Walaupun kami hadir dari kedudukan bawah carta liga hingga kini berada  pada kedudukan yang lebih, namun perjalanan
masih jauh", kata Messi.

Rakan seperjuangan Messi dari Barcelona Dani Alves muncul sebagai wira Brazil ketika seri 2-2 dengan Paraguay di Asunction.

Pada awalnya Paraguay dilihat mampu mengatasi Brazil dengan jaringan gol awal 2-0 menerusi Dario Lezcano dan Edgar Benite. Namun akibat kealpaan dan benteng pertahanan yang goyah mereka menerima padah hanya beberapa minit sebelum tamat permainan.

Brazil berjaya mendapat gol pertama hasil sepakan kencang oleh Hulk yang melantun keluar dan disepak kencang oleh Ricardo Oliveira mencecah gawang gol pada minit ke-79 yang menghidupkan peluang Brazil kembali.

Dalam keadaan kesuntukan masa Brazil melipat gandakan serangan dan pada masa kecederaan , pemain sayap Chealsea William mengumpan kepada Alves sebelum beliau meluru ke kotak penalti dan melencong sepakannya kekanan pintu gol dan menewaskan Justo Villar penjaga gawang Paraguay.

Carta terkini selepas 6 perlawanan Uruguay berada ditahta dengan 13 mata di ikuti Ecuador juga dengan 13 mata , manakala Brazil dengan 9 mata ditangga ke-6.

Untuk maklumat hanya 4 pasukan akan terpilih ke Piala Dunia 2018 dan pasukan ditangga ke-5 akan Playoff Benua.

No comments:

Post a Comment