})();

nuffnang

15 April 2016

Speedy Tiger Mahu Menang

Razie Tidak Fokus Jadi Penjaring Terbanyak Tetapi Mahukan Kemenangan



Kapten skuad hoki kebangsaan negara Razie Rahim tidak memikirkan peluang menjaringkan gol terbanyak tetapi inginkan kemenangan menjelang saingan terakhir bertemu dengan India pada Piala Sultan Azlan Shah hari ini.

Razie sudah menjaringkan lima gol dalam lima pertemuan menerusi pukulan sudut penalti termasuk gol tunggal ketika menewaskan Pakistan, kelmarin.

Berusia 28 tahun dan beliau berpeluang menjaringkan gol tambahan pada pertemuan dengan India hari ini dan perlawanan klasifikasi esok.

Razie berjaya mengatasi barisan pemain dunia lain termasuk bintang veteran Australia Jamie Dwyer yang berada senarai kedua penjaring terbanyak 4 gol.

Beliau turut mengulas perlawanan dengan India hari ini, skuad negara harus mengelakan daripada kerap memberikan pukulan sudut penalti yang kebiasaanya akan menghasilkan gol kerana India memang terkenal dengan kepakaran itu.

"Tidak dinafikan India pasukan yang lebih kuat dari Malaysia ketika ini, namun kita akan lakukan yang terbaik untuk mendapatkan tiga mata penuh sekaligus mengesahkan beraksi pada kedudukkan 3/4 ". Kata Razie.



No comments:

Post a Comment