})();

nuffnang

30 April 2016

JDT Benam Kedah Di Larkin Piala FA 2016

Separuh Akhir kedua Piala FA Superpower Best JDT Ranapkan Impian Kedah
" JDT BUKTIKAN MEREKA KEBAL DI LARKIN"


Membawa bekalan agak selesa ke Larkin 2-1 pada pusingan pertama yang berlangsung di Darul Aman awal bulan lalu memberi sedikit keyakinan buat Helang Merah untuk meneruskan cabaran pada pusingan kedua di Larkin dengan agak yakin walaupun sedikit tipis.

Namun begitu cabaran Kedah berakhir dengan kekalahan saat akhir permainan apabila Diaz berjaya menjaringkan gol kemenangan Harimau Selatan dengan 3-1.

Bermula babak pertama perlawanan JDT terus garang mengatur serangan bertali arus ke kubu Kedah dengan penuh keyakinan bermain di gelanggang sendiri. Sejarah mencatatkan yang JDT belum pernah tewas di stadium keramat mereka Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin.

JDT berjaya mendahului Kedah pada minit ke-26 hasil jaringan pemain import Pareyra Diaz.
Ketajaman bahagian tengah skuad Harimau Selatan membuatkan Lang Merah seolah-olah hilang tumpuan dan segala yang di rancang serba tidak menjadi. Jentera serangan mereka sering melakukan kesilapan. Keputusan kekal sehingga tamat babak pertama dengan JDT mendahului 1-0.


Babak kedua bermula, Kedah memperlihatkan penguasaan apabila bijak mengasak kekubu pasukan lawan namun penyudah yang tumpul mengecewakan mereka.

Walau bagaimanapun, gandingan padu antara dua penyerang JDT, Martin Lucero dan Pareyra Diaz berjaya menghasilkan gol kedua tuan rumah pada minit ke 53.

Tersentak dengan jaringan JDT, Asakan padu terus dilakukan Kedah apabila hantaran jauh Badrul Baktiar tepat ke kaki  Fakri Saarani dan berlaku sedikit kekalutan dalam kotak penalti namun kebijakaan Fakri berjaya merembat kencang menggegarkan Gol JDT pada minit ke-61.
Buat seketika Kedah berjaya mengikat JDT dengan agregat 3-3 .

Perlawanan dilihat seakan berkesudahan dengan masa tambahan namun kegembiraan Lang Merah hanya seketika apabila kekalutan dihadapan pintu gol Kedah berjaya dimanafaatkan oleh Diaz dengan sepakan kencang apabila bola tampanan  penjaga gol Kedah melantun keluar di luar kotak penalti pada minit ke-88 dengan 3-1. 

JDT akan bertemu PKNS di aksi final Piala FA nanti.