})();

nuffnang

01 April 2016

Di Gantung 7 Bulan

Zulhamizan Coach Kuantan FA diGantung 7 Bulan

Gara-gara tunjuk ucap kata-kata kesat dan tunjuk isyarat lucah padah buat pengendali Kuantan FA Zulhamizan Zakariah apabila dikenakan hukuman penggantungan selama 7 bulan oleh Jawatan Kuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkuatkuasa semalam.

Beliau turut didenda RM3000 dan diberi amaran keras atau hukuman lebih berat menanti jika mengulangi kesalahan yang sama.

Zulhamizan didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai perlawanan sewaktu perlawanan menentang Perak di Stadium Perak, Ipoh pada 5 Mac lalu dan menunjukan isyarat lucah terhadap pengadil ketika aksi antara Kuantan FA dan UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam, 26 Februari lalu.

Jawatan Kuasa Tatatertib FAM telah membuat banyak lagi keputusan terhadap pelbagai pihak termasuk jurulatih dan pemain semasa bermesyuarat. Anda boleh dapatkan maklumat tersebut pada blog ini di posting sebelum ini..

No comments:

Post a Comment