})();

nuffnang

08 April 2016

Mimpi Kelantan Benam JDT

Kelantan Hasrat Menjadi Pasukan Pertama Kalahkan JDT

Kalau nak dikatakan mimpi atau igauan boleh juga bila pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) menyatakan hasrat menjadi pasukan pertama dalam Liga Super membenam All Star Team yakni Johor Darul Ta'zim (JDT).

Prestasi tidak menentu Kelantan membuatkan seluruh peminat mendesak agar K.Devan disingkirkan sebagai jurulatih.

Hanya dapat mencipta keputusan "menggemparkan dan havoq", akan dapat untuk sekurang-kurangnya meredakan tekanan ke atas Devan, dan itulah yang menjadi matlamat beliau mengalahkan JDT dalam pertemuan malam nanti.

Menjadi impian K.Devan untuk menewaskan Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV apabila JDT berkunjung malam nanti dan beliau memberi kepercayaan sepenuhnya buat pemain-pemainnya.

Katanya, kalau diatas kertas memang JDT lebih bagus tetapi misi ini tidak mustahil untuk disempurnakan kerana mereka memiliki kelebihan bermain di tempat sendiri.

"Saya mahu memastikan Kelantan menjadi pasukan pertama mengalahkan JDT musim 2016. Saya yakin dan berharap kesebelasan pemain akan memberi komitmen penuh dan bermain bermati-matian malam nanti dengan semangat juang yang .
"Kami mahu 3 mata dan tidak akan membiarkan JDT berada selesa di gelanggang kami", kata K.Devan.

Khairul Fahmi atau terkenal dengan jolokan apek pula menyatakan , beliau mahu semua rakan-rakan sepasukannya supaya bermain bermati-matian dan menunjukkan semangat pahlawan Kelantan yang beliau sifatkan perlawanan wajib menang malam nanti.

"Perlawanan ini cukup penting kepada kami. Kelantan mesti menang di tempat sendiri. Kami perlu pulih dari kejatuhan dan kemenangan malam nanti pastinya ubat paling mujarab", kata Apek.

No comments:

Post a Comment