})();

nuffnang

12 April 2016

Ranking Bolasepak Malaysia Merudum

Malaysia Semakin Menjunam Jauh Ke Dalam Gaung Dalam Ranking FIFA

Sekadar renungan dan buat tatapan rakyat Malaysia...sampai bila kita akan begini. Semakin hari semakin suram. Kancah bolasepak Malaysia seolah-olah tidak mampu lagi dipulihkan.

Mampukah Malaysia julang Piala Dunia, sedangkan kelayakan Piala Asia pun nyawa-nyawa ikan. Dalam soal ini siapa harus dipersalahkan. FAM, jurulatih atau pemain-pemain.

Permainan Malaysia memang cukup tidak konsisten, kadang-kadang hebat macam kita menang dengan Thailand tahun lepas dapat jaring sampai 4 gol tapi adakala jadi belasan macam lawan denga UAE.

Tika taki yang di katakan peminat seluruh negara ada kebenaranya. Pembangunan sukan yang sedang giat dilaksanakan kata YB KJ mampukah direalisasikan atau sekadar menghabiskan bajet dan FAM bersenang lenang.

Desakan agar Presiden dan kuncu-kuncunya di rombak macam mencurah air di daun keladi langsung tidak diendahkan malah mengkritik semula orang yang kritik mereka.

Kalau di negara maju apabila pengendali gagal dalam sesuatu misi dengan cepat mereka akan meletakan jawatan begitu juga dengan pemimpin badan-badan induk bolasepak mereka, tetapi di Malaysia kalau boleh bertongkat pun nak pegang jawatan yang memberi pulangan cukup lumayan .

Dah berbuih mulut kena kritik tapi dok macam tu jugak....

Terbaru ranking bolasepak Malaysia menurut FIFA jatuh ke 174 dunia manakala negara jiran Singapura dalam kedudukan ranking ke 148.
Tak malu ke FAM.