})();

nuffnang

10 April 2016

Kenyataan Rasmi FAP Kes Insiden Di Darul Aman

Kenyataan Rasmi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang Insiden Baling Batu Semasa Aksi Liga Super Kedah vs Pulau Pinang

KENYATAAN RASMI INSIDEN DI ALOR SETAR:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera:

Pihak Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyokong Pulau Pinang yang bertandang ke Stadium Darul Aman bagi memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada ketika prestasi pasukan berada didalam keadaan yang tidak menentu.

Walaubagaimanapun,alhamdulillah pasukan kita berjaya mempamerkan aksi yang bertenaga demi Presiden FA Penang dan para penyokong sehingga berjaya membawa pulang satu mata berharga.

Pihak FA Penang juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) serta pegawai pegawai yang bertugas kerana memberikan layanan baik kepada pasukan Pulau Pinang semalam.

Dalam pada itu, pihak FA Penang mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan segelintir penyokong yang membaling batu kearah bas yang membawa pegawai dan pemain pasukan, sehingga mengalami kerosakan yang teruk. Laporan polis telah dibuat di IPD Kota Setar serta beberapa bukti yang diperolehi daripada saksi-saksi di tempat kejadian dalam insiden terkutuk malam tadi.FA Penang menyerahkan kepada pihak PDRM untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.

Untuk makluman semua, wakil FMLLP juga ada menghubungi FA Penang untuk mendapatkan gambaran awal kejadian, dan mereka menantikan aduan rasmi daripada pihak FA Penang yang akan dilakukan seberapa segera.

Pihak FA Penang juga mengharapkan penyokong-penyokong Pulau Pinang agar bertenang dan tidak melakukan sebarang provokasi di media media sosial yang memungkinkan isu ini akan berpanjangan dan tiada kesudahan.Elakkanlah permusuhan negatif demi maruah bolasepak kita.Berilah ruang kepada mana-mana penyokong pasukan pelawat yang akan bertandang ke Pulau Pinang untuk dapat menyaksikan perlawanan dengan keadaan dan suasana yang selesa sepertimana yang kita juga inginkan ketika kita bermain di luar.

Hormatilah juga lagu rasmi pasukan pelawat andaikata dikumandangkan secara rasmi ataupun dinyanyikan olah pasukan sorak mereka.Akhir kata, ayuh kita bersatu demi memperjuangkan martabat bolasepak negeri Pulau Pinang dan jadilah penyokong yang bijak, berhemah dan berdisiplin.
Dengan sedikit kesedaran dan iman, hayatilah:

BOLASEPAK SUKAN PERPADUAN
TIADA RUANG UNTUK KEGANASAN
MOHD AZIZUDIN MOHD SHARIFF
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang
Pengurus Pasukan Liga Super 2016
10 April 2016

No comments:

Post a Comment