})();

nuffnang

07 April 2016

Liga Juara-Juara - Dua Aksi Kelab Kaya Raya

PSG Dan Manchester City Rentap Ke Slot Separuh Akhir Liga Juara-Juara Pagi Nanti

Kejuaraan semakin dirasai apabila dua kelab gergasi dunia yang kaya raya Paris St Germain dan Manchester City akan berentap pagi nanti merebut slot ke separuh akhir bagi untuk saingan suku akhir pertama  dan di siarkan oleh Astro 834 jam 3.30 pagi.

PSG, yang telah memastikan kejuaraan Ligue 1 milik mereka bulan lepas , pastinya akan berusaha untuk mara ke separuh akhir buat kali pertama apabila Qatar Sport Investment mula melabur berjuta dollar dengan kelab itu sejak 2011.

Manakala Manchester City pula yang dilabur jutawan Sheikh Mansour dari Abu Dhabi sejak lapan tahun lalu, tampil buat julung kalinya pada aksi suku akhir pertandingan utama Kelab Eropah.

Bila ditanya pasukan mana bakal melayakan ke slot separuh akhir kepada pemain bintang Perancis Samir Nasri, beliau menjawab " PSG adalah pasukan pilihan saya dan City merupakan Underdog".

Chelsea yang disingkirkan oleh PSG dengan Agregat 4-2 membuatkan mereka tambah yakin apatah lagi semasa perlawanan memanaskan badan, PSG membenam Nice 4-1 dan Ibrahimovic menjadi wira meledak gol hatrik bagi mengumpul 30 gol dalam Ligue 1 musim ini.

City juga tidak kurang hebatnya dengan kemenangan besar membenam  Bournemouth 4-1 namun mereka di belenggu kecederaan oleh ramai pemain.

Kerisauan timbul buat pengendali Pellegrini apabila kecederaan yang dialami oleh kapten Vincent Kompany , penjaga gol Joe Hart dan Yaya Toure yang mungkin bakal tidak di turunkan.

Namun sedikit berita gembira buat City bila Nasry dan pemain tengah Belgium Kevin De Bruyne kembali cergas.

Pemain tengah PSG Marco Verratti tidak akan diturunkan akibat kecederaan pangkal peha walaupun tanpanya mereka tetap cemerlang mengalahkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge pada aksi kedua bulan lepas. Namun Angel Di Maria bakal kembali beraksi selepas direhatkan akibat kecederaan lutut yang kurang membaimbangkan.

No comments:

Post a Comment