The Panthers Kantoi DiLaman Sendiri Hadapan Ribuan Penyokong Setia
Sebelum perlawanan Liga Super bermula pada 5 April semasa cuti rehat panjang selama 2 minggu skuad kendalian Jekson Tiago telah di bawa ke Perak kawasan peranginan untuk kem motivasi bagi meningkat semula tahap keyakinan pemain-pemain Pulau Pinang menghadapi siangan semula.
Rata-rata peminat Pulau Pinang amat yakin Pulau Pinang mampu menewaskan Sarawak dengan mudah namun yang berlaku sebaliknya skuad Bujang Senang mengalahkan Pulau Pinang dengan 1-2 di Stadium Bandaraya yang dianggap 'Keramat' oleh ribuan penyokongnya.
Kini terbukti Bandaraya bukan lagi stadium keramat tetapi membawa bencana dalam Liga Super dan sebelum itu kalah kepada Kuantan FA dalam saingan Piala FA 1-4 dengan mudahnya...adakah itu boleh dianggap keramat "Roar".
Prestasi skuad Pulau Pinang semakin hari semakin merudum dan pemain Pulau Pinang terlalu mudah putus semangat walaupun bermain ditempat sendiri dengan sokongan padu penyokongnya.
Perlawanan malam tadi antara Pulau Pinang dan Sarawak pada awalnya pasukan tuan rumah nampak cukup garang dan boleh di katakan babak aksi pertama sehingga minit ke-45 dikuasai sepenuhnya oleh mereka. Dan Pulau Pinang berjaya menjaringkan gol pada minit ke-30 menerusi pemain import Martias Cordoba kemudian disusuli jaringan kedua oleh beliau juga tapi tidak di kira kerana ofside.
Bermula babak kedua perlawanan, Datuk K.Rajagopal telah memberi suntikan tonik kepada anak-anak buahnya dan serangan bertubi-tubi Sarawak ke pintu gol tuan rumah dinafikan Anuar Kamsani penjaga gawang Pulau Pinang.
Masuk minit ke-70 Pulau Pinang dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain muda S.Kumaahran dijatuhkan dalam petak penalti namun gagal disempurnakan Martias Cordoba apabila tendangan fancy yang diambilnya sekadar keluar di sebelah tiang gol kiri Sarawak.
Ketiadaan pemain pertahanan sensasi Pulau Pinang Reinaldo Lobo telah membawa padah apabila Sarawak berjaya mendapat gol penyamaan hasil keadaaan kelam kabut dikawasan gol Pulau Pinang selepas dikuis masuk oleh pemain import Sarawak Gilmar Jose da Silva.
Babak kedua dilihat pasukan Pulau Pinang makin goyah dan menjadi kelam kabut dan tidak sefahaman. Sekarang baru saya yakin cakap Ong Kim Swee jurulatih skuad kebangsaan yang Faiz Subri sememangnya tidak layak menyarung jersi kebangsaan. Corak permainanya memang cukup teruk pada pendapat saya kerana setiap hantaran bola yg diterima pasti akan terus dirembat ke gawang gol lawan walaupun pada posisi sukar, sedangkan bola tersebut boleh dihantar kepada pemain lain yang sudah berada dalam kotak penalti.
Hampir 5 biji bola yang diterimanya dari pengiraan saya terus beliau membuat percubaan solo tanpa perihatin terhadap kawan-kawan yang lain.
Selain itu jentera serangan Pulau Pinang yang tidak mampu menjaringkan gol akibat ketandusan idea seperti pemain import Osha Saha yang hanya menghabiskan duit FAP tanpa dapat membantu menghasilkan gol. Mamu Jaksen kena buat keputusan samada mengekalkan Osha atau menamatkan kontraknya dan mencari pemain import dari Korea.
Seluruh peminat The Panthers mahukan Osha di singkirkan dari skuad Pulau Pinang dan tadi akibat protes kekalahan Pulau Pinang 1 - 2 kepada Sarawak maka ada yang membakar suar.
Seakan sudah nampak yang skuad Pulau Pinang makin lemah, skuad Bujang Senang menggandakan asakan ke pintu gol Pulau Pinang dan berjaya mendapatkan gol kemenangan pada masa tambahan separuh masa kedua di minit ke-91. Inilah yang membuat penyokong Pulau Pinang sakit hati.
Anda boleh bayangkan yang Pulau Pinang belum bertemu lagi dengan pasukan cekang-cekang macam JDT, Selangor, Kedah, Tteam, Felda United...mana nak letak karong guni woiii..tak kan nak pi balik Liga Perdana. Itu antara keluhan penyokong Pulau Pinang di fb dan whatups serta laman sosial yang, banyak lagi ungkapan yang pedas-pedas dan tak manis kalau saya tulis disini.
Kini Pulau Pinang telah menjunam ke anak tangga ke-9 carta Liga Super dan kemenangan malam tadi menyaksikan Sarawak di tangga ke-10 dan berkongsi 5 mata dengan Pulau Pinang hanya beza pada kelebihan jaringan plus bolos.
Nota: Semua karangan ini adalah cetusan hati saya sendiri.
No comments:
Post a Comment