Menteri Belia Dan Sukan Pertahan Isu Hadiah JCM
Isu hadiah yang terlalu sedikit atau ciput seperti yang menjadi viral di laman-laman sosial sejak sabtu lepas menjadi hangat di Malaysia apabila ramai yang tidak berpuas hati soal pemberian hadiah wang tunai yang dianggap tidak berbaloi.
Namun Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil mempertahankan hadiah kemenangan yang ciput itu membabitkan kategori kanak-kanak pada kejohanan Junior Cycling Team (JCM) anjuran Majlis Sukan Negara (MSN).
KJ berkata, walaupun nilai hadiah kecil tetapi ianya dilakukan ada perkara lebih penting untuk dipupuk kepada generasi itu.
"Yang utama adalah minat dan pengalaman menyertai dan kemahuan mencapai kemenangan untuk menang , bukan kerana ganjaran wang besar.
"Kami mahu memberi mereka membesar dengan sikap dan nilai yang betul. Wang memang penting dan jika cemerlang dalam sukan mereka akan dibiayai secara kewangan, tapi jangan merosakkan mereka ketika kecil lagi.
"Biarkan mereka menang dengan cara yang hebat bukan dengan mengejar wang tetapi tekad dan penghormatan", kata Khairy.
Semua maklumat berkaitan hadiah terlebih dahulu sudah dimaklumkan kepada peserta sebelum pendaftaran dan dipaparkan di laman web JCM.
No comments:
Post a Comment