Penaja Skuad Kelantan Sudah Tak Boleh Tahan Lagi
Kelantan yang mengikat Pahang 3-3 dalam perlawanan Liga Super semalam akhirnya tewas pada minit-minit akhir menyebabkan penaja utama Datuk Seri Hasmiza Othman dari Vida Beauty Sdn Bhd merasa agak kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan.
Datuk Vida amat kecewa apabila pasukan yang ditaja sebanyak RM16 juta untuk dua musim itu gagal menyerlah seperti diharapkan apabila sebaliknya terus mempamer prestasi yo-yo.
Skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) kini berada di tangga ketujuh Liga Super.
Katanya, beliau sukar mentafsir apa yang menghantui pasukan itu kerana pihaknya sudah melakukan yang terdaya termasuk membantu pengurusan menyelesaikan pembayaran gaji.
"Jika nak dikatakan masalah gaji, tidak mungkin kerana kita sudah berusaha membayarnya mengikut jadual yang dijanjikan.
"Sebelum ini saya banyak bersabar menadah telinga mendengar masalah mereka, tapi berbaki 3 perlawanan lagi saya ingin lihat perubahan mereka.
"Mutu pasukan dan kualiti perlu mereka tingkatkan jika tidak saya akan ikut cara saya dan mereka kena akur.
"Buat masa ini saya mahukan pihak pengurusan KAFA melakukan bedah siasat terhadap prestasi merudum mereka dan menilai laporan penuh ketua jurulatih," kata Datuk Vida.
Pada perlawanan di Stadium Darul Makmur malam kelmarin, Kelantan tewas 3-4 minit akhir.
Dr Vida berkata, beliau tidak berhak memberi komen terhadap ketua jurulatih K.Devan dan perkara itu beliau serahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).
"Tapi apa pun yang berlaku selepas ini, saya sudah bersedia dengan pilihan saya siapa bakal memegang kerusi ketua jurulatih dan import baru,"kata Dr Vida dengan tegas.
No comments:
Post a Comment