})();

nuffnang

13 April 2016

Rahsia Kejayaan Leicester City

Jamie Vardy Dedahkan Rahsia Foxes

Apakah ramuan resipi yang digunakan Leicester City dari Kelab bawahan naik mendadak ke persada Liga Perdana Inggeris.

Sebuah kelab yang langsung tidak dipandang apabila mereka layak ke divisyen 1 Inggeris itu dan apatah lagi menjangka yang mereka bakal memberi saingan yang maha dasyat itu buat kelab-kelab ternama seperti Manchester United, Arsenal dan Chealsea.

Jamie Vardy striker yang menggugat setiap kali aksi perlawanan mendedahkan yang dia akan menjadi penjaga gol sementara dalam sesi latihan . Keakraban menjadi kunci kepada kejayaan mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Mereka hanya memerlukan 9 mata dalam 5 perlawanan atau tiga kemenangan sebelum dinobatkan Juara Liga Perdana Inggeris untuk menafikan segala ramalan pramusim yang mengatakan Leicester sekadar pelengkap Liga Perdana sahaja.

Vardy adalah tonggak utama kepada mereka dengan 2 gol menumpaskan Sunderland ahad lalu membantunya mengumpul 21 gol setakat ini.

Dia juga hampir pasti menyarung jersi England dalam skuad kendalian Roy Hodgson bagi Euro 2016. Vardy berkata kegairahan Ranieri merehatkan penjaga gol menyebabkan dia tiada peluang untuk latihan menajamkan penyudahnya.

Kebangkitan yang ditunjukkan Leicester amat menakjubkan, mereka mengelakan diri dari tersingkir ke liga bawahan dengan memenangi 7 dari 9 perlawanan.

Kata Vardy lagi " kami tetap seperti dulu semasa masih di liga bawahan dan semasa tiada sesiapa mahu beraksi permainan persahabatan dengan kami, kami tetap jalan menunduk dan keakraban kami tetap sama yang sama-sama kami kenali dari dulu".

No comments:

Post a Comment