Kena Cabar Mungkin Berjaya Raih 3 Mata
Skuad Tok Gajah yang kian layu dan longlai kebelakangan ini dan gagal memberi impak dalam lima saingan Liga Super lalu inginkan kebangkitan dengan azam menewaskan PDRM malam nanti di Stadium Darul Makmur.
Tetapi tidaklah semudah yang disangka untuk menundukan The Cops yang dikecewakan oleh JDT dalam saingan Piala FA kerana pastinya PDRM akan mencari mangsanya dan Pahang dilihat bakal mangsa yang paling baik dan ingin mengukuhkan kedudukan terbaik dalam Liga.
Tugas berat yang dipikul Razip Ismail selaku ketua jurulatih selepas mengambil alih tugas dilihat cukup membebankan untuk memulihkan kembali imej bekas juara Liga Super beberapa kali itu.
Apa pun tohmahan bagi Razip beliau tiada pilihan selain terpaksa mengharungi detik susah ini dan tekad malam nanti hanya satu iaitu menewaskan PDRM dilaman sendiri mencipta kemenangan pertama baginya dan Tok Gajah.
"Saya amat berharap yang pemain dapat bekerjasama dan serta mempunyai persefahaman yang baik bagi menggalas cabaran ini.
"Saya yakin dan percaya jika kami menang pastinya keyakinan dan semangat pemain akan melonjak naik bagi memberi saingan dalam aksi-aksi lain Liga Super nanti", kata Razip.
Setakat lima perlawanana Skuad Pahang sekadar mengutip 1 mata dan amat memalukan sehingga Ahmad Shaharuddin Rosdi meletakan jawatan sebagai ketua jurulatih Pahang.
No comments:
Post a Comment