})();

nuffnang

07 April 2016

Bintang Kaya Barcelona Elak Bayar Cukai

Keluarga Lionel Messi Nafi Tak Bayar Cukai

Akibat tidak membayar cukai, bintang bolasepak dari Kelab Barcelona Lionel Messi disenaraikan antara personaliti yang terbabit dengan urusan kewangan Rahsia luar pesisir dalam Skandal Panama Papers.

Namun keluarga Messi menafikan dengan sekeras-kerasnya yang Messi tidak membayar cukai, mereka ingin menjelaskan Messi tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang dikaitkan dengannya dan tuduhan mencipta plot mengelak membayar cukai serta penggubahan wang haram hanyalah fitnah semata-mata.

Pembongkaran Skandal itu didedahkan sekumpulan wartawan semalam berhubung siasatan 11.5 juta dokumen yang bocor dari firma guaman yang berpangkalan di Panama yang mendedahkan penglibatan orang ternama dalam urusan kewangan rahsia luar pesisir .

Messi dan bapanya yang mempunyai sebuah syarikat di Panama yang sebelum ini tidak didedahkan  ketika siasatan pihak berkuasa Sepanyol berhubung harta mereka.

Syarikat Panama itu sebenarnya tidak aktif dan sekadar diwujudkan oleh rakan bekas penasihat keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment