})();

nuffnang

01 April 2016

Suku Akhir Kedua Piala FA 1 April 2016

Sime Darby Tak Mahu Kalah

Tiga perlawanan suku akhir kedua Piala FA Superpower Best akan berlangsung malam ini manakala 1 perlawanan akan berlangsung esok membabitkan pasukan berikut:

Malam Ini: 1 April 2016

Kedah (2) - (1) Sabah
Stadium Darul Aman

PKNS FC (4) - (0) Sime Darby FC
Stadium Hang Jebat

K.Lumpur (0) - (1) Perak
Stadium MP Selayang
Siaran Langsung oleh TV2

Esok Sabtu 2 April 2016:

JDT (1) - (0) PDRM
Stadium Larkin

Nota: (Keputusan suku akhir pertama dalam kurungan).
Semua perlawanan akan berlangsung jam 9 malam.

Sime Darby yang kecundang 0-4 dalam perlawanan suku akhir pertama  dengan PKNS FC bulan lepas enggan menyerah kalah dan tidak sekali-kali bermain sekadar memenuhi slot, mereka akan bermain bermati-matian walaupun nampak seakan mustahil tapi bolasepak segalanya mungkin terjadi.

Meski pun laluan ke separuh akhir dilihat sukar dan bagaikan sudah terkubur pada aksi dilaman sendiri selepas tumpas 0-4 mereka enggan mengibarkan "bendera putih" kerana masih ada 90 minit lagi untuk bertarung dengan senjata baru yang bakal dikeluarkan anak-anak buah Abdul Ghani Malik pengendali Sime Darby.

Kami memerlukan keajaiban untuk meneruskan saingan ini dan kami akan berjuang habis-habisan serta tidak memberi laluan mudah kepada PKNS.

The Giant Killers tumbang dilaman sendiri 4-0 di tangan Semut Merah menerusi jaringan Matias Nicholas, Juan Manuel Cobelli dan Mohd Nazrin Syamsulbahri pada aksi suku akhir pertama bulan lepas.

"Pengalaman kalah dengan teruk dilaman sendiri banyak mengajar kami erti pedihnya dan sakitnya namun kami akan mengambil ikhtibar dan mempelajari dari apa yang telah berlaku", kata Ghani Malik.

No comments:

Post a Comment