})();

nuffnang

30 April 2016

JDT Benam Kedah Di Larkin Piala FA 2016

Separuh Akhir kedua Piala FA Superpower Best JDT Ranapkan Impian Kedah
" JDT BUKTIKAN MEREKA KEBAL DI LARKIN"


Membawa bekalan agak selesa ke Larkin 2-1 pada pusingan pertama yang berlangsung di Darul Aman awal bulan lalu memberi sedikit keyakinan buat Helang Merah untuk meneruskan cabaran pada pusingan kedua di Larkin dengan agak yakin walaupun sedikit tipis.

Namun begitu cabaran Kedah berakhir dengan kekalahan saat akhir permainan apabila Diaz berjaya menjaringkan gol kemenangan Harimau Selatan dengan 3-1.

Bermula babak pertama perlawanan JDT terus garang mengatur serangan bertali arus ke kubu Kedah dengan penuh keyakinan bermain di gelanggang sendiri. Sejarah mencatatkan yang JDT belum pernah tewas di stadium keramat mereka Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin.

JDT berjaya mendahului Kedah pada minit ke-26 hasil jaringan pemain import Pareyra Diaz.
Ketajaman bahagian tengah skuad Harimau Selatan membuatkan Lang Merah seolah-olah hilang tumpuan dan segala yang di rancang serba tidak menjadi. Jentera serangan mereka sering melakukan kesilapan. Keputusan kekal sehingga tamat babak pertama dengan JDT mendahului 1-0.


Babak kedua bermula, Kedah memperlihatkan penguasaan apabila bijak mengasak kekubu pasukan lawan namun penyudah yang tumpul mengecewakan mereka.

Walau bagaimanapun, gandingan padu antara dua penyerang JDT, Martin Lucero dan Pareyra Diaz berjaya menghasilkan gol kedua tuan rumah pada minit ke 53.

Tersentak dengan jaringan JDT, Asakan padu terus dilakukan Kedah apabila hantaran jauh Badrul Baktiar tepat ke kaki  Fakri Saarani dan berlaku sedikit kekalutan dalam kotak penalti namun kebijakaan Fakri berjaya merembat kencang menggegarkan Gol JDT pada minit ke-61.
Buat seketika Kedah berjaya mengikat JDT dengan agregat 3-3 .

Perlawanan dilihat seakan berkesudahan dengan masa tambahan namun kegembiraan Lang Merah hanya seketika apabila kekalutan dihadapan pintu gol Kedah berjaya dimanafaatkan oleh Diaz dengan sepakan kencang apabila bola tampanan  penjaga gol Kedah melantun keluar di luar kotak penalti pada minit ke-88 dengan 3-1. 

JDT akan bertemu PKNS di aksi final Piala FA nanti.



29 April 2016

Datuk Nicol Ann David Kecundang

Nour El Sherbini Ranapkan Impian Nicol Pertahankan Gelaran


Impian jaguh veteran Malaysia kebelakangan ini sering terhenti dikalahkan pesaing yang lebih muda dan bertenaga. Faktor usia mungkin menjadi salah satu punca kekalahan.

Terbaru impian ratu skuasy negara untuk muncul juara dan mempertahankan gelaran terhenti setakat suku akhir apabila dikalahkan pemain muda dari Mesir Nour El Sherbini.

Datuk Nicol Ann David yang berasal dari Pulau Pinang tewas dengan 12-14,11-14,11-3, 11-3 dalam pertarungan yang berlangsung selama 33 minit.

Nicol gagal mengatasi kelincahan pemain muda yang lebih bertenaga itu apabila ini merupakan kekalahan kelima bertemu Nour di Arena Bukit Jalil.

Namun Nicol tidak pernah putus asa walaupun tewas dan ini bukanlah penentu untuk beliau mengundurkan diri namun berazam untuk kembali bangkit nanti.


"Saya akan berusaha lebih keras selepas ini dengan meningkatkan lagi permainan saya nanti.
"Saya belum pernah terfikir untuk bersara. Saya akan cuba lakukan sesuatu untuk kembali bangkit dengan segera.

"Masa rehat yang panjang sebelum menyertai Terbuka Hong Kong hujung Mei nanti akan memberi kelebihan kepada saya untuk memperbaiki kelemahan dan akan terus memberi saingan," katanya.
Walaupun mendapat sokongan padu penonton namun tidak banyak membantu Nicol apabila tewas di set pertama dan kemudian menang pada set kedua.

Mereka saling kejar mengejar tapi Nour lebih bertenaga berbanding Nicol yang selanjutnya menafikan Datuk Nicol untuk merangkul kejuaraan kesembilan di laman sendiri.

Ini merupakan kekalahan kedua Nicol di tanah air sendiri selepas 2 tahun yang lalu di Pulau Pinang juga tewas kepada pemain yang sama. Sementara itu bagi Nour dia cukup simpati dengan kekalahan idolanya itu namun itulah lumrah pertandingan pasti ada kalah dan menang.


Fitnah Pegawai - FAP Buat Laporan Polis

Bak Kata Pepatah Kerana Pulut Santan Binasa Kerana Mulut Badan Binasa


Menyebarkan perkara-perkara yang tidak sahih di media-media sosial kebelakangan ini semakin berleluasa dan bahan yang disebarkan belum pasti sahihnya dan lebih malang kalau berita tersebut melibatkan kumpulan berprofil tinggi yang mungkin akan membawa padah kepada penyebar berita atau yang share tanpa usul periksa terlebih dahulu.

Terbaru Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) membuat laporan polis semalam terhadap pemilik satu akaun Facebook yang mengeluarkan unsur tohmahan berunsur fitnah kepada pegawai tertinggi FAP, selasa lalu.

Ahli Majlis FAP L. Kathderisan berkata, mereka mendapat maklumat itu dari orang ketiga melalui WhatsApp mengatakan terdapat tohmahan dan cacian yang dikeluarkan menerusi FB berkenaan.

Beliau berkata, posting yang membabitkan empat pegawai itu benar-benar sudah melampaui batas menjatuhkan maruah dan integriti mereka selaku orang yang bertanggungjawab dan mencemarkan imej pasukan Pulau Pinang.

"Dalam posting itu turut menyatakan supaya empat pegawai terbabit berundur sebelum mereka (pemilik akaun FB) mengambil tindakkan dan itu berupakan unsur ugutan yang serius.

"Tohmahan ini bukan pertama kali diterima, tapi apa yang dikeluarkan baru-baru ini sudah melampaui batas dan kami rasa itu satu ancaman kepada pasukan," katanya ketika ditemui di IPD Timur Laut, semalam.

Pemilik akuan FB itu terbabit mendakwa empat pegawai persatuan itu penipu dan terbabit dalam kegiatan bookie, selain kelemahan mereka menyebabkan skuad Pulau Pinang menjadi pasukan belasahan dalam kempen Liga Super setakat ini.

Nasihat admin, berfikirlah 100 kali sebelum membuat apa-apa kenyataan kerana sekarang ini segala perilaku kita diperhatikan.




28 April 2016

ATM Gagal Bayar Gaji

Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia Hanya Tinggal 14 Hari Untuk Lunaskan Gaji Tertunggak 15 Bekas Pemainnya Berjumlah RM3.7 Juta


Masa semakin suntuk buat Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (PBATM) dan hanya tinggal 14 hari sahaja lagi untuk melunaskan semua tunggakan gaji terhadap 15 bekas pemainnya berjumlah RM3.7 juta membabitkan kontrak A dan B.

Menurut sumber, selepas tindakan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan kepada media mengenai tuntutan sebenar pemain The Gladiators pada 15 Februari lalu, PBATM berjanji akan menyelesaikan segala hutang dalam tempoh 3 bulan.


Namun segalanya masih belum selesai dan berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum cukup tempoh 90 hari dan akan tamat pada 11 Mei 2016. PBAT akan berdepan dengan tindakan undang-undang selepas PFAM memfailkan saman  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

" Hingga hari ini pemain masih belum menerima apa-apa bayaran dari mereka (PBATM) berhubung tunggakkan gaji mereka.

" Bukan sahaja kontrak A, malah kontrak B pun sama senyap. Kalau ikutkan 11 Mei ini adalah tarikh terakhir untuk mereka jelaskan gaji pemain. Jika mereka masih gagal selesaikan sebelum 11 Mei ini maka  pihak mahkamah akan mengambil tindakkan.

" Saya kira itu jalan paling mudah untuk selesaikan isu ini yang sudah berlanjutan agak lama," kata sumber rapat untuk wartawan.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail meminta PBATM melunaskan tunggakkan gaji permain berjumlah RM3.7 juta.

Pendapat admin.....macam juga orang biasa kalau dah hutang kena la bayar. Pemain juga ada anak bini nak makan so kasihanilah mereka....


JDT Cemerlang Aksi Piala AFC 2016

Harimau Selatan Benam Ayeyawady 2-1


Safee Sali mengotakan janjinya menjaringkan gol sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah JDT dalam lima saingan Piala AFC yang berlangsung di Yangon petang semalam.

Walaupun Harimau Selatan itu tidak menyenaraikan pemain-pemain bintang namun juara bertahan itu masih mampu meraih kemenangan untuk mengukuhkan kedudukannya selaku pendahulu selepas menundukkan Ayeyawady 2-1 dalam Kumpulan H.

Walaupun sudah layak ke pusingan kedua mengekalkan rekod bersih dengan 15 mata.
Percaturan dan kepercayaan Mario Gomez menurunkan kesemua pemain tempatan dibalas dengan kemenangan . Manakala pemain import dan tonggak seperti  Mohd Safiq Rahim, Farizal Marlias dan Mohd Aidil Zafuan Abd Razak direhatkan bagi memastikan mereka mempunyai rehat secukupnya untuk menghadapi Kedah dalam separuh akhir kedua Piala FA di Larkin Sabtu ini.


Pasukan tuan rumah yang di belasah 1-8 semasa di Larkin dapat menghidu yang pemain utama JDT tidak diturunkan dengan bijak mengambil kesempatan menjaringkan gol awal  dan mendahului di Pusat Latihan Belia di ibu negara Myanmar itu.

Asakan bertali arus Ayeyawady akhirnya meletakkan mereka di hadapan apabila pemain tengah Thiha Zaw memanfaatkan situasi kelamkabut di depan gawang JDT berpunca daripada hantaran lintang Christopher Chizoba menendang kencang menewaskan penjaga gawang JDT pada minit ke-26.

Rembatan Amirul Hadi yang mendapat bola hasil lorongan cantik cantik oleh S Chanturu lalu disepak ke penjuru kanan berjaya menewaskan  penjaga gol Vanlal Hruala pada minit ke-30 menyamakan kedudukan 1-1.

JDT yang sudah berjanji dengan peminat Malaysia untuk meneruskan momentum kemenangan terus menggasak kubu wakil kelab Myanmar itu dengan bertali arus .

Perlawanan yang di lihat seakan berkesudahan dengan berkesudahan seri 1-1 , kpt JDT Safee Sali berjaya memastikan tiga mata milik JDT apabila merembat kencang mencecah jaring selepas bola tandukkan Fadhli Shas melantun kehadapan pintu gol yang menyaksikan kekeliruan penjaga gol Ayeyawady memikirkan bola sudah masuk tanpa menoleh ke belakang memberi peluang rembatan oleh Safee Sali dengan tiada sebarang cabaran.


Liga Juara Juara Separuh Akhir Pertama

Real Madrid sekadar Seri 0-0 dengan Manchester City


Cristiano Ronaldo yang merupakan penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara menyaksikan dengan penuh kekecewaan apabila pasukanya sekadar seri 0-0 dengan Manchester City dalam saingan separuh akhir pertama yang cukup membosankan awal pagi semalam.

Ronaldo tidak dapat beraksi untuk menambah koleksi gol akibat kecederaan yang dialaminya.
Pasukan pelawat agak lembap dengan ketiadaanya disebabkan gagal menjaringkan gol walaupun banyak mencipta peluang. Gerakkan hebat Joe Hart pada penghujung perlawanan untuk menyelamatkan gawang dari dibolosi percubaan Pepe adalah peluang paling hampir kedua-dua pasukan dalam memecah kebuntuan di Stadium Etihad.

Persembahan City yang cukup membosankan yang dikritik penyokong sendiri namun pujian harus diberikan kerana kejayaan mereka menyekat Real dari memperolehi gol di Stadium Etihad pastinya memberi sinar kepada mereka yang dianggap underdog itu untuk melangkah ke pentas jika berjaya menjaringkan gol pada aksi separuh akhir kedua di Bernabue minggu depan.


Maneul Pellegrini pengurus City berkata, mereka bermain dalam tekanan dan mampu bertahan dengan baik, musim ini kami bermain cukup bagus di tempat lawan dan mereka akan berkunjung ke Bernabeu bagi mencatat sejarah.

Pasti Real akan terus menggasak mereka nanti tapi mereka menjanjikan aksi yang lebih hebat pada separuh akhir pertama kerana kini semangat mereka kembali pulih dan sudah berjaya membaca aksi Real dan yakin pada aksi pusingan kedua nanti.

Sementara pengendali Zinedine Zidane berkata, mereka gembira dengan corak permainan yang dihasilkan. Mereka menguasai permainan pada babak kedua malah memiliki banyak peluang. Tapi merasakan sedikit kecewa mereka sepatutnya berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol tetapi penyudah yang tumpul menyebabkan mereka gagal.

Joe Hart penjaga England berkata, yang dia amat teruja berjaya menyelamatkan dua cubaan merbahaya Real pada minit-minit akhir perlawanan amat gembira dengan cabaran itu.
"Kami tidak kecewa dengan keputusan hari ini malah kami berbangga mempunyai skuad yang bagus untuk membawa cabaran di tempat lawan nanti," katanya.



K Devan Nafi Pemain Import Berpuak

Skuad Kelantan Didakwa Berpuak Tempatan dan Import

Perkara ini hanya mampu di jawab oleh pengendali skuad Pamoga Qu Puteh The Red Wariors (PQPTRW) sendiri kerana mereka yang berada kelompok pemain tersebut.

Semua ini tidak benar dan tiada dua puak, hanya pemain import "hilang nafsu " untuk bermain dengan pasukan Kelantan.

Itulah kesimpulan yang dibuat oleh sumber dalaman Persatuan Bolasepak kelantan (Kafa) berhubung wujudnya dua kumpulan dalam skuad pantai timur itu.

Sumber itu berkata, pemain-pemain import hilang motivasi selepas apa yang dijanjikan kepada mereka tidak ditepati. Namun dia tidak menjelaskan secara terperinci apa janji itu, tetapi ada menyatakan ia berbentuk wang selain gaji mereka.

Katanya, kegagalan Kafa menunaikan janji  mebuatkan pemain import kurang bersemangat dan ini menjejaskan prestasi mereka dan menggugat skuad Kelantan dalam saingan Liga Super.
"Saya menafikan wujudnya 2 puak antara 'pemain tempatan' dan 'kulit putih' dalam skuad Kelantan. Ianya tidak benar sama sekali.


"Apa yang boleh saya katakan adalah pemain import tidak berpuas hati kepada Kafa yang gagal menunaikan janji," katanya kepada wartawan.
Dalam beberapa akhbar tempatan dan viral di media sosial mengatakan, sikap 'berpuak-puak' dalam kalangan pemain Kelantan dikatakan punca utama merudumnya mereka dan kurang konsisten dalam saingan Liga Super.

Seorang anggota skuad tersebut, yang enggan nama didedahkan, berkata terdapat dua kumpulan dan beliau merupakan pemain senior semakin hilang sabar dengan situasi tersebut.
Pemain itu turut mendakwa, sekarang ini wujud kumpulan 'pemain tempatan' dan 'pemain kulit putih' sehingga menimbulkan perasaaan tidak muhibbah dalam skuad Kelantan.

Kelantan yang mempunyai 4 pemain import musim ini terdiri dari Jonathan Mckain (Australia), Jonatan Lucca (Brazil), Blazhe IIijoski (Macedonia) dan Dramane Traore (Mali) dan seorang pemain naturalisasi dari Australia, Brendan Gan.

Sumber itu mengatakan yang dia sudah memberi kata-kata motivasi kepada pemain import dan suruh mereka bangkit kembali di samping berharap Kafa dapat memandang serius perkara ini dan mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah ini untuk kebaikan pasukan Kelantan.
Namun begitu, Naib Presiden Kafa, Datuk Rosmadi Ismail menafikan dakwaan wujudnya puak-puak antara pemain tempatan dan import dalam skuad Kelantan.

Katanya, dia tidak menerima sebarang lapuran dari K.Devan selaku ketua jurulatih berhubung dakwaan itu.

"Saya harap semua pemain tumpukan kepada tanggungjawab dan jangan fikirkan soal pengurusan kerana yang bertanggungjawab dalam hal itu.
"Soal pengurusan biar kami selesaikan dan pemain berikan tumpuan kepada permainan agar Kelantan berada dalam kelompok terbaik carta Liga Super," ujarnya.


27 April 2016

Juventus Juara Serie A Kali ke-5 Berturut-turut

Kehebatan Juventus Terbukti 5 Kali Juara Walaupun Bermula Getir


Juventus menyempurnakan kempen kejuaraan Serie A dengan penuh bergaya apabila menjulang gelaran Serie A berturut-turut dengan baki 3 perlawanan apabila  Napoli tewas kepada 0-1 kepada AS Roma awal pagi semalam.

Juventus menang 2-1 ke atas Fiorentina kelmarin dan Napoli hanya perlu hanya perlu menewaskan Roma bagi mengelak Juventus meraikan kejayaan itu.


Inilah kali pertama sesebuah pasukan memenangi Serie A setelah kalah empat perlawanan awal berturut-turut.

"Saya sentiasa mengingatkan anak buah pada awal musim bahawa kekalahan bukanya sudah berakhir memandangkan perjalanan masih jauh dan saya amat bangga melihat laluan kami musim ini," tulis Massimiliano Allegri di Twitter.

Beliau turut memuat naik  mesej di kepil ke Twitter yang di buat pada Ogos "Series A bukan final acara 100 meter, ia sebuah acara Marathon dan anda perlu sabar untuk mendapat rentak .


Tottenham Hotspurs Seri

Leicester City Perlukan Tiga Mata Sahaja Untuk Bergelar Juara Liga Perdana Inggeris

Seri membawa kesuraman buat Spurs namun mereka mengharapkan Manchester United bakal penghalang kepada Foxes.

Harry Kane amat berharap Red Devil dapat membantu mereka menyelamatkan cabaran yang semakin pudar selepas pasukannya sekadar seri 1-1 dengan West Brom Albion dan sekaligus menyaksikan Leicester City semakin hampir bergelar juara.

Tottenham yang yakin mereka akan menang di White Hart Lane apabila gol jaringan sendiri Craig Dawson membantu mereka sebagai pendahulu pada babak pertama perlawanan. Akan tetapi bermula babak kedua Spurs mulai hilang rentak permainan menyebabkan mereka di hukum oleh Dawson yang menebus kembali kesilapanya menjaring gol sendiri dengan menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-73.


Skuad kendalian Mauricio Pichettino itu kini ketinggalan tujuh mata di belakang Leicester dengan berbaki 3 perlawanan dan skuad kendalian Claudio Ranieri akan bergelar juara buat pertama kali dalam sejarah mereka jika menang dengan Manchester United, ahad ini.
Dalam pada itu Kane tegas menyatakan yang mereka tidak akan menyerah kepada Chelsea sehari selepas perlawanan itu.

"Kami akan mengalahkan Chelsea selepas itu dan saya berharap United boleh membantu kami,"ujar Kane

"Segalanya belum berakhir. Kami perlu teruskan perjuangan ini. Kami rasa boleh menang ke atas Albion namun ia mengecewakan kami.

"Banyak peluang kami miliki pada babak pertama namun kami gagal pada babak kedua.
"Kami sepatutnya boleh menang tapi kami alpa dan terus di hukum, inilah bolasepak apa pun mungkin tapi kami akan terus melawan selepas ini".

Mampukah Manchester United menyekat kemaraan Foxes yang semakin mengganas untuk merebut kejuaraan julung mereka dalam sejarah penubuhan kelab miskin itu. Sama-sama kita saksikan ahad nanti waktu tempatan.


26 April 2016

Wajib Kalahkan Ceres

Zainal Perlu Menang Untuk Ke Pusingan Kalah Mati


Pengendali Selangor, Zainal Abidin Hassan sedar peluang mereka akan menjadi sukar untuk ke pusingan kalah mati jika gagal manafaatkan peluang di tempat sendiri malam nanti untuk kalah kalah Ceres La Salle dalam saingan Kumpulan E di Stadium Perbandaran Selayang, malam nanti.
Walaupun masih ada satu lagi perlawanan bulan depan menentang Tampines Rovers tetapi beliau enggan mengambil risiko.

"Kami tidak mahu kehilangan tiga mata malam ini yang menjejaskan ke pusingan seterusnya jadi kami perlu menang  biar pun masih ada perlawanan dengan Tampines Rovers,"kata Zainal.
Skuad The Red kini berada dikedudukan ketiga terikat 7 mata dengan Tampines Rovers manakala kelab dari Filipina Ceres  ditangga pertama dengan 8 mata selepas 4 perlawanan.

Kesilapan Selangor apabila membenarkan lawan bangkit pada di Bacolod City mengikat dengan 2-2 pada pertemuan pertama  Februari lalu.


Selangor sedikit bermasalah apabila Razman Roslan, R Gopinathan dan pemain tengah Hafiz Kamal yang di gantung perlawanan. Zainal berharap pemain lain dapat memberi saingan sengit walaupun ketiadaan tonggak utama termasuk Nazmi Faiz Mansor yang sudah berjanji tidak akan ulangi kesilapan yang sama ketika di buang padang semasa pertemuan dengan PDRM dalam Liga Super sabtu lalu.

"Bukan sekadar dia, pemain lain juga kecewa tapi dia sudah meminta maaf kepada saya dan rakan-rakan lain serta akan bermain bersungguh-sungguh.

Shahrom Kalam ketua pasukan Selangor percaya mereka tidak akan mensia-sia peluang bermain di tempat sendiri malam nanti dan persembahan yang bertenaga akan ditunjukan oleh dia dan rakan lain.

"Ya memang Ceres pasukan yang kuat, tapi kami yakin mampu menyaingi mereka dan mahukan tiga mata, penyerang mereka hebat namun kami sudah bersedia mengekangnya dan jika 100 peratus komitmen kami berikan saya amat yakin kemenangan milik kami malam nanti," mengakhiri perbualan beliau.


Safee Sali Mahu Belasah Ayeyawady

Tekad Mahu Meledak Gol Menjadikan Ayeyawady Pasukan Belasahan


Safee Sali yang di jangka mengetahui barisan serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Ayeyawady United FC dalam saingan Kumpulan H Piala AFC di Pusat Latihan Belia, Yangon, Myanmar, petang esok tekad menjaringkan gol untuk membantu kemenangan buat Harimau Selatan.


Penyerang itu juga turut menyumbang satu gol menerusi sepakan penalti semasa JDT menewaskan Lao Toyota FC berkata, walaupun sudah layak dalam 16 pasukan terbaik tetapi beliau ingin pastikan rekod tanpa kalah JDT tidak tercalar.

Kumpulan E hari ini akan menyaksikan Selangor bertemu Ceres FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang  jam 8.45 malam dan satu lagi kelab Bangladesh Sheikh Jamal akan menentang Tampines di Stadium Bangabadu jam 8.30 malam.

Kumpulan H esok menyaksikan Ayeyawady menentang JDT di Youth Training Centre jam 5
30 petang dan Bengaluru menentang Lao Toyota di Stadium Sree Kanteerava a
jam 9.30 malam.


Mau Cari Untung

3 Jutawan Malaysia Hanya Mahu Cari Untung Beli Kelab Bola Sepak Luar Negara

Kalau dah berniaga mestilah nak untung betul tak !. Kenapa kita perlu pertikaikan niat mereka membuat pelaburan dengan pembelian kelab bola sepak luar negara. Tak perlulah nak pertikaikan.


" TIDAK BANTU TINGKATKAN BOLA SEPAK NEGARA" Prof Dr Khoo Kay Kim


Jutawan Malaysia yang membeli kelab di Eropah dianggap tidak membantu dalam memajukan bola sepak negara, sebaliknya ia lebih kepada mencari keuntungan sendiri.


Pengkritik sukan tanah air, Prof Emeritus Tan Sri De Khoo Kay Kim berkata usaha beberapa jutawan Malaysia yang membeli kelab luar hanyalah untuk mendapat keuntungan hasil daripada perkembangan pesat sukan itu terutama di Eropah.

Kay Kim berkata, sekiranya benar mahu membangun bolasepak negara, mereka perlu melabur di negara ini sama ada membantu pasukan negeri atau menubuhkan akademi untuk pembangunan akar umbi.

"Mereka nak buat duit, kerana jika beli kelab luar negara keuntungan amat besar, lihatlah saja pemain mereka bernilai jutaan ringgit.
"Malah, bola sepak di negara barat juga mendapat sambutan hangat daripada penyokong. Kalau di Malaysia penyokong dilihat sudah bosan dan cuma segelintir sahaja yang ke stadium.


Jutawan Malaysia yang menempa nama sebagai pemilik kelab bola sepak Eropah  termasuk Tan Sri Tony Fernandes dan Tan Sri Vincent Tan.

Tony Fernandes membeli kelab Queens Park Rangers (QPR).


Manakala Tan Sri Vincent Tan pula adalah pemilik kelab Cardiff City, FK Sarajevo ( Bosnia Herzegovina) dan KV Kortrijk (Belgium).



Dan terbaru, Datuk Dr Noordin Ahmad menggemparkan dunia bola sepak dengan pembelian kelab Serie B Itali, Bari FC 1908.
Dr Noordin pemegang 50 peratus saham kelab terbabit manakala presiden kelab itu, Gianluca Paparesta mengekalkan 45 peratus dan Cosmo Gianxaspro kekal dengan pemilikan 5 peratus.

Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Vida juga berminat untuk membeli kelab luar dan sekarang ini sedang menilai beberapa kelab yang berpotensi untuk dibeli.

Sementara itu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pula menafikan khabar yang baginda ingin membeli kelab gergasi Itali AC Milan.

Shunsuke Nakatake Di Rehat Kecederaan Serius

Kuantan FA Tinjau Pemain Jepun Dan Afghanistan Ganti Nakatake


Kecederaan serius yang memerlukan pembedahan oleh pemain import Kuantan FA memaksa pihak pengurusan mengintai dua pemain baru dari Jepun dan Afghanistan bagi menggantikan Shunsuke Nakatake bagi meneruskan baki Liga Super.

Timbalan Presiden Kuantan FA Datuk Wan  Solihi Wan Hassan berkata, setakat ini dua pemain dari Asia menjadi perhatian mereka untuk memenuhi kekosongan ditinggalkan Nakatake.

Katanya, dua pemain tengah itu akan di uji dan jika salah seorang memenuhi kriteria yang diperlukan mereka akan didaftarkan mengisi kekosongan semasa jendela perpindahan kedua dibuka Jun nanti.

"Kami harap Kuantan FA akan mendapat pemain yang benar-benar berkualiti selepas khidmat Nakatake tidak dapat diteruskan walaupun sedar dia memiliki permainan cukup berkualiti sekaligus menguatkan bahagian tengah.

"Walaupun melalui risikkan 2 pemain ini dikatakan cukup bagus namun kami ingin mereka berada di Kuantan untuk diuji dan jika terbukti bagus, Kuantan FA akan menyenaraikan salah seorang dari mereka untuk meneruskan baki perlawanan yang ada," katanya.


25 April 2016

Pulau Pinang Bakal Tamatkan Pemain Import Osas Saha

Pulau Pinang Gugur Dua Pemain Import


                     

Osas Ikpefua (tengah) antara yang akan digugurkan oleh FAP.
 Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) akan menggugurkan sekurang-kurangnya dua pemain import selepas gagal menunjukkan persembahan terbaik mereka dalam saingan Liga Super musim 2016.

Seorang daripadanya ialah penyerang kelahiran Nigeria, Osas Ikpefua.
Naib Presiden FAP merangkap Pengurus Pasukan Pulau Pinang Mohd Azizudin Mohd Shariff berkata beliau amat kecewa dengan persembahan pemain-pemain import yang tidak mempamerkan prestasi bertenaga dan gagal menjaringkan gol.

Menurutnya, dua pemain import daripada empat pemain telah dikenakan surat amaran akibat prestasi yang tidak memuaskan.

"Kita punya pemain import satu lawan satu pun tak boleh jaringkan gol, apa lagi kita boleh buat. Kita mempunyai pemain import yang lemah, jadi pilihan yang terbaik ialah menggantikan mereka," katanya kepada pemberita selepas kekalahan 2-3 kepada Terengganu FC II (T-Team) .
"Saya sudah beri amaran keras kepada Osas selepas perlawanan dengan Selangor minggu lepas namun beliau masih tidak menunjukkan peningkatan, jadi tiada pilihan bagi kami selain tamatkan khidmat beliau (Osas)," katanya.


Selain Osas, pasukan harimau kumbang kini mempunyai dua lagi pemain import iaitu ketua pasukan Mathias Cordoba dan Reinaldo Lobo.

Azizudin berkata pasukan harimau kumbang yang kini dikendalikan pemangku Ketua Jurulatih Manzoor Azwira Abdul Wahid selepas ketua jurulatih dari Brazil Jacksen F. Tiago direhatkan, terpaksa menggunakan apa sahaja pemain import yang ada dalam saingan Liga Super.
"Kami berpuas hati dengan sumbangan Manzoor...pemain yang tidak boleh jaringkan gol takkan nak salahkan jurulatih," katanya.

Sementara itu, beliau berkata teka-teki mengenai nasib Tiago akan dijawab selepas mesyuarat pengurusan tertinggi pasukan Pulau Pinang.

Beliau berkata fokus jurulatih sekarang adalah untuk memberikan keyakinan semula kepada pemain terutama selepas dua kekalahan berturut-turut iaitu dengan Selangor dan T-Team.
Selepas sembilan pelawanan, skuad harimau kumbang kekal di tangga kedua tercorot Liga Super apabila hanya mampu mencatat satu kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan dengan mengutip enam mata.



Pulau Pinang Alpa Terus Di Hukum

Lupa Sejarah Lalu Punca Kekalahan Selain Pemain Yang Tiada Semangat Juang


Kealpaan dan lupa sejarah Liga Perdana dan leka mengakibatkan Pulau Pinang terus di landa kesuraman apabila tewas 2-3 kepada Terangganu FC 11 (T-Team) dalam aksi kesembilan saingan Liga Super di Stadium Bandaraya malam tadi.

Permainan yang cukup hambar pada separuh masa pertama amat mengecewakan penyokong. Kesebelasan pemain gagal menunjukkan mutu permainan yang baik dan kurang konsisten biarpun banyak peluang untuk menjaringkan gol terhidang di depan mata.

Walaupun Pulau Pinang banyak melancarkan serangan namun serangan balas " Counter attack" dari pihak lawan mudah menghasilkan gol pendahuluan  pada minit ke-32 menerusi Asrol Ibrahim dan gol kedua oleh pemain import Patrick dos Santos pada minit ke-41.

Jentera serangan Pulau Pinang dibawah kendalian pemangku ketua jurulatih Pulau Pinang Manzoor Azwira terlalu tumpul dan tidak mampu menjaringkan gol pada aksi babak pertama.
Bermula babak kedua, kebangkitan tuan rumah dengan aksi serangan bertali arus mengkucar kacirkan pertahanan T-Team dan akhirnya Reinaldo Lobo pemain pertahanan yang naik ke atas berjaya menanduk masuk mencecah jaring gol lawan pada minit ke-67.

Berselang beberapa minit Osas Saha berjaya menjaringkan gol penyamaan semasa berlaku kekalutan dalam kotak penalti T-Team pada minit ke-75 dan berjaya mengikat lawan dengan 2-2.
Tersentak dengan gol kedua Pulau Pinang, T-Team kembali cergas mengatur serangan balas dan peluang kealpaan benteng pertahanan Pulau Pinang yang ampuh dan kelemahan larian mengakibatkan gol ketiga T-Team dihasilkan sekali lagi menerusi pemain import Dos Santos pada minit ke-87 .

Jaringan kecermerlangan Da Santos sekaligus melonjak T-Team berada dikedudukan ketiga Liga Super dengan 15 mata dalam sembilan perlawanan. T-Team mencatatkan empat kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.


Walaupun Pulau Pinang tewas namun skuad Harimau Kumbang itu masih kekal berada dikedudukan ke-11 carta Liga Super dengan hanya satu kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan.
Apa yang ingin admin perkatakan tentang permainan Pulau Pinang seperti yang admin sendiri 

saksikan di Stadium Bandaraya adalah terlalu banyak kelemahan dalam skuad Harimau Kumbang itu. Kelemahan dari segi "fitness" yang cukup ketara kerana kekuatan larian pihak lawan cukup jauh berbeza kalau untuk dibandingkan dengan tuan rumah. Mereka tidak mampu mengejar larian pantas oleh pihak lawan.




Selain keampuhan benteng pertahanan Pulau Pinang mempertahankan kubu mereka. Mereka terlalu banyak mengharapkan Reinaldo Lobo sedangkan beliau terpaksa naik turun mempertahankan kubu, Lobo juga naik keatas membantu jentera serangan yang mungkin beliau sendiri dapatkan saksikan tidak mampu menghasilkan gol. Kecermerlangan Lobo berjaya menghasilkan gol pertama buat tuan rumah sedangkan beliau berada di posisi pertahanan.

Pemain serangan Ossa Saha sejak dimasukan dalam skuad Harimau Kumbang gagal menyerlah walaupun berjaya menghasilkan beberapa gol sebelum ini namun penyokong Pulau Pinang beranggapan yang dia sebenarnya bukanlah seorang "striker" import yang bagus. Banyak peluang-peluang terhidang di depan mata gagal diterjemahkan dengan menjaringkan gol selain fizikal yang "lembik" dan tiada idea serta lambat berfikir untuk menghantar bola kepada pemain lain.


Perlawanan malam tadi juga boleh di lihat beberapa pemain tempatan yang seolah-olah bermain sambil lewa atau lebih tepat digambarkan mereka seperti tidak berminat lagi mewakili Pulau Pinang apabila gagal mengawal dan menghantar bola kepada pemain lain yang sedang menanti dalam kotak penalti. Adakah Mazoor masih belum nampak itulah laungan dan kecaman dari penyokong Pulau Pinang. Sampai bila pihak pengurusan ingin menyimpan mereka yang hanya mengabiskan "beras" lantaran peminat sudah bosan dengan aksi mereka.

Sampai bila penyokong harus menjadi mangsa dalam kancah bolasepak Pulau Pinang yang semakin hari semakin menjunam. Tiket dengan harga RM30 untuk granstand dan RM15 untuk teres tetap juga penyokong korbankan sedangkan pasukan negeri lain hanyalah RM10 sahaja. Sampai bila kami perlu bersabar dan janganlah memberi alasan bodo "Kalau tak suka jangan tonton".

Pulau Pinang sekarang bergelut antara hidup dan mati untuk ke Piala Malaysia dengan berbaki 2 perlawanan lagi iaitu JDT dan Felda United yang mendominasi carta di tempat pertama dan kedua. Adakah mampu menewaskan mereka, sedangkan pasukan yang lemah pun gagal ditundukan di gelanggang sendiri selain hanya mengharapkan Sarawak kalah tanpa jaringan untuk baki 2 perlawanan berikutnya.

Rata-rata penyokong cukup kecewa dengan skuad Pulau Pinang sekarang dan hanyalah keajaiban diharapkan untuk menewaskan JDT di tempat mereka dan Felda United di Bandaraya.

Wahai FAP dengarlah rintihan penyokong setia Pulau Pinang yang tidak pernah jemu ke stadium walaupun permainan yang teruk dipersembahkan kepada kami, janganlah "boikot" oleh Ultras merebak kepada kami dan janganlah sampai Stadium Bandaraya menjadi sunyi sepi tanpa kami.....fikir dan renung-renungkan.

24 April 2016

Tekad Menang Malam Nanti Benam TTeam

Tidak rela tercicir dari saingan Piala Malaysia.




Tiga lagi baki perlawanan sebelum tamatnya pusingan pertama Liga Super, pasti menjadi misi yang cukup getir buat pengendali pasukan, Manzoor Azwira. Bukan sahaja memastikan sekurang-kurangnya di anak tangga ke-11 bagi layak ke saingan Piala Malaysianamun lawan yang ditemui pada aksi akan datang, bukan calang-calang pasukan.


Bermula dengan pasukan yang segar dengan kemenangan tiga kali berturut-turut, T-Team di Stadium Bandaraya pada Ahad ini, dua lagi lawan ialah dua pasukan teratas Liga Super, Johor DT dan Felda United.

Nyata ranjau penuh berduri perlu dilalui oleh anak-anak buah Manzoor bagi memastikan tidak tercicir ke saingan Piala Malaysia ketika Perak dan Pahang sudah perolehi sentuhan kemenangan. Keadaan di lihat begitu meruncing bagi Pulau Pinang dan ia pasti memberi tekanan buat Manzooor yang berkata misi utamanya buat masa ini adalah memastikan mereka layak ke Piala Malaysia.



Saya tidak mahu kami terlepas ke saingan Piala Malaysia, memang satu kerugian sangat jika pemain-pemain tidak beraksi dalam saingan paling berprestij itu. Sekarang bila tengok kedudukan kami tangga kedua terakhir, saya nampak kami tidak lagi boleh tercicir mata bila beraksi di tempat sendiri.

Pertemuan dengan T-Team, pasti akan menjadi aksi hidup mati pasukan dan kami tiada pilihan lain kecuali tiga mata jika tidak mahu terus keciciran dalam carta liga. Kami hormati prestasi lawan namun kami perlu fikirkan nasib kami dahulu, saya mahu pemain-pemain berjuang hingga keringat terakhir demi maruah Pulau Pinang,” katanya.


Dia berharap masalah ketumpulan serangan yang dialami oleh pasukan pada pertemuan dengan Selangor tidak lagi berulang.

Walaupun kuasai lebih banyak permainan serta mampu halang Patrick Ronaldinho dan Ahmad Hazwan Bakri, segalanya tidak bermakna apa-apa kerana gagal terjemahkan peluang ke dalam bentuk gol.

“Masalah kami yang ketara ialah di bahagian depan dan itu satu perkara yang membimbangkan kerana buat masa ini, kami tiada pemain yang konsisten untuk menjaringkan gol. Itu satu perkara serius yang perlu kami tangani pada pintu perpindahan pemain bulan Jun nanti dan buat masa ini, saya akan bergantung sepenuhnya pada pemain yang kita ada.
Harap penyerang tempatan serta Osas Saha dan pemain lain mampu meledak jaringan bagi membantu pasukan yang amat dahagakan tiga mata,” katanya.

Keputusan 4-1 dengan Pahang pada 16 Februari di Stadium Bandaraya menjadi satu-satunya kemenangan Pulau Pinang pada musim ini di Liga Super.
Harapan dan impian penyokong The Panthers inginkan kemenangan malam nanti.....admin doakan kita berjaya Insha Allah....aminnn

Wayne Rooney Ahli Sukan Paling Kaya

Tersenarai Ahli Sukan Terkaya Di Britain Wayne Rooney Manchester United


Sunday Times dalam lapuran terbaru meletakkan Wayne Rooney sebagai ahli sukan paling kaya di Britain untuk tahun 2016.

Pemain dari Kelab Manchester United berusia 30 tahun itu dan juga kapten England dilapurkan memiliki kekayaan berjumlah 82 juta pound (RM461.38 juta), menjadikannya atlet terkaya berumur 30 tahun ke bawah dengan peningkatan sebanyak 10 juta pound (RM56.27 juta) berbanding tahun lepas.


Kekayaan itu di perolehi dari kontrak gaji 300,000 pound (RM1.68 juta) seminggu bersama kelab Manchester United, ini menjadikannya pemain paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris.
Juga Rooney turut meraih pendapatan dari produk tajaan global Nike dan Samsung.
Kedudukan kedua pula di perolehi adik-beradik Murray, Andy dan Jamie di dalam sukan tenis dengan pendapatan 58 juta pound (RM326.34 juta), dan 57 juta pound (RM320.71 juta) di sumbangkan oleh Andy sebagai pemain no.2 dunia.

Rory Mcllroy mencatatkan peningkatan tertinggi dengan pendapatan tambahan 18 juta pound (RM101.28 juta), menjadikan harta keseluruhannya berjumlah 56 juta pound (RM315.09 juta) untuk berada di tempat ketiga.

Beliau merupakan bintang Ireland Utara yang meraih hampir AS$10 juta (RM39.06 juta) wang kemenangan namun pendapatan sebenarnya di jana menerusi kontrak jangka panjang bersama Nike dan lain syarikat seperti Omega, Bose, Upper Deck dan Electronic Arts (EA).

Pemain bolasepak dari kelab Real Madrid pula berada di kedudukan keempat menjadikanya pemain bolasepak kedua terkaya dengan pendapatan sekitar 15.6 juta pound (RM87.77 juta) setahun di Bernabeu selain kontrak penajaan Adidas, Sony dan EA, menjadikan jumlah kesemua pendapatannya 34 juta pound (RM191.30 juta), meningkat sebanyak 13 juta pound (RM73.14 juta).



Kedudukan Terkini Carta Liga Super

Terkini Kedudukan Carta Liga Super Perlawanan Ke-9








Berikut adalah kedudukan terkini carta Liga Super untuk perlawanan ke-9 yang berlangsung malam tadi.

PDRM  0  -  0  Selangor

         Kedah   1     -     1     JDT         

Kelantan  3  -   0  Terengganu

Sarawak   1    -    1    Pahang 

Felda United masih mendominasi kedudukan carta teratas Liga Super dan berbaki satu perlawanan bertemu Perak hari ini.

23 April 2016

Jadual Perlawanan Liga Super Sabtu 23 April

Jadual Dan Kedudukan Terkini Liga Super Jumaat 23 April  2016


4 perlawanan Liga Super akan berlangsung malam nanti dan 2 perlawanan malam esok.


Malam Ini 23 April
Sarawak vs Pahang
Stadium Negeri Sarawak


PDRM vs Selangor
Stadium Hang Jebat
Kelantan vs Terengganu


Stadium Sultan Mohammed ke IV
Kedah vs JDT
Stadium Darul Aman



Malam Esok 24 April


Perak vs Felda United
Stadium Perak

Pulau Pinang vs Terengganu FC 11
Stadium Bandaraya


Kedudukan terkini, Felda United berada di tahta Liga Super dengan 21 mata diikuti rapat oleh JDT dengan 20 mata dan Selangor di tempat ketiga namun mata jauh ketinggalan hanya 14 mata.
Lain-lain pasukan yang dibawah tampak seakan tiada perbezaan mata yang jauh antara mereka dan walaupun Pulau Pinang dan Sarawak berada di tangga tercorot namun dengan 2 kemenangan sudah boleh melonjak mereka ke tempat yang selesa.




Penyokong Boikot The Gunners

Penyokong Arsenal Protes Arsene Wenger





Pengurus Arsenal Arsene Wenger menyelar penyokong dengan tuduhan liar mereka lemparkan terhadap pasukannya satu kesilapan selepas mereka menang 2-0 keatas West Bromwich Albion pagi semalam dan menganggap  penyokong yang memboikot pasukan itu sepatutnya tidak berbuat demikian.

2 gol jaringan Alexis Sanchez kembali memberi sinaran buat Arsenal selepas sekadar seri dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan keputusan itu sekali gus membuatkan Gunners memintas kedudukan ketiga dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang barbaki 3 perlawanan lagi.

Ketika Chelsea, Manchester United dan Liverpool semua tidak berada diatas adalah tidak adil mereka mengkritik anak-anak buahnya.


"Ianya merupakan sesuatu yang agak sukar buat semua," kata pengendali dari Perancis itu selepas pasukanya memiliki kelebihan 4 mata berbanding pasukan di tangga kelima Manchester United dalam perebutan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Walaupun Arsenal menang namun suasana dalam stadium tidak seperti biasa apabila ribuan tempat duduk kosong gara-gara memboikot perlawanan tersebut.

Beliau di tanya apakah pesanan buat peminat Arsenal yang sengaja tidak mahu ke stadium, Wenger berkata "Datanglah sokong pasukan anda . Jika anda minat bolasepak, saya jamin pasti anda terhibur dengan kualiti yang kami persembahkan.

"Itulah apa yang cuba kami tunjukkan kepada penyokong. Kami bermain baik namun adakalanya kami tidak berjaya dan peminat kena akur, itulah bolasepak dan kalau anda sentiasa menyerang tidak semestinya anda menang."

Pun begitu usaha Arsenal untuk berada pada kelompok teratas menjadi semakin mudah dengan kembalinya Sanchez dari berehat panjang dan meledak lima gol sepanjang 4 perlawanan terakhirnya.

Peminat Arsenal teruskan sokongan anda kerana admin juga Arsenal Die Hard Fan hehehe....kita terus sokong The Gunners...

22 April 2016

Kemelut Protes FAM Makin Hangat

Tidak Perlu Tunggu Kongres Pemilihan Untuk Rombak FAM


Pendedahan oleh bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Ibrahim Saad berpendapat rombakan pucuk pimpinan badan induk bola sepak tanah air boleh dilakukan dengan segera jika semua ahli gabungan bersedia mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Namun setiap apa yang ingin dilakukan haruslah di teliti dengan sehalus-halusnya agar ianya tidak melanggar sebarang peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang boleh menjerumus FAM di gantung.


"Ahli gabungan FAM berhak membuat keputusan sama ada mahu membuat EGM atau hanya menunggu Kongres Pemilihan FAM yang akan datang. Kalau jumlah ahli cukup maka EGM boleh dibuat namun semuanya terpulang kepada mereka. Terpulang kepada gabungan itu kerana ' orang luar ' tidak boleh campur tangan, hanya boleh tengok," kata Ibrahim.

Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, sesiapa sahaja boleh menerajui organisasi termasuk Penasihat Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim jika perlantikan itu dipersetujui semua ahli gabungan pada Kongres Pemilihan yang akan berakhir pada 2018 nanti.

Desakan menuntut perubahan terhadap pegawai tertinggi disuarakan Presiden Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang mencadangkan Tunku Ismail sebagai peneraju FAM.
Ini kerana FAM semakin jauh tersasar dalam pembangunan bola sepak negara dan dilihat peneraju sekarang gagal melonjakkan bola sepak ke tahap lebih tinggi.

Pada pendapat admin tiada campur tangan kerajaan seperti yang didakwa Ibrahim Saad tetapi desakkan dari seluruh rakyat Malaysia. Kalau rasa dah tak mampu nak berfikir mentadbir sesuatu organisasi sebaiknya berundur la....jangan nak makan elaun buta ja...




Amaran Dr Vida Jika Kelantan Terus Junam

Penaja Skuad Kelantan Sudah Tak Boleh Tahan Lagi



Kelantan yang mengikat Pahang 3-3 dalam perlawanan Liga Super semalam akhirnya tewas pada minit-minit akhir menyebabkan penaja utama Datuk Seri Hasmiza Othman dari Vida Beauty  Sdn Bhd merasa agak kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan.

Datuk Vida amat kecewa apabila pasukan yang ditaja sebanyak RM16 juta untuk dua musim itu gagal menyerlah seperti diharapkan apabila sebaliknya terus mempamer prestasi yo-yo.
Skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) kini berada di tangga ketujuh Liga Super.
Katanya, beliau sukar mentafsir apa yang menghantui pasukan itu kerana pihaknya sudah melakukan yang terdaya termasuk membantu pengurusan menyelesaikan pembayaran gaji.


"Jika nak dikatakan masalah gaji, tidak mungkin kerana kita sudah berusaha membayarnya mengikut jadual yang dijanjikan.
"Sebelum ini saya banyak bersabar menadah telinga mendengar masalah mereka, tapi berbaki 3 perlawanan lagi saya ingin lihat perubahan mereka.
"Mutu pasukan dan kualiti perlu mereka tingkatkan jika tidak saya akan ikut cara saya dan mereka kena akur.

"Buat masa ini saya mahukan pihak pengurusan KAFA melakukan bedah siasat terhadap prestasi merudum mereka dan menilai laporan penuh ketua jurulatih," kata Datuk Vida.
Pada perlawanan di Stadium Darul Makmur malam kelmarin, Kelantan tewas 3-4 minit akhir.
Dr Vida berkata, beliau tidak berhak memberi komen terhadap ketua jurulatih K.Devan dan perkara itu beliau serahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

"Tapi apa pun yang berlaku selepas ini, saya sudah bersedia dengan pilihan saya siapa bakal memegang kerusi ketua jurulatih dan import baru,"kata Dr Vida dengan tegas.



Felda Dan JDT Sukar Di Gugat

Saingan Sengit Liga Super JDT Dan Felda United


Musim 2016 nampaknya perjuangan dalam Liga Super nampak hambar disebabkan pasukan-pasukan lain gagal menunjukkan kecemerlangan dalam mengharungi permainan kerana kurang konsisten di dalam setiap perlawanan. Jurang mata dikedudukan carta nombor tiga hingga ke 12 hanya dibezakan dengan sekadar 2 atau 3 kemenangan sahaja.

Yang mendominasi Liga Super kali ini adalah pasukan dari selatan tanahair iaitu Johor Darul Ta'zim dan tengah Felda United.  Jarak mata mereka hanya dipisah dengan kemenangan keenam oleh JDT dan kemenangan ketujuh oleh Felda United dalam 8 perlawanan. Felda mendahului dengan satu mata menduduki tahta liga buat masa ini. Lain-lain pasukan di lihat sudah tidak mampu memberi saingan untuk tempat pertama.


Dalam perlawanan malam tadi Felda terus melakar kemenangan mudah menundukkan PDRM 4-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.
Dua gol dijaringkan pada babak pertama oleh Christie Jayaseelan minit ke-21 dan minit ke-27 oleh pemain import Lutfulla Turaev. Babak kedua pula dihasilkan oleh Tueaev minit ke-89 dan Forkey Doe minit ke-93.

Manakala di Stadium Larkin pula Harimau Selatan terus membuktikan yang sukar di gugat di kandang sendiri apabila berpesta gol membelasah Sarawak 5-2 . Pesta gol JDT bermula dengan jaringan awal minit ke-3 oleh Jorge Pereira Diaz namun pelawat bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-13 oleh K Gurusamy.

Tersentak dengan gol tersebut tuan rumah mula menyusun rentak permainan semula tanpa menunggu lama meledakkan gol kedua buat JDT oleh Marcos Antonio pada minit ke-34. Juan Martin Lucero menambah derita sang Bujang Senang dengan gol ketiga pada minit ke-36 dan kehampaan Sarawak semakin terasa apabila gol keempat JDT dijaringkan sendiri oleh kapten Sarawak Shahrol Saperi minit ke-40. Gol kelima dihasilkan oleh Fazly Mazlan . 
Sarawak memperolehi gol saguhati kedua apa bila Fadhli Shas tertampan bola ke gawang sendiri.


Felda semakin yakin memenangi Piala Berprestij Liga Super 2016



JDT enggan mengalah mengekori rapat dengan beza 1 mata

21 April 2016

Bola Sepak Pulau Pinang Terus Malang

Tumpas Mudah Walaupun Banyak Menyerang, Striker Buntu Tiada Idea


Pasukan Pulau Pinang yang baru kembali ke Liga Super tahun ini setelah lama tenggelam dari kancah persaingan dengan pasukan gergasi Liga Super terus mengalami nasib malang apabila tumpas mudah kepada Selangor pada saingan liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.
Berkunjung ke Selayang dengan misi sekurang-kurangnya membawa pulang tiga mata atau 1 mata sebenarnya tidak mampu merealisasikan impian ribuan peminat setia The Panthers itu apabila jaringan pemain import Selangor Mauro Olivi melalui sepakan percuma yang diambil mengelirukan penjaga gawang Pulau Pinang Sani Anuar Kamsani mencecah masuk di penjuru kiri.

Olivi yang sebelum ini di larang menyertai latihan akibat insiden pergaduhan yang dimulakanya selepas perlawanan dengan Felda United di bilik persalinan membuktikan yang beliau masih setia kepada The Red Giant apabila berjaya menyempurnakan sepakan percuma itu.

Gol awal itu ternyata menyuntikkan semangat Selangor untuk memburu gol kedua dengan serangan pantas ke kubu Pulau Pinang namun ketumpulan jentera serangan gagal menghasilkan gol tambahan.
Giliran penyerang muda Skuad Projek Sukan SEA 2017 S Kumaahran pula menguji keupayaan Khairul Azhan Khalid di depan gawang Selangor dengan tendangan kencang yang sedikit melewati palang gol pada minit ke-35.


Bermula babak kedua, Pulau Pinang lebih banyak mengatur serangan dan peluang hadir pada minit ke-56 apabila bola lorongan pemain import Osa Saha tepat singgah di kaki Rafiuddin Roddin namun kelewatan menolak ke pintu gol berjaya di bentes pertahanan Selangor.

Gerakkan solo Osa Saha mengelecek penjaga gol Selangor Khairul Azhan hampir-hampir menyamakan kedudukan namun kuisan kaki kanan beliau sedikit keluar ke tiang gol kiri .
Pulau Pinang tidak mampu mencipta sebarang gol kerana jentera serangan yang cukup tumpul dan langsung tiada idea bagaimana untuk menjaringkan gol. Hantaran-hantaran jauh pasukan Pulau Pinang mudah dipatahkan pemain pertahanan Selangor yang rata-rata tinggi lampai.
Faiz Subri selaku penyerang gagal bertindak dan sekadar pelengkap kesebelasan utama begitu juga dengan pemain import Osa Saha

Kekalahan kali keempat ini menyaksikan Pulau Pinang menjunam ke tangga kesebelas Liga hanya 6 mata dan Selangor melompat naik ke tangga ketiga dengan 14 mata.

Perlawanan Pulau Pinang seterusnya pada ahad 28 April menentang Terengganu FC II di Stadium Bandaraya dan Pulau Pinang perlu seri atau menang untuk mengelakan tersingkir dari saingan Piala Malaysia dengan berbaki 3 perlawanan . Semua perlawanan pertemuan dengan pasukan ranking teratas Liga Super iaitu Felda United Dan Johor Darul Ta'zim.

Admin merasakan Pulau Pinang perlu merombak semula barisan serangan dan digantikan dengan orang baru kerana selagi dikekalkan mereka yang ada sekarang amat sukar bagi Pulau Pinang melakar kemenangan dan Pulau harus terima hakikat kembali ke Liga Perdana musim depan jika masih gagal bertindak.


20 April 2016

Tottenham Menghantui Leicester

Kemenangan Demi Kemenangan Spurs Gugat Misi Foxes


Mauricio Pochettino pengendali Tottenham menyampai mesej jelas kepada Leicester City selepas membelasah Stoke City 4-0 semalam untuk merapatkan jurang 5 mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris.

Leicester yang gagal meneruskan rekod kemenangan apabila sekadar seri 2-2 dengan West Ham di laman sendiri membuka ruang buat Spurs menambah defisit berbaki empat perlawanan.
Harry Kane dan Dele Alli meledakkan dua gol masing-masing memberikan tekanan kepada Leicester menjelang penghujung Liga.

Tottenham menjaringkan 13 gol dan hanya bolos sekali, selain berjaya meraih 13 mata dari 15 mata penuh.


Empat Perlawanan Terakhir Leicester
24 April       Leicester vs Swansea
1 Mei          Man United vs Leicester
7 Mei.         Leicester vs Everton
15 Mei       Chelsea vs Leicester


Empat Perlawanan Terakhir Tottenham
25 April  Tottenham vs West Brom Albion

2 Mei      Chelsea vs  Tottenham
8 Mei       Tottenham vs Southampton
15 Mei     Man United vs Tottenham



Jadual Perlawanan Liga Super 20 April 2016

Jadual Perlawanan Liga Super dan Kedudukan Carta Liga


Sebanyak 5 perlawanan Liga Super akan berlangsung malam ini pada aksi perlawanan kelapan.


Felda United vs PDRM
Stadium Tun Abd Razak, Jengka

JDT vs Sarawak
Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin

Pahang vs Kelantan
Stadium Darul Makmur, Kuantan


Selangor vs Pulau Pinang
Stadium MP Selayang

Terengganu FC 11 vs Kedah
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, K.Trgnu


# semua perlawanan bermula jam 9 mlm
Felda United kini mendominasi dikedudukan carta dengan 18 mata, diikuti JDT 17 mata dan tempat ketiga PDRM dengan 11 mata.

Pulau Pinang berada di tangga kesepuluh dengan 6 mata diikuti Sarawak ke-11 dengan 5 mata dan Pahang tempat ke-12 dengan 4 mata.


Tan Sri Anuar Musa Mahu FAM DI Rombak

FAM Perlu Di Ganti Dengan Orang Lebih Berwibawa Seperti TMJ


FAM yang sentiasa menerima kritikan demi kritikan dan tak pernah senyap dari di kritik seolah-olah seperti orang orang pekak yang disumbat dengan kain buruk.

Tiada perubahan pun berlaku dalam sukan bolasepak Malaysia di bawah tampuk Tengku Abdullah selaku Presiden FAM tetapi tetap enggan berganjak.

Dan terbaru Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Anuar Musa berkata, pertukaran kepimpinan adalah jalan terbaik dan terakhir memandangkan pelbagai langkah pembaikan oleh FAM selama ini tidak menjadi.


"Pada saya, tukarlah semua bagi orang lain pula yang pimpin. Bagi TMJ (Tunku Mahkota Johor) ke, itu sahaja jalannya kerana sudah lama sangat dah......tak jalan-jalan juga.
"Selagi tidak ada pertukaran menyeluruh, bola sepak negara tidak akan kemana," kata Tan Sri Annuar Musa.

Malaysia kini berada pada ranking 174 dunia, iaitu yang paling teruk buat skuad negara sejak sistem baru ranking di perkenalkan oleh FIFA.

TMJ pernah mencabar beberapa pihak untuk berdebat termasuk Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin bagi mencari punca kelemahan bola sepak negara iaitu skuad Harimau Malaysia.
Namun Tan Sri Annuar berkata, debat seumpama itu tidak mampu mengubah lanskap bola sepak negara selagi FAM merupakan satu-satunya badan yang berkuasa dalam bola sepak tidak mampu bertindak.

FAM tiada sebarang plan jangka panjang, lihatlah Jepun buat rancangan untuk tempoh 15 tahun dan mereka berjaya.

Bagi pendapat admin yang tidak sebijak bos FAM, sepatutnya Presiden FAM di jawat oleh seorang ahli perniagaan yang hebat kerana orang berniaga pastinya inginkan keuntungan sebab melabur dengan duit sendiri justeru itu mereka akan berusaha memajukan bolasepak kerana bila maju baru ada untung.

Kalau orang biasa mana nak maju sebab sebab duit pun tunggu sponsor rugi pun tak apa sebab bukan keluarkan duit poket.


Safiq Rahim Kapten JDT Berlagak

Muscle Car Safiq Dan S.Kunalan Di Kecam


Heboh di media-media sosial tohmahan mengatakan dua pemain bolasepak dari Pasukan Harimau Selatan menunjuk-nunjuk kereta baru mereka yang bernilai hampir.RM900,000 sebuah.

Niat mereka mungkin sekadar memberi inspirasi kepada peminat bolasepak apabila bergambar bersama kereta muscle car buatan Amerika yang baru dibeli dan kemudian dimuat naik dalam facebook rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT).

Namun, gambar kapten JDT, Safiq Rahim dan pemain tengah S.Kunalan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial, malah ada yang mengatakan mereka sengaja mahu menunjukkan kemewahan masing-masing.

Safiq yang menaip kenyataan bergambar disebelah keretanya "Mereka bangun setiap pagi memikirkan untuk menulis negatif terhadap kami. Kami bangun pagi mengucapkan syukur pada Allah dan hidup berjaya".

Kunalan pula menperagakan kereta Dodge Challenger menulis "Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tetapi jangan berhenti berusaha untuk apa yang anda mahu".
Sementara itu dalam laman rasmi facebook Johor Southern Tiger (JST) bahawa kenderaan itu bukan milik TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Untuk makluman para penyokong, kenderaan milik S.Kunalan bukanlah milik DYAM Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor, sebaliknya dibeli oleh pemain tersebut di 22Motors iaitu salah satu penaja kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim," kata JST dalam kenyataan tersebut.
Sementara itu dalam laman sosial peminat memberi pelbagai pandangan yang berbeza, ada negatif dan positif.





Namun bagi admin sendiri kenapa perlunya peminat melontarkan pandangan negatif. Sesiapa sahaja kalau ada wang yang banyak berhak membelanjakan wang tersebut mengikut cita rasa dan kemampuanya. Tak perlulah kondem, kalau orang yang negatif itu ada duit pun pasti dia ingin bergaya.



Mereka berusaha sendiri dengan titik peluh mereka jadi kita tak perlu cemburu, kalau ingin jadi seperti mereka berusahalah sekarang untuk apa yang anda hajati seperti kata S.Kunalan.

Harimau Kumbang Mampu Benamkan Selangor

Coach Manzoor Cabar Anak Buah Tundukkan Selangor


Sehebat mana pun Selangor, sekuat mana pun Selangor namun Pulau Pinang tidak pernah gentar. Pulau Pinang akan berkunjung ke Stadium Majlis Perbandaran Selayang untuk aksi Liga Super 2016 kelapan malam ini.

Misi tiga mata Pulau Pinang berkunjung ketempat lawan malam nanti, Coach Mazoor Azwira Abdul Wahid mahukan semua pemain fokus  sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.
Peluang terbuka luas untuk kami mengambil kesempatan di mana Selangor kini bergelut dengan prestasi menjunam mereka dan masalah sesama pemain yang dilapurkan akhbar baru-baru ini, tapi kami tetap tidak memandang rendah kepada mereka.

"Memang daripada apa yang kita lihat, Selangor sedikit bergelut tetapi kita masih perlu menghadapi mereka. Itu perkara yang saya pesan kepada pemain-pemain semasa latihan agar mereka tidak terlalu yakin.

"Tambahan pula kami akan beraksi di tempat lawan di Stadium Selayang, memang saya akui rekod beraksi di luar Bandaraya kurang cemerlang, perkara ini lah yang menjadi perhatian saya dan mahu pemain fokus sepanjang 90 minit dan biar mereka yakin mampu catat kemenangan biar di mana sahaja mereka beraksi",  kata-kata Coach Manzoor di petik dari laman web Penang FA, semalam.
Hasrat beliau untuk menggandingkan dua pertahanan import, Brent Griffiths dan Reinaldo Lobo  tidak kesampaian berikutan Griffiths menghadapi masalah kecederaan pangkal peha yang agak serius.
Namun Lobo yang tidak beraksi dua perlawanan sebelum ini akibat kecederaan dilapurkan telah pulih dan kemungkinan akan diturunkan malam nanti untuk aksi dengan Selangor.


"Lobo boleh diturunkan pada perlawanan malam nanti menentang Selangor tapi sayangnya Griffths pula yang cedera dan mungkin terpaksa direhatkan selama seminggu dan mungkin tidak sempat beraksi menentang Selangor, manakala Azrul Ahmad (Cipeng) juga memerlukan beberapa minggu untuk pulih.

"Pun begitu saya tetap yakin dengan barisan yang ada sekarang tambahan pula kehadiran semula Fitri Omar dan Fauzan Dzulkifli yang akan diturunkan dalam kesebelasan utama skuad kami malam nanti", kata Manzoor.