})();

nuffnang

08 April 2016

Real Madrid Kecundang Suku Akhir Liga Juara-Juara

Cristiano Ronaldo Gagal Cipta Gol Kecundang di Gelanggang Lawan

Suku akhir pertama Liga Juara-Juara turut menyaksikan kejutan apabila Real Madrid yang disebut-sebut bakal menyapu Piala Europa itu tewas mengejut dengan Wolfsburg 0-2.

Zinedine Zidane pengendali Real menggesa anak buahnya agar kekal tenang dan jangan panik dengan kekalahan mengejut itu dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-juara yang dijangka akan di sandang mereka.

Zidane mengambil alih pasukan dari Rafael Benitez yang dipecat Januari lalu, berkata yang mereka pernah memegang kejuaraan itu sebanyak 10 kali mampu menewaskan Wolfsburg di Madrid minggu depan berbekalkan pengalaman kerana saingan mereka baru pertama kali layak ke kejuaraan berprestij itu.

"Memamg kami kecewa setiap kali tewas namun ini tidak bermakna peluang kami sudah tertutup dan kami perlu tenang menghadapi 90 minit lagi.
"Kami perlu fokus dan tidak hilang akal menghadapi perlawanan sebegini, sesiapa sahaja boleh kalah jika tidak bermain bersungguh-sungguh" ujarnya.

Real Madrid terpaksa menjaringkan 3 gol tanpa bolos dalam perlawanan suku akhir puisingan kedua di Madrid nanti, walaupun dilihat agak sukar namun gandingan bintang-bintang dimiliki mereka tidak mustahil mereka mampu merealisasikan impian.

No comments:

Post a Comment