})();

nuffnang

02 April 2016

Bos Gaurus aka Perak Mara Ke Separuh Akhir

Perak Tamat Badi 11 Tahun Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Superpower Best 2016

Penantian yang cukup lama oleh skuad Perak hampir 11 tahun. Dan kini mereka mara ke separuh akhir Piala FA buat kesekian kalinya dengan bergaya, walaupun menang tipis 1-0 keatas Kuala Lumpur pada saingan suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Perak berjaya mendapat gol tunggal menerusi pemain sayap Nurridzuan Abu Hassan pada babak pertama yang cukup bernilai membawa skuad Bos Gaurus mara dengan agregat 2-0 dan akan bertemu dengan PKNS FC pada peringkat separuh akhir nanti.

Perak mempunyai kelebihan satu gol apabila berkunjung ke tempat lawan hasil jaringan sendiri pemain pertahanan Kuala Lumpur Helmi Remeli pada aksi pertama di stadium Perak pada 19 Mac lepas.

Terdesak mencari gol Kuala Lumpur mengatur serangan awal ke pintu gol Perak tetapi dengan rembatan kencang Hafiz Johari namun penjaga gol Bos Gaurus Hadizul Hakim 21 tahun berjaya menyelamatkan bola.

Asakan bertubi-tubi pelawat berjaya menghasilkan gol menerusi Nurriszuan 3 minit sebelum babak pertama tamat dengan Perak didepan 1-0.

Kuala Lumpur walaupun dilihat misi mustahil untuk mendapatkan 3 gol terus melakukan serangan tanpa berputus asa namun kecewa apabila hasil rembatan penyerang import Anselmo Arruda sekadar melepasi palang gol.

Kedudukan kekal hingga wisel penamat dibunyikan. Perak kini berpeluang mencari misi ke final jika menang pada separuh akhir dan kali terakhir tewas kepada Selangor 2-4 pada 2005.

No comments:

Post a Comment