})();

nuffnang

02 April 2016

Gagah Melebar Sayap Sang Helang Merah Mara

Kedah Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Superpower Best

Seri 1-1 malam tadi aksi suku akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman melayakkan Kedah ke Separuh Akhir dengan kedudukan aggregat 3-2.

Kedah mendominasi keseluruhan permainan malam tadi dihadapan ribuan penyokong Helang Merah namun jentera serangan kendalian Tan Cheng Hoe agak tumpul dan banyak peluang dipersiakan.

Peluang hadir pada minit ke-7 apabila Fakri Sarani memperoleh peluang keemasan namun rembatan kencangnya sekasar menggegarkan gawang Sabah sekaligus menghampakan 30,000 peminat setia Helang Merah yang memenuhi setiap bangku yang ada.

Usaha berterusan skuad Kedah tanpa berputus asa terus melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol tapi pertahanan pelawat tetap kental mempertahankan kubu mereka dari dibolosi.

Usaha keras Kedah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-22 apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Sabah Igor Cerina dan Carlos Kahr berjaya menceriakan ribuan peminat Kedah dengan menyempurnakan sepakan penalti mendahului 1-0.

Ketinggalan 1-0 Sabah mulai bangkit menggandakan asakan ke kubu Kedah namun ketangkasan penjaga gol Farhan Abu Bakar berjaya mempertahankan dari dibolosi sehingga tamat babak pertama.

Bermulanya babak kedua tampak seakan pemain Kedah mulai keletihan sekaligus memberi peluang dan ruang buat Sabah mengatur serangan pantas ke kubu Kedah dan hasil tendangan sudut pada minit ke-59, Ummareng Back pemain import Sabah berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dan kekal hingga tamat perlawanan.

No comments:

Post a Comment