Jacksen Tiago Di Rehatkan Memberi Laluan Pengendali Baru
Berita gembira yang amat dinantikan seluruh penyokong Harimau Kumbang. Desakan oleh peminat skuad Pulau Pinang yang telah lama disuarakan akhirnya menjadi kenyataan.
Kritikan yang diutarakan sejak kekalahan teruk Pulau Pinang di media-media sosial akhirnya mendapat perhatian daripada pihak pengurusan The Panthers.
Pagi tadi dalam mesyuarat tergempar oleh Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dengan sebulat suara telah membuat satu keputusan...petikan dari sumber FAP seperti dibawah:
Pihak pengurusan tertinggi Persatuan Bolasepak Pulau Pinang telah mengadakan satu mesyuarat tergempar pagi ini,dan telah bersetuju sebulat suara membuatkan keputusan:
-Ketua Jurulatih Jacksen Tiago telah DIREHATKAN dan digantikan oleh Manzoor Azwira berkuatkuasa serta merta.
-Menerima perletakan jawatan En. Laurence Lohsebagai Pengerusi Jawatankuasa Pro FA Penang.
Disamping itu juga, pihak pengurusan akan memberi surat amaran kepada pemain pemai yang gagal memberikan persembahan yang memuaskan setelah meneliti laporan prestasi pemain dalam perlawanan semalam. Pengurus pasukan juga akan berjumpa dengan kesemua pemain untuk memastikan sasaran enam terbaik akan terlaksana.
Dengan ketetapan yang dibuat seperti atas saya yakin mutu bolasepak Pulau Pinang pastinya akan meningkat. Tindak berani perlu ada pada pihak pengurusan jika ketua jurulatih gagal memainkan peranana dalam meningkatkan mutu permainan bolasepak bimbingan mereka.
Tidak perlulah pihak pengurusan takut untuk membuat keputusan kerana jurulatih di bayar gaji dan perlu akur dengan kata-kata pengurusan. Kalau gaji dibayar tinggi sekali pun namun prestasi merudum apa gunanya justeru itu jalan terbaik adalah menyingkirkan mereka.
Ada benarnya kata-kata sesetengah penyokong Pulau Pinang, ' kami bukan tidak boleh menerima kekalahan dan bukan kami nak menang selalu tetapi kami juga bukan menyokong membuta tuli'. Petikan kata-kata yang saya petik dari seorang peminat di facebook bernama Mat Bola.
Tiket yang kini berharga RM30 untuk grandsrand dan RM15 untuk teres tidak semestinya di bazirkan begitu sahaja, datang dengan family dan modal tiket RM120 untuk 4 orang belum lagi dikira tol bagi yang tinggal di Seberang Perai dan belanja makan pastinya mencecah sehinga RM160 untuk satu malam sahaja. Adakah permainan yang hambar dan mutu persembahan macam budak darjah enam untuk ditunjukan.
Dengan keputusan di buat FAP perlantikan Choot (Manzoor Awira) selaku pengendali baru skuad Harimau Kumbang diharap perubahan besar akan berlaku pada perlawanan dengan Kedah sabtu nanti di Darul Aman dan tugas pertama yang kami harapkan dari Coach baru adalah membubarkan keseluruhan pasukan dengan memilih yang betul-betul terbaik.
Tumpuan harus diberikan pada jentera serangan yang cukup tumpul dan Osha Saha sebaiknya juga direhatkan.
No comments:
Post a Comment